Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirahmanirahhim... Assalamualaikum wbt..

salam sejahtera, salam


sehati sejiwa dan salam perak excellent.
Marilah kita bersama-sama memulakan majlis kita pada pagi ini dengan
ummul kitab al fatihah... (baca)
1. KATA ALU-ALUAN.
Yang Berusaha,
En. Fauzi bin Mohd Noor
Tuan Guru Besar SK Bukit Balai,
Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan,
Encik Mohd Akhir bin Mohd Jaafar Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Puan Rodziana binti Ibrahim - Penolong Kanan Kokurikulum
Encik Bajuri Bin Johari Penolong Kanan Pendidikan Khas
Para ibu bapa dan penjaga, guru-guru tahun 6, Rakan-rakan guru, dan
seterusnya putera dan puteri yang dikasihi sekalian.
Selamat datang diucapkan kepada para tetamu dan hadirin sekalian ke
Majlis Restu Ilmu Murid-murid Tahun 6 SK Bukit Balai 2016.
Alhamdulillah /marilah kita sama-sama / memanjatkan syukur / ke hadrat
Ilahi / kerana dengan limpah kurniaNya / maka kita diberikan kesempatan /
untuk bersama-sama berkumpul / bagi meraikan majlis ini.

Hadirin sekalian.
Majlis Restu Ilmu yang saban tahun diadakan ini merupakan antara
persediaan terakhir dan sebagai tanda pengharapan kita kepada Yang
Maha Esa dan bertawakal kepada-Nya setelah segala usaha dilakukan oleh
murid-murid, barisan guru SK Bukit Balai serta ibu bapa khususnya dalam
memastikan anak-anak kita semua mencapai kejayaan cemerlang dalam
UPSR kelak. INSHAALLAH.
2. UCAPAN GB
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Sampaikan amanat buat putera dan puteri.

Majlis dengan segala hormatnya / menjemput Yang Berusaha, En. Fauzi bin
Mohd Noor
Tuan Guru Besar / SK Bukit Balai / untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dipersilakan.
UCAPAN
Demikian tadi / ucapan aluan / daripada Tuan Guru Besar./ Majlis
merakamkan / ucapan terima kasih.
3. ACARA SETERUSNYA
Demi Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mendengar,
Kita memohon agar sisa-sisa waktu yang ada dapat dimanfaatkan
sepenuhnya oleh anak-anak didik kita. Semoga apa yang diajarkan oleh
para guru, apa yang dibaca dan dihafal oleh murid semua sampai ke
dalam dewan peperiksaan UPSR kelak. Sedikitpun tidak tercicir.
INSHAALLAH.
Para hadirin yang dihormati.
Suria bersinar tampak berseri,
Indah awan di langit membiru
Selamat berjuang putera dan puteri
ayah dan ibumu memberi restu.
Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu Ku Pohon Restumu Ayah Ibu & Guruguruku.
Dalam kesempaatan ini, di pertemuan yang penuh bermakna ini marilah kita sama-sama
melapangan dada, saling memaafkan dan merelakan antara guru dan para pelajar serta ibu
bapa yang hadir pada pagi ini. Semoga keberkatannya untuk manfaat bersama bagi mencari
landasan hidup yang sempurna demi beroleh kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
-Murid- murid diminta berdiri.
- Para guru dijemput memenuhi dan berbaris di bahagian hadapan dewan.
-Sekarang...dalam keadaan senyap, bergerak...dapatkan ibubapa/ guru-guru anda ...CIUM
TANGAN mereka..MOHONLAH
KEAMPUNAN MEREKA ! andai ada terkasar bahasa...tersilap bicara...mohon diampunkan
dosa...minta direstukan segala ilmu yang diberi...mungkin semalam anda melawan guru
anda, tidak menyiapkan tugasan yang diberi dan sering menyakiti hati guru...mohonlah
kemaafan dari mereka.
Kerana restu mereka adalah keramat, ilmu mereka adalah azimat!!

Ibu dan ayah/ cikgu-cikgu ...berikanlah restumu....doakanlah kejayaan mereka!

4. PEMBERIAN CENDERAHATI
Hadirin yang dimuliakan sekalian, majlis pada pagi ini diteruskan / dengan
pemberian cenderamata kepada / calon-calon UPSR SK Bukit Balai 2016.
Majlis dengan sukacitanya, menjemput tuan2 dan puan2, para ibu, bapa
dan penjaga / untuk menyempurnakan aturcara ini. Sebagai pembuka
majlis, oleh itu, sekali lagi dijemput Tuan Guru Besar, En. Fauzi bin Mohd
Noor / mengiringi..... (BACA DALAM SENARAI). Dipersilakan.
(SELESAI BAGI CENDERAHATI) Terima kasih diucapkan kepada semua ibu
bapa / penjaga atas kesudian menyempurnakan aturcara sebentar tadi.
Terima kasih juga diucapkan kepada tuan guru besar.
5. PENUTUP
Majlis kita pada hari ini telah sampai ke kemuncaknya. Pihak majlis
merakamkan sekalung terima kasih / atas kerjasama padu semua pihak
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung / bagi memastikan
acara pada hari ini berlangsung dengan jayanya.
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putera dan puteri,
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi.
Kami menyusun jari sepuluh / seandainya terdapat kesalahan dan
kesilapan / sama ada dari segi tutur bicara, lenggok bahasa dan tingkah
laku / sepanjang program ini berlangsung.
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
Wabillahi Taufik Walhidayah. Assalamualaikum Warahmatullah
Hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai