Anda di halaman 1dari 10

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2016

SKRIP HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2016

TARIKH : 23 NOVEMBER 2016


MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SKBB

BI ATURCARA SKRIP/TEKS CATATA


L N
1 UCAPAN ALU- Indah berbalam si awan petang,
ALUAN Berkicau merbah di hujung muara,
(SALUTATION) Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Perak Amanjaya,


Salam Perak Excellence dan Salam Sehati Sejiwa.

Yang berusaha,
Encik Muhammad Iruwan bin Zulkifli
Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan merangkap
Ketua Pemuda UMNO Lenggong

Yang berusaha
Encik Osman bin Said
Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Bukit Balai

Encik Azizi bin Mohd Yatim


Naib Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Bukit Balai
1
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2016

Yang Berusaha,
Encik Fauzi bin Mohd Noor
Tuan Guru Besar SK Bukit Balai

Yang dihormati,
Encik Mohd Yasin bin Mohd Fadzir
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Encik Mohd Akhir bin Mohd Jaafar
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Rodziana binti Ibrahim
Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum

Encik Bajuri bin Johari


Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan guru SK Bukit Balai

Para ibu bapa dan penjaga

Barisan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Ahli ahli Jawatankuasa pengelola

Para penerima Hari Anugerah Kecemerlangan 2016 SK Bukit Balai

Dan seterusnya hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

2
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2016

Dari Dewan Sek. Keb. Bukit Balai, mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian ke Majlis
Hari Anugerah Kecemerlangan Bagi Tahun 2016. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan
ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam
majlis kita pada pagi nan indah permai ini.

Sebagai permulaan majlis tadi, surah Al-Fath ayat 1 10 telah dialunkan oleh adik WAN
MUHAMMAD KHAIRULANNAS BIN WAN ABD FATAH serta dibacakan terjemahannya oleh
adik MUHAMMAD JAFRI ARIF BIN MOKHTAR.

2 BACAAN DOA Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Oleh itu, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Al Fadhil Ustaz Hafizi bin Suhaimi untuk
memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (BACAAN
DOA)

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Hafizi bin Suhaimi
atas bacaan doa itu tadi.

3 MAKLUMAN Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Terlebih dahulu, Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima


kasih, terutama kepada Yang berusaha, Encik Mohamad Iruwan bin Zulkifli Pegawai
Khas Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda UMNO Lenggong dan
3
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2016

semua para hadirin atas kesudian meluangkan masa, bersama-sama kami dalam
menjayakan hari anugerah kecemerlangan pada kali ini.
Untuk makluman hadirin, majlis pada hari ini akan menganugerahkan penghargaan
kepada para pelajar yang telah mewarnai kecemerlangan dan kegemilangan kurikulum,
kokurikulum mahupun sahsiah di Sek. Keb. Bukit Balai sepanjang tahun 2016. Hari ini
juga kita bakal menyaksikan majlis graduasi murid-murid Pra Sekolah dan Tahun 6 di SK
Bukit Balai.
Hadirin yang dihormati,
4 UCAPAN TUAN Mengikat budi dengan silaturrahim
GURU BESAR Mengikat bangsa dengan bahasa
Mengikat saudara dengan kasih mesra

Sebagai pembuka kata, marilah sama-sama kita ikuti ucapan alu-aluan yang akan
disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Fauzi bin Mohd Noor, Tuan Guru Besar
Sek. Keb. Bukit Balai. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas ucapan oleh Yang Berusaha Encik
Fauzi bin Mohd Noor, Tuan Guru Besar sebentar tadi.

Seterusnya majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Encik Othman bin
UCAPAN Said, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sek. Keb. Bukit Balai untuk
5 YDP PIBG menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(KALAU TIADA
(UCAPAN)
WAKIL
JEMPUT
PERASMI Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

4
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2016

TERUS SKIP
KE NO 6)

Warga dewan yang dimuliakan,

6 UCAPAN Jangan tertawan alpa duniawi,


PERASMI Hanya indah serupa mimpi,
Duhai pahlawan kesatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput Encik Mohammad


Iruwan bin Zulkifli, Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua
Pemuda UMNO Lenggong untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sek. Keb. Bukit Balai 2016. Dengan penuh
takzimnya, dipersilakan.
(UCAPAN)

SAMPAIKAN Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan itu tadi.
CENDERAMAT
A Adat kita menyambut tetamu
Cenderamata dihulur menjalin mesra
Sebagai tanda kenang-kenangan majlis menjemput Yang Berusaha Encik Fauzi bin Mohd
Noor diiringi oleh En. Mohd Yasin bin Mohd Fadzir, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
untuk menyampaikan cenderamata kepada Encik Iruwan Zulkifli bin Mohamad
Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda UMNO
Lenggong.

5
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2016

(SAMPAIKAN CENDERAMATA) Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih.

7 PENYAMPAIAN
ANUGERAH (REFER TEKS ANUGERAH)
1. KONVO PRA
2. KONVO TAHUN 6
3. ANUGERAH TAMAT SEKOLAH RENDAH PK
4. CENDERAMATA MURID PK
5. KEDUDUKAN DLM KELAS PK

Berkayuh mudik ke Tanjung Deli,


8 PERSEMBAHA sampannya sarat jambangan melur,
N 1 THN 5 istirahat kita kali ini,
bakat dipamer hati terhibur.

Hadirin dan Hadirat Sekalian,

Majlis diserikan lagi dengan persembahan murid-murid Tahun 5. Dipersilakan para


peserta mengambil tempat.
(PERSEMBAHAN)
Terima kasih di atas persembahan yang cukup menarik itu tadi. Untuk makluman,
persembahan tadi dipimpin oleh Pn. Ruzaimah bt Mustapa.

9 ANUGERAH (REFER TEKS ANUGERAH) (ON MUSIC GAMELAN)


6
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2016

7. HADIAH NILAM
8. TOKOH NILAM
9. HADIAH PENINGKATAN AKADEMIK PEMULIHAN KHAS
10. PENERIMA HADIAH KEHADIRAN PENUH
11. KETUA & PENOLONG KETUA
12. PENGAWAS PUSAT SUMBER
13. PENGAWAS SEKOLAH
14. ANUGERAH PENDIDIKAN KHAS
15. KEDUDUKAN DALAM KELAS (PERDANA)

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


1 PERSEMBAHA
0 N 2 PRA Apa kata kita rehat sebentar, dan sebagai halwa telinga, sama-sama kita saksikan
SEKOLAH persembahan yang akan disampaikan oleh murid-murid Pra Sekolah. Dipersilakan...

(PERSEMBAHAN)

Terima kasih atas persembahan dari murid-murid Pra Sekolah itu tadi. Untuk makluman,
persembahan tadi dipimpin oleh Pn. Norliza binti Abd Rauf dan Pn. Nurul Nadia bt Ramly

1 ANUGERAH (REFER TEKS ANUGERAH) (ON MUSIC GAMELAN)


1
17. MP TERBAIK
18. MP TERBAIK KESELURUHAN TAHUN 6
19. SIJIL PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6

7
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2016

Sehabis merah daun yang sihat


Dahan melebar bercerita sakan
1 PERSEMBAHA Majlis anugerah mohon berehat
2 N3
Persembahan pelajar kita saksikan
PENDIDIKAN
KHAS
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Seterusnya kita serikan lagi majlis ini dengan persembahan sajak oleh murid-murid
Pendidikan Khas. Dipersilakan...

(PERSEMBAHAN)

Terima kasih atas persembahan terakhir dari murid-murid Pendidikan Khas itu tadi. Untuk
makluman, persembahan itu tadi telah dipimpin oleh Cik Ermawati binti Ahmad Senawi.

LANTIKAN
1 KETUA &
3 PENOLONG (REFER TEKS ANUGERAH PAGE 13)
PENGAWAS

1 ANUGERAH (REFER TEKS ANUGERAH PAGE 16)


5 KHAS
22. TOKOH KOKURIKULUM
23. TOKOH SAHSIAH
24. TOKOH MURID L & P

1 PERSEMBAHA Dari hilir ke Kuala Perlis


6 N 4 TAHUN 6 Singgah bersantai di tepi jeti

8
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2016

Persembahan terakhir memeriahkan majlis


Semoga hadirin terhibur di hati.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Seterusnya kita serikan majlis ini dengan persembahan terakhir oleh murid-murid Tahun
6 sesi 2016. Dipersilakan...

(PERSEMBAHAN)

Terima kasih atas persembahan dari murid-murid Tahun 6 itu tadi. Untuk makluman,
persembahan tadi telah dipimpin oleh Puan Sulawati binti Zulkifli.

1 PENUTUP Akar keladi melilit selasih


7 Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai telanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Majlis pada pagi ini menutup tirainya. Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada
semua tetamu jemputan, khasnya kepada Encik Iruwan Zulkifli bin Mohamad

9
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT BALAI 2016

Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda UMNO
Lenggong serta Ahli Jawatankuasa kerja Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Bukit Balai
2016, para ibubapa dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi
menjayakan majlis ini. Tahniah kepada semua Penerima Anugerah. Semoga
kecemerlangan kalian akan lebih terserlah pada masa-masa akan datang

Sekian.wabillah hi taufik wal hidayah wassalamualaikum.

10

Anda mungkin juga menyukai