Anda di halaman 1dari 3

TEKS PIDATO BAHASA MELAYU SK RENDAH

BAHASA MELAYU LAMBANG SEMANGAT NASIONALISME

Bismilahhiramannirahim

Assalamualaikum W.B.H dan Salam Keluarga Malaysia

Yang dihormati Tuan Peneraju Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, penjaga masa yang sentiasa peka dengan waktunya serta hadirin dan
hadirat sekalian.

Jauh belayar si pedagang Cina,


Singgah di Melaka menjual sutera,
Bahasa Melayu Bahasa perantara
Lambang semangat cintakan negara.

Hadirin dan hadirat yang saya hormati

Mari kita hayati definasi tajuk pidato saya “Bahasa Melayu Lambang
Semangat Nasionalisme”. Menurut kamus dewan, Bahasa Melayu dapat ditakrifkan
sebagai Bahasa yang digunakan oleh kelompok masyarakat melayu, manakala
lambang bermaksud tanda yang menyatakan atau mengenalkan sesuatu,
seterusnya semangat bermaksud kemahuan untuk melakukan sesuatu dan
nasionalisme bermaksud perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang
mendalam.

Hadirin yang dimuliakan,

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah hujah saya yang


pertama. Mengikut perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia,
Bahasa Melayu dipilih sebagai Bahasa kebangsaan, namun bahasa lain masih boleh
digunakan. Hal ini kerana, di Malaysia, terdapat tiga kaum utama iaitu kaum
Melayu, Cina dan India. Oleh itu, masyarakat berbilang kaum ini memerlukan satu
Bahasa yang mudah difahami oleh semua kaum. Penggunaan Bahasa Melayu
sebagai Bahasa penghantar bagi semua kaum dapat mengeratkan perpaduan
dalam kalangan masyarakat kita. Sekaligus ia dapat memupuk semangat cinta akan
negara dan membentuk identiti negara.

Sidang hadirin yang setia,

Hujah saya yang kedua ialah Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam
bidang pendidikan kebangsaan. Menerusi Penyata Razak 1956 telah ditetapkan
Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berteraskan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
penghantar utama. Ciri-ciri yang terdapat dalam bahasa Melayu, menjadikannya
sebagai bahasa wahana ilmu kerana kemantapan yang ada memudahkan ia
meyerap pelbagai budaya ilmu. Penggunaan Bahasa Melayu ini meningkatkan
persefahaman dan perpaduan antara penduduk yang berbilang kaum.

Sidang hadirin yang dihormati,

Meniti hujah saya yang ketiga ialah Bahasa Melayu sebagai Bahasa ekonomi.
Keunggulan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam bidang ekonomi telah
memperkenalkan khazanah perbendaharaan kata dan istilah yang sesuai dalam
bidang perindustrian, perniagaan, perdagangan, pelaburan, perakaunan dan
perangkaan. Hakikatnya, keunggulan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu moden
dalam bidang ekonomi setanding dengan keunggulan bahasa Inggeris, bahasa
Perancis, bahasa Jerman dan bahasa Jepun. Jelaslah bahawa keunggulan bahasa
Melayu dalam era kemasyhuran perdagangan zaman kegemilangan Kesultanan
Melayu Melaka terkenal sebagai bahasa lingua franca telah merentas Alam Melayu
dan tamadun Melayu. Penggunaan Bahasa Melayu ini sebagai alat komunikasi
dalam sector ekonomi dapat memupuk jati diri dan perpaduan rakyat negara kita.
Hadirin yang dimuliakan,

Kesimpulannya, Bahasa Melayu telah menjurus negara ke arah keharmonian dan


perpaduan yang memantapkan Malaysia sehingga menjana negara sebagai pelopor
perpaduan dan menjadi contoh negara yang mengamalkan demokrasi pelbagai
kaum. Bahasa Melayu bukan sahaja sekadar alat komunikasi tetapi penguasaan
bertutur lambang jati diri, bukti semangat cintakan negara. Bahasa Kebangsaan juga
ini berperanan penting sebagai lambang negara Malaysia di persada dunia dan
perakuan jati diri rakyat Malaysia. Oleh itu, aspirasi negara melalui Keluarga
Malaysia boleh direalisasikan melalui fungsi-fungsi bahasa Melayu kerana ‘’Bahasa
Lambang Semangat Nasionalisme’’.

Akhir kata,

Yang kurik itu kendi,

Yang merah itu saga,

Yang baik itu budi,

Yang indah itu bahasa

Sekian, wabilllahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai