Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2023

Assalammualaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh dan salam sejahtera.


Pembuka majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan nyanyian Lagu Allah
Selamatkan Sultan, Lagu Sekolah dan Lagu Negaraku.
Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan _________________________
untuk memimpin bacaan ikrar Rukun Negara. Dipersilakan.

Guru-guru dipersilakan duduk.


Murid-murid dipersilakan duduk.

**************************************

Ceria wajah terserlah manis,


Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa

Yang berusaha,
Puan Norlida binti Mokhtar,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gambang,

Yang dihormati,
Encik Mohamad Khairi bin Mohamed,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Gambang.

Encik Mehaboobjan bin Basulhak,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan Gambang.

Puan Rohana binti Kassim,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Gambang.

Ahli jawatankuasa penyelaras Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Sekolah


Kebangsaan Gambang.

Guru-guru seterusnya murid-murid yang dikasihi.

Majlis mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang ke Majlis


Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan Gambang. Marilah
sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia
dan izin-Nya dapat kita bersatu di sini. Semoga penyatuan tekad dan semangat ini
sentiasa diiringi kedamaian dan keamanan yang berpanjangan.
Para guru dan murid yang dihormati,

Sambutan kemerdekaan pada kali ini diadakan sebagai tanda semua guru
dan anak didik di sekolah ini bersama melangkah seiring memegang iltizam menjadi
warganegara yang patriotik. Dengan tema, ‘Negaraku Sehati
Sejiwa’
secara rasminya menunjukkan Malaysia akan meraikan sambutan kemerdekaan ke-
67 sekaligus menjadi lambang kesepaduan rakyat berbilang bangsa yang hidup
dalam keadaan harmoni dan muhibbah. Semuanya berada di bawah satu
lembayung kepimpinan tanpa mengira bangsa dan agama untuk mengecapi
pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran secara berterusan.

Para hadirin yang dikasihi,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan, Ustaz Muhammad Yasir bin Zainal
Abidin untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
 Amin, amin ya rabbal ‘alamin. Semoga bacaan doa sebentar tadi memberikan
keberkatan kepada majlis kita pada hari ini.
*PERSEMBAHAN GIMIK
Yang baru sahaja kita saksikan bersama merupakan gimik persembahan yang
cukup menarik sebagai simbolik pelancaran bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah
Kebangsaan Kota Masai bagi tahun 2017. Terima kasih diucapkan.
Para guru dan murid yang dikasihi,
Majlis kita semakin tiba di persadanya. Majlis seterusnya mempersilakan Encik
Amizam bin Mohamed selaku Penyelaras Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan
peringkat Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis mempersilakan.
 Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Majlis kita terus berlayar ke destinasi utamanya. Untuk itu, pihak majlis
berbesar hati menjemput dan mempersilakan Tuan Haji Zainuddin bin Haji Mohd
Alie, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan majlis pelancaran bulan kemerdekaan Sekolah Kebangsaan
Kota Masai bagi tahun 2017. Majlis mempersilakan.
 Begitulah tadi ucapan perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah
Kebangsaan Kota Masai 2017. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada
Tuan Guru Besar atas kesudian merasmikan majlis.
Hadirin yang dihormati,
Majlis kita akan diteruskan dengan nyanyian lagu ‘Jalur Gemilang’ dan
‘Tanggal 31’. Hadirin dipersilakan berdiri.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian lagu patriotik yang penuh
semangat daripada para guru dan murid. Hadirin dipersilakan duduk.
Para guru dan murid yang dikasihi,
Majlis kita takkan berseri tanpa persembahan yang dinanti. Untuk
menyampaikan persembahan deklamasi sajak yang bertajuk, “Tanahair’ hasil karya
Datuk Usman Awang, majlis menjemput dan mempersilakan Nur Nadia Husna binti
Mohd Shukri dari kelas 4 Bestari untuk menyampaikannya. Dipersilakan.
Seterusnya, majlis mempersilakan Muhammad Alif Nazmi bin Midon dari
kelas 4 Bestari untuk mendeklamasikan sajak bertajuk, Pahlawan Kemerdekaan.
Majlis mempersilakan.
Tidak lengkap majlis kita tanpa persembahan daripada guru. Untuk
menyampaikan deklamasi sajak berjudul, Jiwa Hamba, majlis berbesar hati
menjemput dan mempersilakan Ustaz Mohd Dawawi bin Mohd Daud untuk
menyampaikannya. Dipersilakan.
Usai persembahan deklamasi sajak, majlis kita beralih ke persembahan
nyanyian lagu patriotik. Majlis mempersilakan Nur Najwa Adharina dan Muhammad
Nor Haziq Syazwan untuk menyampaikan persembahan nyanyian lagu patriotik.
Majlis mempersilakan.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Sepanjang bulan kemerdekaan ini, telah diadakan pelbagai program dan
pertandingan. Bagi menyampaikan hadiah pertandingan mewarna jalur gemilang
prasekolah, mencipta kad ucapan hari kebangsaan, kuiz kemerdekaan dan
pertandingan nyanyian lagu patriotik, majlis menjemput dan mempersilakan,
_____________________________________________________________
untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah. Dipersilakan.

Mewarna jalur gemilang – Pra sekolah

Mencipta kad ucapan hari kebangsaan

Kuiz kemerdekaan
1. Nadirah bt Yuslan – 4 Amanah
2. Muhammad Danish Aiman – 4 Setia
3. Shafiq Aiman bin Mohd Shahabullah – 5 Bijak
4. Noramira Syuhada – 5 Mulia
5. Putera Idham – 6 Amanah
6. Alia Amirah bt Bhari – 6 Bestari
Pertandingan Nyanyian lagu Patriotik
Tahun 4
Johan – Muhammad Faris bin Mohd Kamel – 4 Budiman
Naib Johan – Izuan Shafuan bin Ameruddin – 4 Amanah
Ketiga – Syukri bin Zainuddin – 4 Budiman

Tahun 5
Johan – Nur Najwa Adharina – 5 Gigih
Naib Johan – Muhammad Nor Haziq Syazwan - 5
Ketiga – Nur Farhana bt Romelindo – 5 Jujur

Seterusnya, bagi pemenang pakaian bertema warna bendera jalur gemilang guru
sesi pagi, dipersilakan
Guru lelaki :
Guru perempuan :

Tahniah diucapkan.

Hadirin yang dihormati,

Majlis kita telah tiba di penghujungnya. Saya mewakili pihak majlis


merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam merealisasikan majlis pelancaran sambutan bulan
kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Kota Masai edisi tahun 2017 ini. Sekian.
Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai