Anda di halaman 1dari 4

Semua hadirin diminta berdiri.

Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita mengumandang suara untuk
menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan lagu sekolah. Semua hadirin diminta
bersedia.
( lagu dimainkan PA System )
Terima kasih. Semua hadirin dipersilakan duduk.
1. KATA ALU-ALUAN.
Yang Berusaha,
En. Fauzi bin Mohd Noor
Tuan Guru Besar SK Bukit Balai,
Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan,
Encik Mohd Akhir bin Mohd Jaafar Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Puan Rodziana binti Ibrahim - Penolong Kanan Kokurikulum
Encik Bajuri bin Johari Penolong Kanan Pendidikan Khas
Rakan-rakan guru, Barisan Kepimpinan Pengawas dan
seterusnya putera dan puteri yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum wbt , salam sejahtera, Salam Perak Excellent dan Salam Sehati Sejiwa
Irama Beralun Gendang Dipalu
Langkah Diayun Berpasang-Pasangan
59 Tahun Telah Berlalu.
Malaysia Megah Menyambut Kemerdekaan..

Selamat datang ke Majlis Sambutan Di Ambang Kemerdekaan SK Bukit Balai 2016. Samasamalah kita memanjatkan setinggi rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia dan izinNya dapat kita sama-sama berhimpun dan menyatukan tekad di dalam majlis
ini dengan penuh kedamaian dan keamanan. Sesungguhnya dengan bertemakan Sehati
Sejiwa, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar
sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan yang
berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik.

2. DOA
Anugerah di kecap si anak watan
Mengangkat senjata bidalan suara
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera

Untuk memberkati majlis, dengan sukacitanya dijemput Al Fadhil Ustaz Hafizi bin Suhaimi
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan
DOA
Terima kasih kepada Ustaz Hafizi bin Suhaimi atas bacaan doa sebentar tadi.

3. NYANYIAN LAGU-LAGU PATRIOTIK


Hadirin yang dihormati,
Bagi memulakan majlis kita pada pagi yang gemilang ini, marilah kita sama-sama
menyanyikan rangkaian lagu-lagu patriotik iaitu Tanggal 31, Jalur Gemilang dan Sehati
Sejiwa.
Terima kasih kepada semua atas nyanyian lagu patriotik. Kita sebenarnya terhutang budi
kepada tokoh-tokoh kemerdekaan yg telah menempuh pahit getir untuk membebaskan
negara daripada belenggu penjajah. Kemerdekaan yg dikecapi mesti dipelihara dan
dipertahankan.

4. UCAPAN GB
Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,
Musuh datang habis dibasmi,
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , En. Fauzi bin Mohd Noor
Tuan Guru Besar SK Bukit Balai,
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Sambutan Hari
Kemerdekaan yang ke 59 bagi tahun 2016. Dipersilakan.
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Tuan Guru Besar sebentar tadi.

5. PERTANDINGAN2.
Terbang tinggi si burung helang
Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang Negara terbilang
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.

5.1 PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK


Hadirin sekalian, acara pada pagi ini diteruskan lagi dengan Pertandingan Mendeklamasi
Sajak.
Peserta pertama yang akan mendeklamasikan sajak dipersilakan
_____________________________________ dengan sajak yang bertajuk
____________________________. Dipersilakan.

6. PERTANDINGAN KOIR
Hadirin sekalian, acara pada pagi ini diteruskan dengan Pertandingan Koir. Oleh itu
dipersilakan ______________________________. Dipersilakan.
Terima kasih daun keladi, lain kali buat persembahan lagi. Hebat dan sangat bermakna
nyanyian dari murid2 _______

JEMPUT LAIN2 KUMPULAN KOIR


6.1
Seterusnya kita teruskan dengan mendengar alunan suara nyanyian ______________
yang bertajuk _________________.
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada ______________ atas persembahan
itu tadi
6.2
Majlis diteruskan dengan mempersilakan murid2 _____ . Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ________.

6.3
Hadirin yang dihormati.
Dengan tajuk lagu __________________ dipersilakan murid __________ untuk
membuat persembahan mereka.
Terima kasih kepada ________________ atas persembahan mereka tadi.
6.4
Untuk Halwa telinga seterusnya, marila sama-sama kita saksikan persembahan daripada
_____________________ Majlis mempersilakan.

6.5
Pertandingan lagu Patriotik diakhiri dengan murid2 tahun ___________. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ________.
7. PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM
Hadirin yang dihormati, majlis diteruskan dan diserikan lagi dengan Pertandingan Pakaian
Beragam. Tanpa membuang masa, majlis mempersilakan:
6.1 Tahun __. 6.2 Tahun __. 6.3 Tahun __. 6.4 Tahun __. 6.5 Tahun __. 6.6 Tahun __.
(Ulas tentang pakaian beragam).

8. PENUTUP
Hadirin sekalian, lengkaplah sudah majlis sambutan di ambang kemerdekaan kita pada pagi
ini. Untuk makluman semua, sambutan kemerdekaan ini akan diteruskan sehingga majlis
penutup pada 15 September 2015. Jika terdapat kesalahan dan kesilapan sama ada dari segi
tutur bicara, lenggok bahasa dan tingkah laku sepanjang program berlangsung, sejuta
kemaafan dipinta.
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai