Anda di halaman 1dari 4

Pidato Bahasa Jiwa Bangsa Bismillahirahmanirrahim..

Terima kasih dan sekalung budi kepada Tuan Pengerusi Majlis, dif-dif kehormat yang segak dan anggun, kombinasi kehakiman bertunjangkan kebenaran fakta, warga pendidik yang begitu berkarisma , rakan-rakan pemidato yang punya irama berbeza tetapi matlamat yang sama, peneraju penjaga masa yang cekap menghitung waktu serta hadirin dan hadirat pencetus revolusi sekalian. Assalamualaikum Malaysia warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Satu

Bahasa jiwa bangsa begitulah mauduk utama pidato yang bakal saya sajikan untuk santapan sesi dewan. Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh,izinkan saya melampiaskan maksud utama mauduk pidato saya pada hari ini. Warga dewan, sumber inspirasi, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan bahasa sebagai sistem lambang bunyi suara. Jiwa pula merupakan roh atau nyawa.Seterusnya Bangsa dapat didefinisikan sebagai jenis manusia daripada satu asal keturunan. Secara tersiratnya, Bahasa Jiwa Bangsa membawa maksud milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga membuktikan kuatnya sesuatu bangsa itu sendiri. Yang kurik itu kundi. Yang merah itu saga, Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa.

Pidato Bahasa Jiwa Bangsa Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dan pergaulan terutamanya dalam aspek pertuturan. Warga dewan,warga berwawasan, Apakah unsur terpenting untuk membentuk bangsa Malaysia? Jawapannya jelas Bahasa Kebangsaan kerana Bahasa Jiwa Bangsa. Bermakna bahasa apa yang kita daulatkan, bahasa itulah yang membentuk jiwa kita sekaligus memercikkan jati diri kebangsaan. Persoalannya kini,mengapakah hanya bahasa kebangsaan yang dinobatkan sebagai alat pemersatuan bangsa?Perlu dinyatakan di sini hanya bahasa kebangsaan yang dapat menitiskan semangat satu bangsa,menyerapkan roh sebangsa,senegara dan menyemarakkan jati diri kebangsaan. Warga dewan yang bervisi, Pidato saya pada hari ini akan mengupas dua komponen utama yakni peranan Bahasa Kebangsaan ke arah memartabatkan negara di mata dunia. Komponen pertama,bahasa kebangsaan bahasa perpaduan. Sejarah telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah menjadi Bahasa Lingua Franca di kepulauan Melayu seterusnya menjadi tanggungjawab kita untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Umumnya, proses evolusi Bahasa Melayu berkembang selaras dengan pembangunan yang dicapai oleh negara dan rakyat. Pada masa kini, Bahasa Kebangsaan telah mengiktiraf sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam setiap urusan. Tidak cukup dengan itu, Bahasa Kebangsaan juga telah digunakan sebagai bahasa pengantar utama di negara kita. Dasar-dasar sebegini bertujuan bagi memastikan Bahasa Kebangsaan dapat dihayati dan diamalkan secara meluas oleh masyarakat.

Pidato Bahasa Jiwa Bangsa Warga pendengar yang budiman, Pidato ini tiada selingan iklan,lantaran itu,izinkan saya membawa hadirin sekalian kepada komponen pidato saya yang kedua iaitu bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Bahasa juga berperanan sebagai bahasa sosial,bahasa ekonomi,bahasa pentadbiran dan bahasa peradaban moden.Bahasa Kebangsaan juga sebagai wadah terpenting untuk membentuk keperibadian bangsa Malaysia.Sekiranya diabaikan ini bermakna kita telah tergelincir daripada gerabak pembentukan bangsa Malaysia.Bahasa Kebangsaan juga adalah milik semua rakyat tanpa mengira kaum,agama,budaya dan bahasa ibunda.Sekiranya ini dilakukan secara bersama,maka gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri kita YAB Dato.Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak boleh kita jayakan.

Sidang penonton yang penuh santun, Jangan asyik mengelamun, kelak semua khazanah akan disamun, jangan kita pandang ke belakang juga jangan kita fikir ke belakang. Ingat, dalam meredah arus globalisasi kini,Media massa berperanan penting dalam usaha mengembangkan Bahasa Melayu agar identiti kita sebagai bangsa Melayu dikenali di seluruh dunia. Sebagai rakyat Malaysia,kita haruslah mengamalkan Bahasa Melayu dalam segala aspek agar Bahasa kebangsaan kita dapat di naik taraf seiring dengan bahasa-bahasa lain di dunia.

Pidato Bahasa Jiwa Bangsa

Hadirin hadirat sekalian, Ayuh,gunakanlah bahasa yang santun,buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun,kaya dengan budi bahasa dan memiliki minda kelas pertama. Bahasa Kebangsaan harus didaulatkan untuk mencapai Wawasan 2020. Rumusannya,Bahasa Jiwa Bangsa jelas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu itu menjadi nadi penggerak yang amat penting untuk menzahirkan identiti diri kita. Bahasa ibunda sewajarnya dipraktikkan agar tidak akan pupus ditelan zaman. Sedap makan kacang kelisa, Buah peria pahit dan maung, Bahasa menggabungkan etnik bangsa, Satu Malaysia sama bernaung.

Sekian wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.......Salam perpaduan Salam 1 Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai