Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG SKBB 2017 ANIS LISA

BIL PERISTIWA TEKS/SKRIP


Lafaz Bismillah pembuka bicara,
1. Salutation
Salam dihulur mohon sejahtera.

Assalamualaikum w.b.t , salam sejahtera, salam Perak Excellence dan salam sehati sejiwa.
1. Yang Berusaha, Encik Fauzi bin Mohd Noor, Tuan Guru Besar Sek. Keb. Bukit Balai
merangkap penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sek. Keb. Bukit Balai.

2. Yang dihormati, Yang diPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sek. Keb. Bukit Balai;
Encik Othman bin Said.

3. Yang dihormati, Naib Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sek. Keb. Bukit Balai
___________________________

4. Barisan guru penolong kanan, guru-guru SKBB, warga kerja SKBB,

5. Ahli-ahli jawatankuasa PIBG,


6. Ibu bapa dan penjaga dan seterusnya
7. Para hadirin sekalian.
2 Kata-kata aluan
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapat kita bersama-
sama berkumpul pada petang ini, bagi menjayakan Mesyuarat AGUNG Persatuan Ibu Bapa
dan Guru Sek. Keb. Bukit Balai kali ke 34 bagi tahun 2017. Semoga majlis ini menjadi 1
TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG SKBB 2017 ANIS LISA

bertambah meriah, penuh cemerlang dan membawa makna kepada kita semua.
3 Bacaan doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan kehambaan dengan penuh
keinsafan, semoga Allah melimpahkan rahmat dan hidayahnya untuk kelancaran majlis ini.
Untuk itu majlis mempersilakan al-fadhil Ustaz Bajuri bin Johari bagi memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
[Doa]
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al-ustaz atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian.
Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah
keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin
kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana
modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar
ini.
Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu bapa, amat penting
dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik,
kokurikulum, bahkan sahsiah diri yang cemerlang.
4 Ucapan YDP Bukan keris tanpa ulunya. Bukan majlis tanpa ucapannya.

Hadirin yang dimuliakan,


Seterusnya majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang dihormati, Yang diPertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sek. Keb. Bukit Balai; Encik Othman bin Said.
2
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan...
TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG SKBB 2017 ANIS LISA

[ucapan YDP]
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Encik Othman bin Said atas ucapan itu tadi.

Sidang dewan yang dimuliakan...


5 Ucapan GB
Majlis kita pada petang ini diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha Encik Fauzi bin
Mohd Noor, Guru Besar Sek. Keb. Bukit Balai merangkap penasihat Persatuan Ibu Bapa dan
Guru Sek. Keb. Bukit Balai untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan... [ucapan GB]
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Fauzi bin Mohd Noor atas ucapan yang
diberikan.

6
Mesyuarat PIBG Hadirin yang dimuliakan sekalian,
– serah Majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sek. Keb. Bukit
pada YDP
Balai kali ke 34 bagi tahun 2017. Untuk itu, saya serahkan majlis kepada Yang Dipertua PIBG,
Encik Osman bin Said untuk meneruskan acara kita pada hari ini. Dipersilakan.

SELESAI MESYUARAT – UCAPAN PERASMIAN PENUTUP


7 Ucapan Kalau dilipat sebesar kuku
3
Perasmian
TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG SKBB 2017 ANIS LISA

Penutup Kalau dibentang seluas alam


Yang jauh diimbau

NOTA: Yang dekat digamit


Seuntai salam sejambak kata
JIKA YB ADA
WAKTU Degup bicara, merisik rasa.
PERASMIA
N
PEMBUKAA Sidang dewan yang dimuliakan..
N – SEBUT Seterusnya majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Dihormati Toh
PERKARA 7
SEBELUM Syahbandar Ulu, Yang Berhormat, Dato’ Haji Mohd Tarmizi Bin Haji Idris, ADUN Kenering bagi
MULA menyampaikan ucapan dan seterusya menyempurnakan perasmian penutup Mesyuarat
MESYUARA
T – TAPI AGUNG Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sek. Keb. Bukit Balai kali ke 34 2017.
JADI Dengan segala hormatnya dipersilakan....
PERASMIA
N
PEMBUKAA [UCAPAN DATO’ HAJI TARMIZI]
N (RUJUK
GB/PK)

Bunga Selasih Di Jambangan Puan, 4


TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG SKBB 2017 ANIS LISA

Pemberian Harum Melati Penyeri Intan


cenderamata
Terima Kasih Ucapan Tuan
Kekal Bersemi Dalam Ingatan
(RUJUK GB/PK
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang
UTK BERI
CENDERAMATA Berhormat, Dato’ Haji Mohd Tarmizi Bin Haji Idris kerana sudi menyampaikan ucapan dan
@ TIDAK
seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.
SEWAKTU
MAJLIS) Seterusnya, majlis dengan penuh suka cita dan berbesar hati memberikan cenderamata
sebagai tanda kenang-kenangan junjungan kasih terhadap Yang Berhormat Dato’.
Dipersilakan.
8 Madah Di Ungkap Santun Bicara,
Pantun Di Lantun Mengusik Hati
Salah Dan Silap Tutur Bicara
Pohon Di Ampun Seikhlas Hati

Kain Yang Carik Cuma Dihujung


Dibuat Alas Mengelap Kendi
Budi Yang Baik Tetap Dijunjung
Tahun Hadapan Berjumpa Lagi

Sekalung penghargaan semua yang sudi bersama-sama menjayakan acara ini samada yang
5
terlibat secara langsung atau tidak langsung pada petang ini. Semoga kita berjumpa lagi…
TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG SKBB 2017 ANIS LISA

Hadirin semua dijemput ke kantu untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan.

Sekian….wabillah hi taufik wal hidayah wassalamualaikum……..

Anda mungkin juga menyukai