Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Balik Pulau

Minta perhatian: bagi memastikan kelancaran majlis kita pada hari ini,saya memohon agar para pelajar
memberikan tumpuan pada majlis yang akan dijalankan sebentar lagi. Terima kasih.

ALU-ALUAN

Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum...WBT.

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi

dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,

Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI

Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Yang Berbahagia

Yang Berusaha Encik Mohd Zaki bin Idris

Guru Besar Sk Balik Pulau

Yang Dihormati Pn Hjh Rohana bt Ibrahim

Penolong Kanan Pentadbiran


Pn. Hjh Sabariyah bt Musa

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn Hjh Saliha bt Ibrahim

Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah ,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan Limpah dan KurniaNya sekali lagi pada tahun
ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah sempena memperingati dan
menyambut kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan
Islam SK Balik Pulau.

BACAAN DOA

MENADAH TANGAN POHON PERKENAN

AGAR MAJLIS BERJALAN LANCAR

AL-FATIHAH KITA LAFAZKAN,

APA DIHAJAT MOGA TERPANCAR.

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini,majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan al-Fadhil Ustaz Zakaria bin Long untuk memimpin bacaan doa.

Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.

Amin ,Ya Rabb al-Alamin.Semoga majlis mendapat keberkatan Robbul izzati.


BACAAN AYAT SUCI AL-QURAN

Hadirin dan hadirat sekalian,Majlis pada pagi yang berbahagia ini akan diteruskan dengan bacaan ayat
suci al-Quran yang akan disampaikan oleh adik

Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada atas bacaan ayat suci


al-quran itu tadi.

PERSEMBAHAN NASYID

Persembahan pada pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput kumpulan nasyid daripada kumpulan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan atas persembahan itu tadi.

CERAMAH

Para guru dan pelajar sekalian,

Peribadi Rasulullah SAW adalah contoh paling ideal, paling sempurna dan paling bertepatan dengan
kehendak dan tuntutan syariat Islam, maka menyusuri keperibadian dan keunggulan baginda adalah
suatu kewajipan kepada setiap muslim yang mahu mengecapi kejayaan di dunia apatah lagi di akhirat
kelak. Dengan itu marilah kita bersama-sama mendengar dan menghayati kisah sebenar bermulanya
kegemilangan kelahiran Nabi Muhammad SAW melalui ceramah yang akan disampaikan oleh

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah kita


PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Sebagai penghargaan kepada penceramah kita pada hari ini, pihak majis mempersilakan En. Mohd Zaki
bin Idris, Guru Besar SK Balik Pulau untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih.

Majlis dengan penuh takzim menjemput

untuk menerima cenderahati.

Terima kasih diucapkan kepada En.

MAJLIS BERAKHIR PENUH INAYAH

MENJADI KEBANGGAAN ANUGERAH DI NOBAT

SEMOGA YAKIN TERUS ISTIQAMAH

SEMANGAT KENTAL MENJADI AZIMAT.

INDAH TERUKIR CIPTAAN SENI

LEMBUT BAGAIKAN SENTUHAN BAYU

JARI SEPULUH DISUSUN KINI

ANDAINYA ADA KATA TERLALU.

sebelum kita bersurai,marilah sama-sama kita


Sekian ,Terima kasih daun keladi tahun hadapan kita sambut lagi..

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT.

Anda mungkin juga menyukai