Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS SAMBUTAN HARI MALAYSIA & PERASMIAN PENUTUPAN BULAN


KEMERDEKAAN

TAHUN 2022

ATURCARA TEKS CATATAN


SALUTASI *Kita akan memulakan majlis sebenar sahaja lagi,
diharapkan hadirin dapat memberikan kerjasama.

Dari Perlis hingga ke Sabah,


Negara makmur rakyat mewah,
Nama Malaysia berdiri megah,
Terus gemilang bumi bertuah.

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh,
salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia Teguh
Bersama.

1. Yang Berusaha Encik Muhammad Nasir bin Hj


Rasuli
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Trolak Timur

2. Yang Dihormati Encik Mazura Azarin bin Omar


Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Trolak Timur

3. Yang Dihormati Encik Nasri Omar bin Ahmad


Yahya
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Trolak Timur

4. Yang Dihormati Encik Mohd Kamal bin Tahir


Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Trolak Timur

5. Barisan guru
6. Barisan Anggota kumpulan pelaksana (AKP)
7. serta murid-murid Sekolah Kebangsaan Trolak
Timur yang disayangi sekalian.

UCAPAN ALU- Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kerana


ALUAN dengan izin serta limpah rahmat Nya, kita diberikan
PENGACARA kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Sambutan
MAJLIS Hari Malaysia dan Perasmian Penutupan Bulan
Kemerdekaan sempena hari kemerdekaan kali ke 65
peringkat sekolah. Pihak majlis mengalu-alukan
kehadiran guru-guru dan murid-murid ke majlis pada
hari ini.

Hadirin sekalian,
Tujuan majlis sambutan Hari Malaysia diadakan
adalah untuk  memperingati penubuhan persekutuan
Malaysia pada 16 September 1963.

Majlis pada hari ini juga bertujuan merasmikan


penutupan bulan kemerdekaan sempena hari
kemerdekaan kali ke 65 peringkat sekolah. Untuk
pengetahuan hadirin, pelbagai aktiviti telah
dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan untuk
memeriahkan sambutan kemerdekaan negara kita.

BACAAN DOA Hadirin yang dimuliakan,

Jalur gemilang Bendera Malaysia,


Megah Berkibar Setiap Hari,
Selalulah Kita Berdoa PadaNya,
Supaya Malaysia Terus Aman Harmoni.

Majlis kita akan dimulakan dengan bacaan doa.


Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan, Al Fadhil Ustaz SIbaweh bin Daud
untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.
[Bacaan doa}

Majlis mengucapkan terima kasih.


NYANYIAN
LAGU Hadirin dipersilakan berdiri untuk menyanyikan lagu
Negaraku dan Negeri Perak.
PERTANDINGAN Hadirin yang dihormati,
DEKLAMASI
SAJAK Majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan
pertandingan deklamasi sajak bertemakan
kemerdekaan yang akan dideklamasikan oleh murid
SK Trolak Timur.
Dijemput peserta pertama untuk mendeklamasikan
sajak yang bertajuk_______

PENYAMPAIAN Majlis seterusnya diteruskan lagi dengan


HADIAH penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Dijemput _________ bagi mengiringi _________
untuk menyampaikan hadiah

- Bagi pertandingan __________


Dijemput _________ dengan diiringi _________
untuk menyampaikan hadiah

Terima kasih diucapkan kepada _________ atas


kesudian menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Tahniah juga diucapkan kepada para pemenang bagi


acara yang telah dipertandingkan.
UCAPAN
PENOLONG Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Encik Mohd
KANAN Kamal bin Tahir, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
KOKURIKULUM SK Trolak Timur selaku Timbalan Pengerusi 1 untuk
menyampaikan.
Dipersilakan.

[ UCAPAN ]

Terima kasih diucapkan atas ucapan tuan sebentar


tadi,
UCAPAN Hadirin sekalian,
GURU BESAR
Majlis pada pagi ini pasti tidak lengkap tanpa
mendengar ucapan daripada tuan guru besar. Oleh
itu, majlis mempersilakan Encik Muhammad Nasir
bin Hj Rasuli selaku Guru Besar SK Trolak Timur
untuk menyampaikan ucapan sekali gus merasmikan
penutupan bulan kemerdekaan.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

[ UCAPAN ]

Terima kasih diucapkan atas ucapan tuan sebentar


tadi,
NYANYIAN
LAGU Sampan Kolek Menuju Ke Hilir,
PATRIOTIK Sarat Muatan Si Buah Kelapa
Jangan Berkata Hanya Di Bibir,
Cintakan Negara Apa Buktinya?

Bagi membuktikan rasa cinta dan kasih akan negara,


ayuhlah sama sama kita menyayikan lagu patriotik
dengan penuh semangat

PENUTUP
Dengan berakhirnya nyanyian lagu kemerdekaan itu
tadi, maka berakhirlah Majlis Sambutan Hari
Malaysia dan Perasmian Penutupan Bulan
Kemerdekaan

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua


jawatankuasa yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis
pada hari ini.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah,


Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai