Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGERUSI MAJLIS

MAJLIS PELANCARAN KARNIVAL KEMERDEKAAN


PERINGKAT SK KUNAK 2 (2020)

TARIKH: 05 OGOS 2020


PERKARA TEKS PIC
08.00 pagi Assalamualaikum / Salam Sejahtera.
Berkumpul  Mohon perhatian warga dewan, acara akan bermula sebentar lagi.
di Dewan SK Dijemput semua guru dan murid-murid mengambil tempat di dewan.
Kunak 2
Harap maklum.

08.10 pagi Sambut merdeka sekali setahun


Ucapan
Keringat tercurah pejuang berjasa
Salutasi
Malaysiaku merdeka 63 tahun
Itulah sejarah perjuangan bangsa
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

1. Yg. Berusaha En. Salim bin Samai


(Guru Besar SK Kunak 2)

2. Yang dihormati En. Ramlee bin Hj Abdul Salam


(Penolong Pegawai Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah Pejabat
Pendidikan Daerah Kunak merangkap Rakan Hadid SK Kunak 2))

3. Yg. Dihormati Pn. Hjh Zahria binti Saming


(Penolong Kanan Pentadbiran SK Kunak 2)

4. Yg. Dihormati Pn. Hjh Salbiah Binti Osman


(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kunak 2)

5. Yg. Dihormati En. Amadun Bin Sawanun


(Penolong Kanan Kokurikulum SK Kunak 2)

6. Seterusnya, barisan guru dan AKP SK. Kunak 2, hadirin serta murid-
murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum, salam sejahtera, Salam Bersama Muafakat Pendidikan


Hebat Kegemilangan Diangkat, dan Salam SKK2 Bangkit Cemerlang.
Selamat datang diucapkan ke Majlis Pelancaran Karnival Sambutan Hari
Kebangsaan peringkat SK Kunak 2 bagi tahun 2020.

Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnia, taufik dan izinnya, dapatlah kita berkumpul bagi
menjayakan majlis pelancaran pada pagi yang penuh bermakna ini.

1
Hadirin dan hadirat sekalian, sesungguhnya kita bangsa bertuah kerana
dilahirkan dalam sebuah negara yang merdeka. Justeru marilah kita
bersama-sama terus memelihara kemerdekaan ini dengan menunjukkan
semangat kemerdekaan melalui sambutan bulan kebangsaan pada tahun
ini.
08.20 pagi Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dipersilakan Ustaz Hj. Ahmad
Shafie b. Mamat untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

*****
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Hj Ahmad Shafie
b. Mamat atas bacaan doa itu tadi.

08.40 pagi Hadirin dan hadirat,


Pelancaran
meneruskan acara pada pagi ini, dijemput Yang Berusaha En. Salim bin
Karnival
Sambutan Samai bersama barisan pentadbir bagi menjemput dan mengiringi Yang
Hari
Dihormati En. Ramlee bin Hj Abdul Salam untuk menyempurnakan
Kebangsaan
Pelancaran Karnival Sambutan Hari Kebangsaan SK. Kunak 2. Majlis
mempersilakan.
****
Dengan ini, maka rasmilah sudah Program Karnival Sambutan Hari
Kebangsaan peringkat SK Kunak 2 bagi tahun 2020. Majlis mengucapkan
terima kasih kepada En. Ramlee bin Hj Abdul Salam atas kesudian
menyempurnakan pelancaran sebentar tadi.
Deklamasi Hadirin sekalian,
Sajak
bagi menyerikan lagi majlis pada pagi ini, terimalah persembahan
Deklamasi Sajak yang akan disampaikan oleh Pn Hjh. Salbiah binti
Osman dan En. Shastrie Angkie dengan sajak mereka yang bertajuk
__________________________________________________________
****
Tahniah dan terima kasih diucapkan atas persembahan sajak sebentar tadi.
09.00 pagi Hadirin dan hadirat sekalian,
Nyanyian
Majlis pelancaran pada pagi ini disemarakkan lagi dengan nyanyian lagu
Lagu
Merdeka merdeka bertajuk ‘Tanggal 31’. Hadirin dijemput berdiri bagi bersama-sama
‘Tanggal 31’
menyanyikan lagu dengan penuh bersemangat.

09.20 pagi Hadirin sekalian,


Gimik /
Sebagai simbolik pelancaran karnival sambutan hari kebangsaan pada

2
Simbolik tahun ini, marilah kita menyahut ‘Laungan Merdeka’ serta ‘Kibaran Bendera’
Pelancaran
yang akan diketuai oleh En. Salim bin Samai, Guru Besar SK Kunak 2.
*Melepaskan ****
Burung ke
Untuk makluman hadirin, gimik melepaskan burung merpati merupakan
Udara
simbolik kemerdekaan bagi negara yang ke-63 tahun. ‘Malaysia Prihatin’
dipilih menjadi tema Sambutan Hari Kebangsaan negara pada tahun ini
membawa maksud yang cukup mendalam kepada rakyat Malaysia selari
dengan keadaan negara yang masih berdepan dengan pandemik COVID-
19.

Gabungan perkataan 'Malaysia' dan 'Prihatin' menggambarkan seluruh


rakyat di negara ini turut sama memerangi wabak COVID-19 serta
kecaknaan kerajaan dengan melakukan pelbagai inisiatif merangkumi
aspek ekonomi dan kebajikan demi kelangsungan hidup rakyat.

Untuk sambutan kali ini, logo berbentuk hati menjadi pilihan dengan warna
bendera Jalur Gemilang menjadi latarnya, melambangkan keprihatinan
kerajaan Malaysia terhadap masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
****
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas gimik
pelancaran itu tadi.

Hadirin dan hadirat,


09.30 pagi
Penutup Dengan ini, bermulalah program karnival sambutan hari kebangsaan
peringkat SK Kunak 2 yang akan berlangsung sepanjang bulan Ogos
sehingga 16 September nanti. Justeru, penyertaan murid-murid dalam
setiap aktiviti dan pertandingan yang telah dirancang amatlah digalakkan.
Kami bagi pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada semua yang
terlibat dalam menjayakan program karnival kemerdekaan pada tahun ini.
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wasssalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

3
Dengan ini, saya melancarkan
Karnival Sambutan Hari

4
Kebangsaan peringkat SK Kunak
2 bagi tahun 2020.

Anda mungkin juga menyukai