Anda di halaman 1dari 2

Tajuk : Bahasa Jiwa Bangsa’

Bismillahirahmanirrahim..

Andai patah sayap rajawali,bertongkat jua saya ke mari,bukan kerana ingin bermimpi,tetapi
untuk membawa anda semua menyelami mauduk pidato yang berbunyi ‘Bahasa Jiwa
Bangsa’.Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,Sambutlah Salam Sejahtera,Salam
Satu Malaysia. Semarak kasih,sekalung budi Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang
arif lagi berkarisma,penjaga masa setia pada saat dan ketikanya,dif-dif kehormat,seterusnya
para hadirin pencetus revolusi minda yang saya muliakan.

Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh,izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato
saya.Menurut kamus Bahasa Malaysia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka.Bahasa
ditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi suara.Jiwa pula merupakan roh atau
nyawa.Seterusnya Bangsa dapat didefinisikan sebagai jenis manusia daripada satu asal
keturunan.

Secara konotosinya Bahasa Jiwa Bangsa juga membawa maksud milik mutlak sesuatu
bangsa yang menjadi identiti kebangsaan.Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri
sesuatu bangsa.Kekuatan bahasa itu juga membuktikan kuatnya sesuatu bangsa itu sendiri.

Yang kurik itu kundi.


Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya


nenek moyang kita menjaga adab dan pergaulan terutamanya dalam aspek pertuturan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Apakah wasilah terpenting untuk membentuk bangsa Malaysia?Jawapannya jelas Bahasa


Kebangsaan kerana Bahasa Jiwa Bangsa”.Hal ini bermakna bahasa apa yang kita daulatkan,
bahasa itulah yang membentuk jiwa kita sekaligus memercikkan jati diri kebangsaan.

Persoalannya kini,mengapakah hanya bahasa kebangsaan yang dinobatkan sebagai alat


pemersatuan bangsa?Perlu dinyatakan di sini hanya bahasa kebangsaan yang dapat menitiskan
semangat satu bangsa,menyerapkan roh sebangsa,senegara dan menyemarakkan jati diri
kebangsaan.

‘‘Tidak melayu hilang di dunia”Kata-kata keramat Laksamana Hang Tuah ini mungkin hanya
tinggal retorik semata-mata sekiranya bangsa Melayu tidak menjaga keunggulan ataupun
integriti bangsa dan bahasanya.

Hadirin warga dewan yang dimuliakan,

Pidato saya pada hari ini akan mengupas dua komponen utama yakni peranan Bahasa
Kebangsaan ke arah memartabatkan negara di mata dunia.Komponen pertama,bahasa
kebangsaan bahasa perpaduan.

Sejarah telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah menjadi Bahasa Lingua Franca
bagi negara-negara di kepulauan Melayu.Hal ini telah menjadi kebanggaan kita untuk
memartabatkan Bahasa Melayu.Pada amnya,proses evolusi Bahasa Melayu berkembang
selaras dengan taraf pembangunan yang dicapai oleh negara dan rakyat.
Pada masa kini,Dasar Bahasa Kebangsaan telah mengiktiraf Bahasa Kebangsaan sebagai
bahasa rasmi yang digunakan dalam setiap urusan.Tidak cukup dengan itu,dasar pendidikan
kita juga menetapkan bahawa Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.Dengan
adanya dasar-dasar ini,kita bukan sahaja dapat memastikan Bahasa Kebangsaan termaktub
dalam perlembagaan ,tetapi dapat dihayati dan diamalkan secara meluas oleh masyarakat.

Warga pendengar yang budiman,

Pidato ini tiada selingan iklan,lantaran itu,izinkan saya membawa hadirin sekalian kepada
komponen pidato saya yang kedua iaitu bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa
kemajuan.

Bahasa juga berperanan sebagai bahasa sosial,bahasa ekonomi,bahasa pentadbiran dan bahasa
peradaban moden.Bahasa Kebangsaan juga sebagai wadah terpenting untuk membentuk
keperibadian bangsa Malaysia.Sekiranya diabaikan ini bermakna kita telah tergelincir
daripada gerabak pembentukan bangsa Malaysia.Bahasa Kebangsaan juga adalah milik semua
rakyat tanpa mengira kaum,agama,budaya dan bahasa ibunda.Sekiranya ini dilakukan secara
bersama,maka gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri kita YAB Dato.Seri
Mohd Najib Tun Abdul Razak boleh kita jayakan.

Hadirin yang dimuliakan,

Dalam meredah arus globalisasi kini,Media massa amat berperanan penting dalam
mengembangkan Bahasa Melayu agar identiti kita sebagai bangsa Melayu dikenali oleh
masyarakat di seantero dunia.Sebagai rakyat Malaysia,kita harus mengamalkan Bahasa
Melayu dalam apa jua perkara agar kita dapat menaikkan taraf Bahasa Kebangsaan kita
seiring dengan bahasa-bahasa lain di dunia.

Hadirin sekalian,

Sebelum saya menamatkan bait-bait bicara saya,izinkan saya menghadiahkan serangkap


pantun,

Sedap makan kacang kelisa,


Buah peria pahit dan maung,
Bahasa menggabungkan etnik bangsa,
Satu bumbung sama bernaung.

Justeru,gunakanlah bahasa yang santun,buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang


bertamadun,kaya dengan budi bahasa dan memiliki minda kelas pertama.Bahasa Kebangsaan
harus didaulatkan.Inilah sikap dan pemikiran yang amat diperlukan untuk mencapai Wawasan
2020.Secara konklusinya,Bahasa Jiwa Bangsa jelas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu itu
menjadi nadi penggerak yang amat penting untuk menzahirkan identiti diri kita.Bahasa ibunda
sewajarnya dipraktikkan agar tidak akan pupus ditelan zaman.Akhir sekali,bahasa itulah yang
menunjukkan bangsa.

Sekian wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.......Salam perpaduan Salam 1 Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai