Anda di halaman 1dari 6

Duhai Tuan Duhai Tuan Pembina Negara Bangsa Yang mengisi dada anak bangsa Dengan ilmu dan

perasaan kasih Kini sudah dipenghujung kerjayamu duhai tuan Namun tak bererti sebuah pengakhiran Ilmu yang disampai kan terus jadi amalan Moga anak didik yang tuan sayangi Menjadi insan Duhai tuan Sudah bermusim kita bersama di sini Banyak cerita yang kita kongsi Hingga kenal hati dan budi Sebak dan sayu nak ditinggal pergi Namun usah ditangis perpisahan ini Kerna kami di sini tiada pernah melupakan Ketahuilah duhai tuan Perpisahan ini amat memeritkan Kau kan dirindui Selagi nafas masih ada Muhammad Izuan Tahrim

Bak Air Yang Mengalir Bak air yang mengalir. Tiba jua kiranya di muara waktu, Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu, Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku! Berdiri melihat denai-denai kenangan, Berbunga mesra dalam jambangan ingatan, Barangkali terdengar nanti, Suara bisikan melankolia, Ucap salam anak-anak remaja, Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja. Tiba waktunya untuk menyusun jemari, Membuang segala kerikil bersalut di hati, yang terkhilaf dimaafi, yang sesal diinsafi, yang lebih dibahagi, yang kurang dilengkapi, Agar saat perpisahan ini indah, Terlerai segala durja gundah, Tersirna cebisan amarah, Terurai segala yang bercanggah. Bak air yang mengalir, Tiba juga kiranya di muara waktu, Pasti tersisa kenangan yang terindah, Berhias luka tidak berdarah, Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu, Kerana sekali dipanggil guru, selamanya pun bergelar guru. Selamat tinggal suara-suara ceria, Padang perhimpunan dan dewan perkasa, Bilik kuliah dan anak-anak keletah, Pejabat tugas dan pembantu ikhlas, Bilik kerja dan timbunan buku, Ruang kantin tempat mesra terjalin. Selamat tinggal seribu kerenah, Datang dan pergi pelbagai wajah, Bercampur gembira bersisip gundah, Bergema didikan beralas madah, Selamat tinggal sebuah tempat bernama IPG! Selamat datang persaraan, Kerana segalanya hanya kesementaraan, Melengkapi perjalanan, Sebuah kehidupan!

Bak air yang mengalir, Tiba juga kiranya di muara waktu, Di sini kami pasti merindu, hakikat seorang insan. Jelinglah kami jika rindu masih bertamu, Sapalah kami andai mesra akrab berpadu! Selamat berangkat dalam doa berkat, Selamat istirahat dari segala muslihat, Selamat bersara dengan senyuman mesra! Senyumlah seindah suria, Setelah mencurahkan segala-galanya, Pasti beroleh keredaan-Nya. Bak air yang mengalir, Sampai di sini kenangan indah pasti terukir! Ghazali Lateh

KAU TINGGALKAN RINDU DI SINI IZINKAN AKU MENATAP SEBAK DI DADAMU UNTUK KUTULIS SIMFONI LAGU PADA SEPI PERGUNUNGAN SENDU BERIKAN AKU SEKADAR SEKELUMIT WAKTU AKU INGIN SEBENTAR MELAYAN SEMBILU KERANA AKU TAHU MASA TERKENANG BERANGKAT LALU TIADA KESEMPATAN MINTA DI TUNGGU LANGKAH-LANGKAHMU TERTINGGAL DI PINTU KAMI KUTIP KENANGAN ITU SATU DEMI SATU DAN KAMI PUPUKKAN IRAMA RINDU KAMI SIMPAN DI KOTAK PILU NOSTALGIA INDAH MERAWANG DI KALBU KUTAHU SUDAH MAKNA PERPISAHAN PENGHUJUNG MASA KAU LEBARKAN SAYAPMU KE ANGKASA MENCARI DESTINASI BAHARU SINGGAHSANA LALU DOA KAMI SULAMKAN BERSAMA KUTAHU SUDAH AKAN KAU MENGALIH ARAH LEMBARAN INGATAN MEWARNA SEJARAH TITIPAN MASA LAMPAU MENITI TERJAH SEKUJUR KAMI AKUR MENGAKU PASRAH WALAU DISINI KERINGATMU MASIH BASAH PASTI ADA GERIMIS GUGUR KE TANAH MEMBASAHI PELOSOK LIMBAH PUDARLAH SENYUM DAN TAWA SEMYUMMU PENGUBAT DUKA TANDUSLAH PENDAPAT KATA PENDAPATMU PENCETUS MINDA PUPUSLAH JUA PETAH BICARA BICARAMU MENJANA JAYA SAMARLAH LANGKAH-LANGKAH PERKASA LANGKAH NAN BERTATAH JASA PADA SELURUH PERSADA HATI-HATI PILU KAMI TEGUR MENGINTAIMU KERANA MASIH PANAS JEJAKMU MENGINJAK JALAN-JALAN KELIKIR BERBATU NATIJAHNYA...

DISINI KAU TINGGALKAN RINDU BUAT KAMI MENGGAPAI MERCU MOHD NOOR MD ZAM

Perpisahan Perpisahan adalah jarimu yang merentak bersama ombak ke lautan tiba-tiba membiru Perpisahan adalah suaramu yang merangkak bersama ombak ke daratan tiba-tiba membisu ~ Latiff Mohiddin

Anda mungkin juga menyukai