Anda di halaman 1dari 4

BAHASA KEBANGSAAN PEMANGKIN PERPADUAN

Bahasa Melayu indah nan santun,

Mekar-megah di pentas dunia,

Jari sepuluh kemas kususun,

Mohon bicara menyusun kata.

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1

Malaysia.Terima kasih saudari pengatur majlis,Barisan panel penghakiman penuh

berkasrima,Guru-guru, seterusnya rakan-rakan yang sentiasa celik akal minda dan

penerus wadah tonggak negara.Berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh

iltizam, ingin menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan wacana para

sarjana, melalui mauduk pidato saya Bahasa Kebangsaan Pemangkin Perpaduan

Bahasa menurut Kamus Dewan adalah sistem lambang bunyi yang dipakai sebagai

alat perhubungan dalam satu kelompok manusia.Melayu bermaksud nama suatu

bangsa atau bahasa( terutamanya) di Semenanjung Malaysia.Pemangkin pula faktor

mempercepatkan suatu tindakan. Manakala Perpaduan bermaksud penggabungan,

perleburan dan perihal berpadu.


Para hadirin yang dihormati,

Bicara kata saya yang pertama,Bahasa melambangkan identiti negara dan

ketamadunan sesebuah masyarakat .Bahasa Melayu memberi negara dan rakyat

Malaysia pengiktirafan bahawa kita adalah negara unik yang bertamadun dan

maju.Tatkala Tanah Melayu dijajah orang Inggeris yang sering mengamalkan dasar

pecah dan perintah, bahasa inilah yang memungkinkan perpaduan dicapai. Rakyat

Tanah Melayu dibahagikan mengikut industri dan penempatan. Pertanian diluar

bandar, dijaga oleh orang Melayu. Orang Cina pula di bandar-bandar berasaskan

perlombongan dan orang India pula bekerja di ladang-ladang teh dan getah.Secara

geografi, situasi ini hampir mustahil untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat

yang hidup dilokasi berlainan. Maka dengan ini perpaduan menjadi taruhan terbesar

untuk mencapai kemerdekaan dari para penjajah.Bahasa Melayu adalah bahasa

yang menjadi pemangkin perpaduan di Malaysia. Oleh sebab keseluruhan ahli

masyarakat diberi satu bahasa untuk digunakan sebagai bahasa pengantara, maka

kemesraan dan keakraban terjalin dalam masyarakat. Kunci perpaduan dalam

masyarakat yang berbilang kaum dan agama di Malaysia terletak pada bahasa

kebangsaan negara ini.

Hadirin- hadirat sekalian ,

Bicara kata saya yang kedua,Bahasa Melayu Memajukan Bangsa

Malaysia.Bangsa Malaysia yang majmuk sifatnya memerlukan satu bahasa iaitu

bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah maju sejak abad ke -14 lagi. Hal ini dapat

dibuktikan apabila bahasa Melayu telah pun mempunyai sistem tulisan iaitu tulisan

Jawi, ragam bahasa yang standard, dan bersifat modenisasi. Selain itu, bahasa
Melayu juga memainkan peranannya dalam pelbagai fungsi yang merentas

bidang.Dalam fungsinya memajukan bangsa, bahasa Melayu mampu melahirkan

masyarakat yang berfikir, mencipta dan mengembangkan serta menyalurkan ilmu

kepada umum. Selain itu, bahasa Melayu juga digunakan sebagai alat perhubungan

sebagai fungsi lazim bahasa. Dalam erti kebangsaan pula, bahasa Melayu adalah

salah satu lambang identiti nasional negara di samping sebagai alat saluran

ilmu.Bahasa Melayu juga menjadi pemacu kearah kemajuan bangsa. Sesungguhnya

untuk mewujudkan perpaduan dalam sebuah bangsa itu bukanlah mudah. Suka

saya tegaskan di sini, walaupun kita mempelajari bahasa asing sebagai bahasa

global, namun kita tidak seharusnya membiarkan jiwa dan pemikiran kita dikuasai

oleh bahasa asing.Sebagai contoh, cuba kita teladani kejayaan pembentukkan

negara-bangsa Jepun, negara benua Eropah dan Amerika Syarikat. Mereka terbukti

telah memodenkan negara sekaligus membina rakyat yang begitu padu dan

mendaulatkan bahasa kebangsaan negara-bangsa masing masing.

Warga dewan yang saya muliakan,

Ingin saya simpulkan bahawa bahasa bukan semata-mata untuk orang Melayu tetapi

untuk semua rakyat Malaysia. Bahasa Melayu mencerminkan identiti dan citra

penuturnya dan daripada bahasa jugalah lahir budi bahasa, ilmuan, keharmonian

dan kecemerlangan sesuatu bangsa. Oleh itu, untuk menjadi bangsa yang dihormati

dan disegani, bahasa perlu dijulang tinggi. Yakinlah bahawa bahasa Melayu sebagai

pemangkin perpaduan.
Yang kurik itu kendi,

Yang merah itu saga,

Yang baik itu budi,

Yang indah itu bahasa.

Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai