Anda di halaman 1dari 4

Majlis pelancaran SUMUR.

Mengumumkan ketibaan,
Encik Rosmadi bin hamid
Penolong PPD bahagian JQAF
PPD baling sik

Hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu asma ul husna, lagu Negaraku,
lagu negeri kedah serta lagu sekolah.

Hadirin dipersilakan duduk

Yang dihormati,
Penolong PPD bahagian JQAF, Encik Rosmadi bin ahmad
Yang Berusaha
Pen.kanan pentadbiran
Pn. Rosmaini binti omar

Yang dihormati

Pn jamilah binti abd rani


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En. Mohd norzi bin mat saman
Penolong Kanan Kokurikulum

En. Mohd mahyuddin bin mat ali


Penolong Kanan Tingkatan Enam
Guru-guru Kanan Mata pelajaran
Guru-guru seterusnya anak pelajar yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan
rahmatnya pada pagi yang nyaman ini dapat kita bersama-sama berkumpul bagi
memeriahkan pelancaran program SUMUR SMa an najah Tahun 2019. Majlis
turut mengucapkan selamat datang dan terima kasih di atas kehadiran en rosmadi
bin hamid atas kesudian beliau meluangkan masa untuk datang ke majlis kita
pada pagi ini.
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
saudara…………………………………………………….untuk membacakan doa. Dipersilakan.
Amin ya robbal alamin.
Terima kasih kepada saudara …………………………………………………atas kesudian beliau
untuk memimpin bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya, marilah sama-sama kita mendengar alunan bacaan Al quran daripada


___________________________________
Terima kasih diucapkan kepada saudara ___________________________-atas kesudian
memperdengarkan bacaan al quran sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Sesungguhnya dalam proses membentuk insan yang kamil, SMA AN NAJAH
tidak pernah lupa untuk mengesampingkan keperluan pembangunan akhlak dan
keperibadian mulia dalam setiap denyut nadi setiap anak pelajarnya.
Berkenaan program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)
Kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada kecemerlangan
akademik semata-mata malah merangkumi aspek sahsiah diri, keperibadian,
personaliti serta mempunyai jati diri yang mantap dalam mengharungi cabaran
semasa yang serba unik dan kompleks .justeru dengan adanya program SUMUR
ini diharapkan agar sahsiah pelajar akan bertambah baik, menjadi insan yang
cemerlang rohaniah dan akliah.

Maka cabaran warga pendidik pastinya perlu menyemai benih nilai murni ke arah
pembentukan personaliti unggul. Perancangan rapi ini harus direncana dan
diperhalusi bagi merealisasikan impian berkenaan.

Hadirin sekalian,
Objektif Program SUMUR ialah
1. Membentuk sahsiah pelajar secara berterusan.
2. Pembangunan sahsiah yang mantap melahirkan pelajar yang
cemerlang dunia dan akhirat
3. Membudayakan nilai dan sifat terpuji dalam kehidupan
seharian.
Maka, Besarlah harapan kami agar anak pelajar yang berada di hadapan ini terus
digilap dan diasah bakatnya agar menjadi insan yang berguna kelak. Seperti kata
pepatah
Benih yang baik, dicampakkan di daratan menjadi gunung,
Dibuang ke lautan menjadi pulau
Di lempar ke angkasa menjadi kejora. Insyaallah.
Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput pn. Rosmaini binti omar
pen. Kanan pentadbiran untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
…….
Terima kasih diucapkan kepada pn. Rosmaini binti omar atas ucapan sebentar
tadi.

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput


Yang dihormati. En rosmadi bin Hamid
Penolong pegawai PPD bahagian JQAF
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan pelancaran program
SUMUR sma an najah 2019.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
………
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada en rosmadi bin Hamid atas
ucapan sebentar tadi.

(Gimik SUMUR)

Majlis sekali lagi menjemput en rosmadi bin Hamid, penolong ppd bahagian JQAF
diiringi tuan penolong kanan pentadbiran, puan rosmaini binti omar
untukmenyempurnakan gimik pelancaran sumur seterusnya menyampaikan sijil
pelantikan kepada naqib dan naqibah bagi tahun 2019. Dipersilakan

Dijemput wakil naqib


Dijemput wakil naqibah

Seterusnya, dijemput puan rosmaini binti omar kemeri untuk menyampaikan


cenderahati kenang-kenangan kepada en rosmadi bin Hamid. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan untaian terima kasihTerima kasih kepada en rosmadi bin


Hamid atas kesudian beliau menyempurnakan gimik pelancaran dan penyampaian
sijil pelantikan kepada naqib dan naqibah sebentar tadi
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan
___________________________________ dipersilakan.

sebelum majlis melabuhkan tirai, bicara ini terhenti, saya mewakili


majlis menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ada keterlanjuran kata yang
menghiris hati, mencuit jiwa, meluka rasa.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat en rosmadi bin Hamid
atas komitmen dan sokongan beliau bagi menjayakan Majlis Pelancaran SUMUR
SMA AN NAJAH kali ini.

Sekian terima kasih

Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah


Assalamualaikum...........
.................

Dijemput kepada tetamu ke kantin sekolah untuk menikmati sedikit jamuan.

Anda mungkin juga menyukai