Anda di halaman 1dari 2

NEGERI PULAU PINANG

Bendera

Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna
putih maksudnya negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna kuning tanda
kemakmuran. Pohon pinang ialh pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.

Lambang Negeri

Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning
mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua (2) tiang dan
empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua (2) tiang ini melambangkan
Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat. Empat (4) kabel pula menggambarkan empat (4)
jenis keturunan di negeri ini iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-tiap
satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah
pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang

Tajuk Lagu: Negeri Kita


Album: Lagu rasmi Negeri Pulau Pinang
Video Muzik: Negeri Kita - Pulau Pinang
Lirik Lagu: Negeri Kita - Pulau Pinang
Selamat Tuhan kurniakan
Selamat Pulau Pinang
Negeri ku yang mulia
Ku taat dan setia
Aman dan bahagia
Majulah jayalah
Negeri ku yang ku cinta
Bersatu dan bersama
Untuk negeri kita

Lagu rasmi Pulau Pinang dimainkan buat pertama kalinya pada 22 Disember 1972,
semasa Hari Keputeraan Yang DiPertuan Negeri, Tun Syed Sheh Hassan Barakbah.
Pencipta dan penulis lirik lagu Pulau Pinang ialah Allahyarham Datuk Zainal Alam
Zainul Abidin. Menurut tokoh sejarah Pulau Pinang, Datuk Seri Yusuff Latiff, pada
awalnya kemerdekaan, Pulau Pinang masih belum mempunyai lagu rasminya sendiri.
Kata beliau, sebaliknya lagu Negaraku dimainkan pada upacara-upacara rasmi
kerajaan. Hanya pada awal tahun 70-an baru lagu rasmi Pulau Pinang iaitu Untuk
Negeri Kita diperkenalkan, katanya. Pencipta dan penulis lagu ini iaitu Allahyarham
Zainal Abidin Alam sememangnya merupakan seorang tokoh yang terkenal terutama
di Pulau Pinang. Allahyarham yang meninggal dunia pada tahun 1991 pernah menjawat
beberapa jawatan di bidang penyiaran termasuk bergelar Pengarah Penyiaran
Wilayah Utara.

Anda mungkin juga menyukai