Anda di halaman 1dari 2

1) Pada pendapat anda, bagaimanakah Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan boleh

menyatupadukan masyarakat majmuk di negara kita?

Dewasa ini, bahasa adalah alat berkomunikasi penting kepada kehidupan kita. Sesetengah bahasa lebih
mudah difahami dan masyarakat boleh bertutur seperti bahasa Melayu. Masyarakat majmuk di negara
Malaysia ini mempunyai pelbagai kaum yang berbeza, oleh sebab itu, bahasa Melayu adalah bahasa yang
paling mudah dipelajari dan digunakan oleh pelbagai kaum setiap hari. Tetapi bagaimanakah Bahasa
Melayu boleh menjadi bahasa kebangsaan untuk menyatupadukan masyarakat majmuk di negara kita?

Pada pendapat saya, cara pertama ialah melalui pendidikan. Pendidikan saat ini telah memainkan peranan
penting dalam membantu negara untuk menyeimbangkan tujuan integrasi nasional dan menciptakan
bangsa yang bersatu. Penyatuan rakyat dapat dilakukan melalui sistem pendidikan. Oleh kerana itu,
tujuan penyatuan bangsa dapat dicapai dengan memastikan guru memiliki nilai-nilai murni dan mengajar
dengan cara yang kondusif untuk menciptakan identiti bangsa. Pihak berkuasa telah dibentuk untuk
mengkaji semula sistem pendidikan bagi memastikan ia dapat terus menyediakan pendidikan berkualiti
tinggi untuk generasi akan datang.

Selain itu, cara kedua adalah melalui sosial. Penggunaan bahasa melayu dalam masyarakat terlihat jelas
pada musim perayaan. Misalnya, ramai orang dari latar belakang yang berbeza akan berkomunikasi satu
sama lain menggunakan bahasa Melayu, yang merupakan bahasa yang mudah difahami. Tradisi
komunikasi ini merupakan tanda sikap sosial yang baik dan menunjukkan bahawa setiap orang saling
menghormati dan bertoleransi. Jika kita ingin melihat penyatuan dalam masyarakat, kita perlu
mempraktikkan rasa hormat dan toleransi antara manusia.

Di samping itu, bahasa Melayu boleh menyatupadukan masyarakat majmuk di negara kita melalui media.
Kerajaan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam alat komunikasi seperti radio, televisyen,
surat khabar, majalah, dan lain-lainnya. Televisyen sangat mempengaruhi masyarakat Malaysia yang
memiliki satu bahasa nasional sebagai alat integrasi, iaitu bahasa Melayu. Pengenalan dan draf kandungan
meliputi berita dan pengumuman, temu bual sembang, tanya jawab dengan menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa utamanya. Semua rancangan tersebut mampu membantu khalayak memahami dan
menerima informasi melalui penggunaan bahasa Melayu yang benar dan sebagai bahasa penyebar
informasi. Contohnya, acara yang menggunakan bahasa melayu secara eksklusif adalah acara Tanya Jawab
(TV3) dan Acara di Luar Lingkungan (TV1).

Bukan itu sahaja, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membantu mewujudkan rasa perpaduan antara
bahasa yang berbeza. DBP menerbitkan kamus dengan perkataan baharu untuk membantu orang ramai
memahami bahasa dan sastera Melayu dengan lebih baik. Tambahan pula, berbagai-bagai jenis aktiviti
boleh diadakan dan dirancang dalam Kempen Bulan Bahasa seperti Pertandingan Mendeklamasikan
Sajak,pidato dan sebagainya. DBP juga berperanan menerbitkan majalah bahasa seperti majalah Dewan
Bahasa, Dewan Siswa dan Dewan Pelajar, dan Jurnal Bahasa. Begitu juga buku sastera, ilmiah, fiksyen
ditulis dan diterbitkan dalam bahasa Melayu.
Kesimpulannya, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam Perlembagaan
Persekutuan telah berperanan mewujudkan suasana harmoni dalam negara yang berbilang kaum dan
bangsa. Kita perlulah bekerjasama dan bersatu padu, seperti kata pepatah “bulat air kerana pembentung,
bulat manusia kerana muafakat”. Sebab sesuatu kejayaan yang diperoleh disebabkan seluruh pasukan
atau masyarakat bersatu hati dan berpegang teguh antara satu sama lain. Hal ini dapat dilihat sejak negara
mencapai kemerdekaan dan hingga kini peranan ini telah dilaksanakan oleh bahasa Melayu dengan
berkesan dan berjaya.

(491 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai