Anda di halaman 1dari 8

Jadilah Pengguna Bijak – Apa ciri-ciri pengguna bijak?

NOVEMBER 23, 2016 BY SABREE HUSSIN 5 COMMENTS

“JADILAH PENGGUNA BIJAK…”


 Saya tak dapat kira, entah dah berapa kali saya dengar ayat
ni.  “Jadilah pengguna bijak…” Sampai satu tahap, saya rasakan
seolah-olah semua marketer akan menggunakan ayat “jadilah pengguna
bijak” ni untuk menghasut orang ramai supaya beli produk yang mereka
promosikan.

Pernah juga saya terfikir nak gunakan ayat tersebut. Tapi tak sampai hati
pulak. Seolah-olah bila guna ayat tu, saya seperti sedang kata kepada
orang lain yang buat keputusan untuk tidak beli produk yang saya
promosikan adalah “tidak bijak”.

Habis tu dah korang yang kata pengguna bijak adalah pengguna yang
memilih jenama sekian… sekian… Bagaimana pula dengan orang lain
yang tidak mahu gunakan produk tersebut? Adakah mereka ini
tidak bijak? Susahkan nak jawab soalan tersebut.

Jadi, saya pun buat keputusan untuk buat brainstorming. Matlamat saya


adalah untuk melakukan senaraian, apa dia ciri-ciri dan karekter seorang
pengguna yang layak untuk kita katakan sebagai pengguna yang bijak.

Mengejutkan, kerana jawapannya langsung tak ada kaitan dengan mana-


mana jenama pilihan mereka atau mana-mana produk yang dipromosikan
oleh mana-mana marketer. Jadi, khusus untuk pembaca blog ini, saya
persembahkan kepada anda, 11 ciri-ciri pengguna bijak.

1
Ciri-ciri pengguna yang bijak
(1) Mereka membuat perbandingan harga sebelum membuat
sebarang pembelian 

Sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli sesuatu produk,


perkara pertama yang akan mereka lakukan ialah membuat perbandingan
harga. Mereka akan cari mana-mana penjual yang mampu untuk
memberikan harga terendah untuk produk atau barangan yang mereka
mahukan.

Pada hari ini, sangat mudah untuk buat perbandingan harga. Saya


sendiri akan menggunakan laman-laman web seperti Lazada
Malaysia, Zalora, 11 street, lelong dan sebagainya untuk buat
perbandingan harga.

Tak perlu tergesa-gesa untuk buat tempahan, terutama sekali apabila


anda melihat iklan produk tertentu di laman media sosial. Sebelum beli,
buat dulu perbandingan harga. Jika harga yang ditawarkan itu berbaloi
barulah beli.

Of course, kalau anda beli sebab nak bantu penjual, maka tak perlulah
buat perbandingan harga. Terima sahaja what ever price yang penjual tu
dah tetapkan.

(2) Mereka membuat pembelian ketika promosi besar-besaran


dijalankan

Pada waktu catatan ini ditulis, emel saya dipenuhi dengan preview
tawaran promosi besar-besaran yang akan dijalankan sempena dengan
acara Black Friday. Selepas Black Friday, bakal disusuli pula dengan
Cyber Monday.

2
Kebiasaannya, sempena dengan Black Friday ataupun Cyber Monday ni,
memang akan ada banyak potongan harga ditawarkan. Pengguna yang
bijak akan memanfaatkan waktu-waktu ini untuk buat pembelian. Selepas
ini, harga yang sama mungkin dah tak akan ditawarkan lagi.

Kena tunggu Black Friday dan juga Cyber Monday untuk tahun akan
datang. Itupun jika ada lagi.

Selain ketika Black Friday dan juga Cyber Monday, waktu lain adalah
sempena dengan musim perayaan. Pada waktu ini, banyak juga shopping
mall akan tawarkan promosi dan diskaun besar-besaran.

(3) Mereka beli dengan harga diskaun ataupun gunakan kupon


diskaun

Sebelum buat pembayaran, cuba cari dulu di internet, manalah tahu


kalau-kalau anda boleh jumpa kupon diskaun.

Bagi menggalakkan orang ramai untuk berbelanja secara online,


sesetengah penjual akan menawarkan kod kupon diskaun. Contohnya
adalah seperti Lazada Malaysia.

 (4) Untuk menjimatkan kos, mereka beli secara online

Cuba fikirkan sejenak. Apa agaknya kos yang mampu dijimatkan apabila
beli secara online? Antaranya yang terlintas di fikiran saya ialah, kos
pengangkutan, petrol, tol, parking, masa, dan kos untuk makan di luar.

Kadang-kadang bila kita berada di shopping mall, tarikan untuk kita


berbelanja dan beli benda-benda yang tak perlu sangat besar. Sebaliknya
kalau beli secara online, kita hanya beli apa yang kita nak sahaja.
3
 

Begitu juga dengan faktor masa. Bila kita beli di shopping mall, kita
terpaksa bergerak dari satu rak ke satu rak untuk pilih barang-barang
yang kita nak beli. Berbeza pulak dengan beli secara online. Sangat
mudah untuk pilih barang.

Kebanyakkan laman web ecommerce mempunyai fungsi carian. Anda


hanya perlu taip sahaja apa nama barang yang anda nak beli tu, dan
dalam masa beberapa saat anda dah boleh jumpa barang yang anda nak
beli.

 (5) Pengguna yang bijak akan sentiasa memeriksa label sebelum


membuat pembayaran

Pengguna yang bijak akan sentiasa periksa label. Dari label tu, macam-
macam maklumat yang boleh diketahui, antaranya maklumat nutrisi, logo
halal, kelulusan KKM, bila tarikh expired, bahan-bahan yang digunakan
dan banyak lagi.

Mereka ingin tahu secara terperinci berkenaan dengan produk yang


mereka bakal beli. Tak salah kan untuk ambil masa bagi memahami
perincian tentang produk atau barangan yang bakal dibeli.

Lebih-lebih lagi jika produk adalah produk makanan. Sedikit sebanyak


kita perlu tahu maklumat berkenaan dengan nutrisi. Jangan pula bila
dengar je jurujual tu kata makanan ni bagus sebab ia “makanan
sunah” anda terus tak sabar nak beli.

(6) Pembeli bijak akan mengutamakan kualiti berbanding jenama


semata-mata

4
Ini bermaksud, jika harga sesuatu produk itu tak masuk akal, hanya
kerana ianya berjenama, maka dia tak akan beli produk tu. Dia tak akan
biarkan dirinya menjadi mangsa jenama.

Saya cakap secara umum sahaja. Kebanyakkan barangan yang ada


dipasaran dijual dengan harga yang agak tinggi, kerana faktor jenama.
Jenama produk yang sudah terkenal seolah-olah memberikan mereka
lesen untuk mengenakan harga yang lebih tinggi berbanding produk yang
dikeluarkan oleh syarikat pesaing.

Sedangkan apa yang kita perlukan bukan sekadar jenama atau logo yang
mudah dikenali, sebaliknya kita mahukan produk yang berkualiti.

(7) Sesuatu barangan tersebut dibeli sebab ianya diperlukan


bukan sebab ia murah ataupun sebab ada duit

Tak ada istilah show off dalam hidupnya. Sesuatu produk atau


perkhidmatan itu dibeli kerana ianya diperlukan. Ini juga bermakna
pengguna tersebut FAHAM dengan jelas, mengapa dia buat keputusan
untuk membeli.

Sebarang tawaran-tawaran diskaun tak masuk akal yang hanya sah


dalam tempoh 24 jam sahaja tidak mampu untuk menarik minat mereka
untuk membeli. Pengguna yang bijak dapat membezakan antara
keperluan dengan saja-saja nak beli tanpa sebab.

Just because barang tersebut murah tak bermaksud anda akan guna
barang tu bila dah beli. Soalan saya, pernah tak anda beli sesuatu barang

tu sebab barang tu murah? Apa jadi lepas anda dah beli? Adakah anda
guna produk tersebut, atau anda simpan je produk tu dalam almari?

5
(8) Pembeli yang bijak akan kumpul mata ganjaran bagi
ditukarkan dengan kupon diskaun atau hadiah percuma

Walaupun pembelian yang mereka lakukan tidak mendapat potongan


harga, mahupun mendapat sebarang rebat ataupun hadiah percuma,
namun dengan adanya fungsi kumpul mata ganjaran, ini juga satu
tindakan yang bijak.

Kebiasaannya mata ganjaran ini apabila dikumpulkan dan bila ia cukup


banyak, boleh ditukarkan dengan hadiah percuma (jimat dah sebab tak
perlu beli sendiri) ataupun akan dapat ditukarkan dengan voucher
diskaun.

Biasa yang saya perhatikan yang boleh kumpul mata ganjaran ialah
seperti Tesco, Petrol pump, Air Asia, dan banyak lagi.

(9) Pembeli yang bijak juga akan dibayar apabila mengesyorkan


produk yang digunakan

Ini juga bermakna pengguna tersebut tidak akan bercerita tentang


sesuatu produk yang digunakan tak tentu pasal. Orang tak tanya pun apa
produk yang dia gunakan, tapi dia sibuk nak advertise produk tersebut
macamlah dia dapat share.

Benda ni biasa jadi untuk produk jenis movie. Bila ada je movie yang
baru, sibuk nak bercerita kat semua orang betapa bestnya movie
tersebut. Padahal buat penat je dia cerita, bukannya dapat apa pun.

Sudah tentu, jika produk tersebut memang benar-benar ada manfaat dan
baik untuk masyarakat, tak salah untuk bercerita tentang produk
tersebut.

6
(10) Mereka mampu untuk buat duit sampingan melalui barang
yang mereka sendiri gunakan

Benda ni mungkin tidak terpakai kepada semua orang. Jika ia kurang


relevan dengan situasi anda, boleh abaikan sahaja.

Biasanya barangan yang termasuk dalam kategori ini, adalah barangan


yang diedarkan menggunakan konsep Network Marketing. Disamping
menjadi pengguna produk secara berkala, anda juga boleh
mempromosikan produk tersebut kepada orang ramai dan jika ada yang
berminat untuk jadi pengguna juga seperti anda, anda akan diberi
komisen.

Contohnya macam produk simkad Tone Excel, simkad ONEXOX dan


sebagainya. Anda boleh jadi pengguna sahaja tanpa perlu bercerita
tentang kelebihan produk yang anda gunakan. Itu juga tak ada masalah.
Namun kalau nak buat duit, apa salahnya bercerita. Bukan kena bayar
pun. Hanya perlukan sedikit usaha untuk perkenalkan produk dan cerita
apa kelebihannya.

(11) Mereka memastikan bahawa setiap transaksi yang dilakukan


ada nilainya 

Jika barangan yang dibeli tu harganya RM39.90 mereka akan pastikan


bahawa nilai barangan tersebut adalah setara dengan harga yang perlu
dibayar.

Pengguna yang bijak tahu dan sedar akan haknya.

 Saya nak bagi contoh situasi. Salah satu restoran Fast Food yang saya
suka pergi ialah KFC. Walaupun benda ni jarang berlaku, tapi sesekali ia
akan berlaku. Mungkin sebab restoran fast food seperti ini selalu bertukar
ganti staffnya, jadi nak dapatkan staf yang benar-benar mahir tu
memang agak sukar.

7
 

Saya percaya, sebagai pelanggan, kita berhak mendapat layanan dan


servis seperti mana yang kita mahukan. Lagipun kita bayar apa yang kita
nak, bukannya kita minta secara percuma. Ini juga bermaksud, bila kita
order set dinner plate, dan kita mahukan dua thigh dan satu drumpstick,
itulah yang kita dapat. Manakala pihak restoran kena sediakan apa yang
kita nak beli, tanpa perlu bersoal jawab.

Lagipun kita bukan datang nak mintak simpati, kita datang sebab nak
beli. Jadi, apabila apa yang diminta oleh pelanggan tak sama dengan apa
yang diberi oleh penjual, maka dari segi nilai, transaksi tersebut jadi
tak ada nilai.

Tak guna buat jual beli seperti itu jika satu pihak tidak gembira
sedangkan pihak yang satu lagi mempunyai kemampuan untuk
memberikan apa yang dimahukan oleh pelanggan.

Ok… cukuplah tu kot 11 ciri-ciri pengguna yang bijak.

Anda mungkin juga menyukai