Anda di halaman 1dari 2

Bismilahhiramannirahim

Assalamualaikum W.B.H dan Salam Sejahtera Yang dihormati Tuan Pengerusi


Majlis, barisan panel Hakim yang arif lagi bijaksana yang sedang menjunjung
mahkota keadilannya, penjaga masa yang sentiasa peka dengan detak waktunya,
para peserta yang saya kagumi serta hadirin dan hadirat yang saya hormati.

Jauh belayar si pedagang Cina,


Singgah di Melaka menjual sutera.
Bahasa melayu bahasa perantara,
Tonggak utama perpaduan negara.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Mari kita hayati definisi tajuk pidato saya yang bertajuk “Bahasa Melayu Tonggak
Perpaduan Bangsa.”

Menurut kamus dewan, bahasa melayu dapat ditakrifkan sebagai bahasa yang
digunakan oleh kelompok masyarakat melayu, manakala tonggak pula bermaksud
asas atau nadi utama. Seterusnya, perpaduan pula membawa maksud bergabung
menjadi satu dan akhir sekali bangsa membawa maksud sejenis manusia daripada
satu asal keturunan. Hadirin yang dimuliakan, sebagai pembuka tirai perbincangan
yang pertama, adalah baik jika kita menelusuri akar-akar cerucuk sejarah sebelum
terbentangnya hamparan indah negara Malaysia. Apabila memorabilia ini membawa
kita ke ratusan tahun yang lampau, nyatalah bahawa Bahasa Melayu sudah
berfungsi sebagailingua franca yang didefinisikan sebagai bahasa perantaraan
antaramasyarakat pada zaman itu. Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas apabila kita
meneliti catatan ilmuwan Inggeris seperti R.O. Winsted yang menunjukkan bahawa
Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perdagangan yang mengeratkan
hubungan masyarakat yang berkunjung ke Melaka ketika itu. Daripada golongan
pendeta sehinggalah ke golongan biasa, setiap insan di Melaka ketika itu
berkomunikasi dengan bahasa tercinta kita yang tidak lapuk dek hujan tak lekang
dek panas. Tidak lain dan tidak bukan, sudah tentulah Bahasa Melayu. Nah, apa lagi
yang kita pertikaikan tentang kemampuan bahasa kebangsaan kita sebagai wadah
perpaduan? Berdasarkan perkara ini, jelaslah bahawa hamparan sejarah jelas
membuktikan bahawa bahasa Melayumampu menjadi bahasa perpaduan yang
cemerlang di dunia.
Hadirin yang dihormati,Melalui bahasa Melayu, sebarang konfrantasi, buruk sangka
dan salahfaham antara kaum dapat dikikis dengan mudah. Saya suka untuk
meminjam kata-kata pujangga pendeta Zaa’ba yang berbunyi ‘bahasa menunjukkan
bangsa’. Apabila kita melihat masyarakat bertutur dalam bahasa Melayu,sudah
terang lagi bersuluh bahawa mereka ialah bangsa Malaysia.
Pelatlah dengan pengaruh bahasa natif, asalkan setiap kaum di Malaysia dapat
bermesra dan bertukar-tukar maklumat dan fikiran hanya dengan menggunakan
bahasa Melayu. Apa yang penting, setiap kaum di Malaysia tidak akan kekok untuk
berbicara dalam bahasa kebangsaan. Apabila tidak kekok berbicara, sudah tentulah
juga tidak kekok untuk bermesra. Apabila sudah bergaul mesra, nyatalah bahawa
perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk itu akan terbina kukuh di bawah
payung Satu Malaysia. Berdasarkan hujah ini, nyatalah bahawa bahasa Melayu itu
merupakan medium untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyrakat
di Malaysia. Hadirin yang dikasihi, dalam lautan ilmu yang memenuhi pustaka di
Malaysia, sudah tentulah bahasa Melayu turut menjadi bahasa penyebaran ilmu
pengetahuan. Berdasarkan data yang saya peroleh daripada Arkib Negara, saya
amat kagum dengan pencapaian bahasa Melayu kerana hampir 800 buah buku
ilmiah ditulis dalam bahasa Melayu oleh rakyat Malaysia sendiri. Untuk pengetahuan
hadirin, ilmu pengetahuan merupakan perkara yang sangatpenting untuk
memupuk perpaduan.
 Selain itu, usaha Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program
Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMBMI) dilihat
sebagai wahana yang sangat utama untuk menjadi tonggak perpaduan.
Pengisiannya jelas menunjukkan bahawa betapa prihatinnya pihak kerajaan
terhadap kedaulatan bahasa Melayu dan betapa arifnya kerajaan tentang peranan
bahasa Melayu sebagai tonggak perpaduan.Hadirin yang dirahmati, sebagai
penutup tirai pidato pada hari ini, saya suka ingin mengingatkan sesungguhnya
keharmonian dan perpaduan kaum di negara kita ini adalah rahmat dan nilai yang
sangat berharga untuk terus dipelihara. Oleh itu, cintailah bahasa Melayu dan
martabatkanlah bahasa kebangsaan kita kerana Bahasa Melayu tonggak perpaduan
bangsa. Molek sungguh emas suasa Dipakai bersama baju sutera Pelbagai kaum
satu Bahasa Hidup harmoni negara sejahterah.

Sekian,terima kasih

Anda mungkin juga menyukai