Anda di halaman 1dari 1

PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 2

PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN 2021.


MASA: 2 JAM

ARAHAN:
1. Pilih dan jawab satu soalan sahaja.
2. Setiap murid perlu membawa peralatan sendiri mengikut keperluan tajuk
yang dipilih.
3. Kertas lukisan disediakan oleh pihak sekolah.

SOALAN:

1. Bidang: Menggambar
Tajuk: Buah-buahan
Bahan dan alatan: kertas lukisan, pensel warna atau krayon, dan alat tulis.
Aktiviti: Lukis gambar sekurang-kurangnya 3 jenis buah-buahan.
Kemudian warnakan dengan menggunakan teknik garisan
dengan kemas dan menarik.

2. Bidang: Membuat Rekaan dan Corak.


Tajuk: Botol Air Cantik.
Bahan dan alatan: kertas warna, kertas lukisan, gunting, gam/pita pelekat
dan alat tulis.
Aktiviti: Buat corak dengan teknik lipatan dan guntingan menggunakan
kertas warna. Kemudian gamkan corak pada kertas lukisan dan
tampalkan botol air mineral mengikut kreativiti murid.

3. Bidang: Membentuk dan Membuat Binaan.


Tajuk: Topeng Serkup Burung Kenek-kenek
Bahan dan alatan: kertas lukisan/ kad manila, kertas warna, gam, gunting,
pensel warna, bahan hiasan yang bersesuaian dan
alat tulis.
Aktiviti: Potong kad manila mengikut ukur lilit kepala murid sendiri. Lukiskan
bahagian mata dan hiaskan. Bentukkan kon untuk membuat paruh
Burung Kenek-kenek dan gamkan pada topeng. Hiaskan topeng
mengikut kreativiti murid.

4. Bidang: Mengenal Kraf Tradisional


Tajuk: Uli-uli Tembikar
Bahan dan alatan: Doh(boleh sediakan di rumah), berus lukisan, warna air,
palet, kain buruk dan bekas air.
Aktiviti: Bentukan doh menjadi pasu bunga yang menarik. Warnakan pasu
bunga tersebut dengan cantik dan mengikut kreativiti murid.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:


..............................
(SHARIFAH BINTI ARIFIN)

Anda mungkin juga menyukai