Anda di halaman 1dari 4

Teks Juruacara :

1. KATA ALU-ALUAN.
Yang Berusaha,
En. Fauzi bin Mohd Noor
Tuan Guru Besar SK Bukit Balai,
Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan,
Encik Mohd Yasin bin Mohd Fadzir Penolong Kanan Pentadbiran.
Encik Mohd Akhir bin Mohd Jaafar Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Puan Rodziana binti Ibrahim - Penolong Kanan Kokurikulum
Rakan-rakan guru, Barisan Kepimpinan Pengawas dan
seterusnya putera dan puteri yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum wbt , salam sejahtera, Salam Perak Excellent dan salam 1 Malaysia.
Kita mulakan majlis kita pada hari ini dengan ummul kitab Al-Fatihah.
Selamat datang ke Majlis Penutup Program Ihya Ramadhan 2015 SK Bukit Balai.
Sama-samalah kita memanjatkan setinggi rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnia dan izinNya dapat kita sama-sama berhimpun dan
menyatukan tekad di dalam majlis ini dengan penuh kedamaian dan keamanan.
Ramadhan yang penuh barakah ini sesungguhnya dikurniakan kepada kita akan
pahala ibadah yang ribuan gandanya, juga bulan doa hambanya diterima, bulan
diterima keampunan dan taubat serta bulan keredhaan Allah.
2. DOA
Anugerah di kecap si anak watan
Mengangkat senjata bidalan suara
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera
Untuk memberkati majlis, dengan sukacitanya dijemput Al Fadhil Ustaz Hafizi bin
Suhaimi untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan
DOA
Terima kasih kepada Ustaz Hafizi bin Suhaimi atas bacaan doa sebentar tadi.

3. MAJLIS KHATAM AL-QURAN.

Sebagai pembuka acara, majlis dimulakan dengan memperdengarkan alunan ayatayat suci Al-Quran sempena majlis khatam Al-Quran. Dengan segala hormatnya
majlis menjemput ______________________________________ untuk
memimpin bacaan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
SELESAI KHATAM
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan ayat-ayat suci Al-Quran
sebentar tadi.

4. UCAPAN WAKIL SETIAP KELAS


Seterusanya, majlis diteruskan dengan ucapan wakil murid bagi setiap kelas tahap 2.
oleh itu majlis menjemput __________________________________dari
Tahun 4 untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
Seterusnya, dipersilakan _____________________________ dari Tahun 5
untuk menyampaikan ucapan.
Bagi murid Tahun 6 pula, dipersilakan _______________________________.
Terima kasih diucapkan kepada ketiga-tiga murid atas ucapan itu tadi.

5. UCAPAN WAKIL MURID


Hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan menjemput IZZAT HATTA BIN AZIZI
untuk menyampaikan ucapan mewakili semua murid SK Bukit Balai. Dipersilakan.
UCAPAN
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan Izzat Hatta itu sebentar tadi.
6. UCAPAN GPK
6.1 PENTADBIRAN
Majlis diteruskan dengan mempersila yang dihormati, Encik Mohd Yasin bin Mohd
Fadzir untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Mohd Yasin.

6.2. HEM
Seterusnya majlis mempersila pula Encik Mohd Akhir bin Mohd Jaafar untuk
menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Mohd Akhir bin Mohd
Jaafar atas ucapan itu tadi
6.3. KOKURIKULUM
Majlis diteruskan dengan mempersilakan Puan Rodziana bt Ibrahim untuk
menyampaikan ucapan beliau . Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Rodziana bt Ibrahim.

7.0 UCAPAN GB
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Tuan Guru Besar, Encik Fauzi b.
Mohd Noor untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan
penutup Program Ihya Ramadhan SK Bukit Balai 2015. Dipersilakan.
Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Encik Fauzi b. Mohd Noor
atas ucapan itu tadi.

8. PENYAMPAIAN HADIAH
Hadirin sekalian, sepanjang bulan Ramadhan ini, Panitia Pendidikan Islam telah
menganjurkan beberapa pertandingan seperti mewarna, membuat buku skrap,
mencipta kad raya, ceramah cilik dan kuiz ramadhan. Oleh itu, majlis menjemput
Encik Mohd Akhir bin Mohd Jaafar untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.
RUJUK SENARAI PADA AZYYATI.

9. SUMBANGAN

Hadirin sekalian, seterusnya majlis menjemput Tuan Guru Besar, Encik Fauzi bin
Mohd Noor diiringi En. Mohd Yasin bin Mohd Fadzir untuk menyampaikan
sumbangan kepada murid-murid yatim dan yang kurang berkemampuan.
Dipersilakan.
BAGI SUMBANGAN RUJUK SENARAI KERTAS PURPLE
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar dan Encik Mohd Yasin bin Mohd
Fadzir.
10. SALAM JEMAAH
SPONTAN AJAK BERATUR IKUT KELAS DARI PRA SEK KE THN 6

Anda mungkin juga menyukai