Anda di halaman 1dari 3

 *GIMIK*

 Bunyi permulaan berita


 Berita 4 bahasa
PRA ALUAN

MC 1 Selamat petang kami ucapkan


Kepada para hadirin sekalian;
Selamat dan salam kami junjungkan,
Ke hadrat Nabi Rasul pilihan.

Di majlis ini kami bermadah,


Mengucap puji alhamdulillah;
MC 2 Madah ini pembuka wadah,
Semoga majlis dikurniakan limpah.

MC 1 SALUTASI

Bismillah…

1.Yang Berbahagia Puan Rozyana binti Ali @ Abd Ghani


Penolong Kanan Petang SMK Kangkar Pulai

2. Yang Berusaha Puan Jamilah binti Dawan


Pembantu Penolong Kanan Petang

3.Yang Dihormati Guru-guru serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


MC 2 UCAPAN ALU-ALUAN SELAMAT DATANG

Dalam suasana ceria penuh harmoni, Dari Dataran IAB SMK Kangkar Pulai, majlis berbesar hati
mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat kita berkumpul dalam Majlis Penutupan Minggu Bahasa.

MC 1 BACAAN DOA SELAMAT

Sebelum jauh jarum saat menganjak arah, meneroka jalan petang yang istimewa ini majlis akan segera kita
mulai dengan bacaan doa.

Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan,Yang


dihormati Saudara ____________________________________ dari kelas______ untuk menerajui doa
selamat sebagai permintaan hajat dan restu, agar majlis kita diberkati hendakNya.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

(Bacaan Doa)

Mc 2 Amin,Amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga lafaz doa kita tadi, diberkati Allah s.w.t hendaknya. Terima kasih
diucapkan kepada Sdr. _________________
PERASMIAN MAJLIS
MC 2 Guru- guru dan rakan-rakan,

MC 2 Majlis kita terus beranjak maju.


Sudah sepelaungan jaraknya, gandingan misi dan visi meredah hari, ke destinasi memartabat ilmu dijunjung,
bahasa disanjung.

MC 1 Untuk itu, marilah kita sama-sama menyingkap pengisian yang ada di majlis ini, melalui ucapan Perasmian
Penutupan Minggu Bahasa Melayu oleh Yang Berbahagia Puan Rozyana binti @ Abd Ghani Penolong
Kanan Petang.

MC 1 Apalah bulan tanpa berbintang,


Malamkan suram kelam bersemi;
Apalah majlis meriah diundang,
Andai tiada yang datang merasmi.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

(ucapan PK Petang)

MC 2 Majlis merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas ucapan perasmian sebentar tadi.

PERSEMBAHAN PELAJAR

MC 1 Hadirin yang dimuliakan,


Apa kata kita teruskan majlis ini dengan persembahan juara-juara yang telah berjaya dalam acara masing-
masing.

MC 2 Tinggi-tinggi si burung tempua,


Tinggilah lagi harapan di hati;
Selamat menonton buat semua,
Hiburan dipersembah kita hayati.

Untuk itu, dipersilakan Juara bagi Pertandingan membaca syair sempena Minggu Bahasa,

Saudara _________________ dari kelas_________dengan tajuk syairnyanya,


‘_________________________”

Dipersilakan.

(syair)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

MC 1 Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan pula Juara dan naib juara Pertandingan Nyanyian Lagu
Bahasa Inggeris
Saudari Nuralya Khalisah dari 1 UTHM dan Puteri Ariana dari 2 UM dengan lagu yang berjudul
Somebody’s pleasure

Dipersilakan.
(nyanyi)

Terima kasih saudari berdua.

Bahasa Melayu sudah, Bahasa Inggeris pun sudah.


MC 2 Sekarang majlis menjemput Juara Deklamasi Sajak Bahasa Cina
Saudari________________ dari kelas_____ untuk menyampaian sajak beliau yang
bertajuk____________

Dipersilakan.

(sajak)

MC 1 Terima kasih saudari__________ atas persembahan sajak itu tadi.

Seterusnya adalah persembahan terakhir kita pada hari ini. Majlis menjemput juara
pertandingan__________________, saudara_______________ dari kelas ____________untuk
mempersembahkan sajaknya yang bertajuk__________________________

Dipersilakan.

(bersajak)

MC 2 Terima kasih.

UCAPAN PENUTUP

MC 2 Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan terima kasih kepada semua murid yang mengambil
bahagian dan atas sokongan anda semua bagi menjayakan Minggu Bahasa 2023.

Pihak Majlis juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada Yang
dihormati Puan Rozyana binti Ali @ Abd Ghani yang sudi merasmikan majlis penutup kita hari ini.

MC 1 Dan saya mewakili jawatankuasa penganjur Majlis Penutupan Minggu Bahasa, ingin mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan
majlis ini.

Akhir kata daripada kami,

MC 2 Bumi mana tidak ditimpa hujan,


Lautan mana tidak bergelora,
Begitu jua kami di sini,
Kemaafan jua dipohon,
Atas keterlanjuran kata,
Terkasar bahasa,
Terguris rasa.
Salam Ceria, Salam Hormat daripada kami.
Sekian, terima kasih.

MC 1& 2 Assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai