Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN


PERINGKAT SK KUNAK 2 (2023)

TARIKH: 21 SEPTEMBER 2023

PERKARA TEKS PIC

07.25 pagi Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Puan Rukayah binti Hj Judin,
Ketibaan Guru Guru Besar SK.Kunak 2 masuk ke dewan.
Besar

07.30 pagi Hadirin sekalian,


Bacaan Doa nyanyian lagu Negaraku, Sabah Maju Jaya dan Lagu Sekolah. Hadirin
dijemput berdiri.

****
Hadirin dipersilakan duduk.

07.35 pagi
Ucapan Sambut merdeka sekali setahun
Salutasi Keringat tercurah pejuang berjasa
Pengacara Malaysiaku merdeka 66 tahun
Majlis
Itulah sejarah perjuangan bangsa
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Sayang sembah pembuka bicara.

1. Yang Berusaha Puan Rukayah binti Haji Judin


(Guru Besar SK Kunak 2)

2. Yang dihormati Hj Hussein bin Ibnu Hassan, Yang Dipertua


PIBG / En. Rosman bin Rayman Naib Yang Dipertua PIBG SK
Kunak 2

3. Yang Dihormati Puan Hajah Zahria binti Haji Saming


(Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Kunak 2)

4. Yang Dihormati Encik Mohd Nizzam bin Huridi


(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kunak 2)

5. Yang Dihormati En. Amadun Bin Sawanun


(Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Kunak 2)

6. Turut dihormati Barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana


Karnival Bulan Kebangsaan Tahun 2023

7. Seterusnya, barisan guru dan AKP serta murid-murid yang


dikasihi sekalian.

1
Assalamualaikum, salam sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam
Tekad Perpaduan Penuhi Harapan, Salam PPD Kunak WE Foster
Bersama Menjana Kegemilangan dan Salam SK Kunak 2 Bangkit
Cemerlang. Selamat datang diucapkan ke Majlis Penutupan Sambutan
Karnival Bulan Kebangsaan peringkat SK Kunak 2 bagi tahun 2023.

Marilah terlebih dahulu kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi


kerana dengan limpah kurniaNya, dapatlah kita bersama -sama dalam
menjayakan majlis pada pagi yang penuh bermakna ini.

07.40 pagi Lebat kemiri pohonnya rendah,


Bacaan Doa Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis, dijemput _____________________________


untuk membacakan doa. Dipersilakan.

*****
Majlis mengucapkan terima kasih kepada_________________________
atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

07.45 pagi Hadirin sekalian,


Penyampaian
Hadiah 1 Kini tibalah kita ke acara penyampaian hadiah bagi pertandingan yang
telah dianjurkan sepanjang sambutan Karnival Bulan Kebangsaan bagi
Tahun 2023.. Bagi menyempurnakan aturcara dijemput
__________________________________________________________
untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Majlis
mempersilakan.

1. Five Minutes Sketch


2. Pertandingan Azan
3. Pertandingan Kemerdekaan Kategori PPKI

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada


__________________________________________________________
atas kesudian menyempurnakan acara penyampaian hadiah sebentar
tadi.

07.50 pagi Hadirin dan hadirat,


Persembahan Sebagai pembuka acara persembahan pada pagi ini, terimalah persembahan
Koir daripada pemenang pertandingan Nyanyian Solo dan Koir Tahap 1 & 2
sempena sambutan Bulan Kebangsaan SK Kunak 2 Tahun 2023. Dipersilakan.
Kemerdekaan
1) Solo *****
2) Koir Tahap 1 Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan sebentar tadi.
3) Koir Tahap 2 Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

2
08.00 pagi Terbang di awan burung jentayu,
Ucapan Kerana penat gugur ke bumi;
Penutupan oleh Tampillah tuan kami merayu,
Guru Besar Bersama ucapan kata perasmi.

Hadirin sekalian,
bagi meneruskan majlis pada pagi ini, majlis dengan ini menjemput Yang
Berusaha Puan Rukayah binti Haji Judin, Guru Besar SK Kunak 2
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Penutupan
Karnival Bulan Kebangsaan peringkat SK Kunak 2 bagi tahun 2023.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

******
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan
Rukayah binti Haji Judin, Guru Besar SK Kunak atas ucapan
penutupan yang telah disampaikan sebentar tadi.

08.10 pagi Dari Kedah pergi ke Perlis,


Persembahan Singgah bersantai di tepi jeti,
Murid & Guru Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Moga hadirin terhibur di hati.

Hadirin sekalian,
terimalah persembahan nyanyian daripada guru dan murid dengan lagu
Tanggal 31 Ogos. Dipersilakan.

*****
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan nyanyian
sebentar tadi.

08.20 pagi Hadirin yang dihormati,


Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para
Hadiah 2 pemenang bagi pertandingan Nyanyian Solo dan Koir serta Pertandingan
Kelas Paling Patriotik.

Untuk itu, majlis menjemput


__________________________________________________________
untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

1. Johan Solo
2. Johan Koir Tahap 1
3. Johan Koir Tahap 2
4. Kelas Paling Patriotik (Tahap 1 & 2)

*****
Terima kasih diucapkan kepada
__________________________________________________________.
Syabas dan tahniah kepada para pemenang.

3
Hadirin sekalian,

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah majlis dirai,
Di lain masa bersua lagi.

Dengan berakhirnya acara penyampaian hadiah itu tadi, kini majlis kita
telah pun sampai ke penghujungnya.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang pertandingan dan murid-
murid yang telah mengambil bahagian dalam setiap pertandingan
sempena sambutan bulan kebangsaan pada kali ini. Pihak majlis
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga SK Kunak 2 atas
penglibatan dan sokongan yang diberikan sepanjang karnival ini
berlangsung.

Tekad Perpaduan Penuhi Harapan,


Tema Rasmi Hari Kebangsaan;
Ayuh kita berjalan seiringan,
Membentuk negara menuju kegemiIangan.

Bersatu padulah rakyat Malaysia,


Elakkan diri dari persengketaan;
66 tahun negara merdeka,
Negara makmur terus berwawasan.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wasssalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai