Anda di halaman 1dari 4

Teks Juruacara Pertandingan Pidato

CLUE TEKS CATATAN


Ucapan aluan Dari raub pergi ke pontian
Terus pula ke kuala perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Assalamualaikum w.b.t, selamat pagi, salam perpaduan, salam


menjulang pendidikan Negeri Sarawak dan Salam 1 Malaysia.

Yang dihormati para hakim yang adil lagi bijaksana, ajk


pelaksana, para peserta pertandingan serta murid-murid
yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana


dengan keizinannya dapat kita bersama-sama memeriahkan
majlis kita pada pagi ini iaitu Pertandingan Bercerita
Sekolah Rendah Daerah Limbang bagi Tahun 2018. Pada
kesempatan ini, majlis mengucapkan selamat datang dan
mengalu-alukan kehadiran hadirin dan hadirat sekalian.

Untuk makluman hadirin, Pertandingan Bercerita Sekolah


Rendah Daerah Limbang telah menerima sebanyak _____
penyertaan dari sekolah-sekolah dalam daerah Limbang.

Syarat Hadirin Yang Dihormati Sekalian,


Pertandingan
Sebentar Lagi Kita Akan Memulakan Bercerita Sekolah
Rendah Daerah Limbang bagi Tahap 1. Sebelum Pertandingan
Bermula, Izinkan Saya Membaca Peraturan Pertandingan.

5.4 Syarat Pertandingan Bahagian 1 (m/s 3)


6.0 Syarat Bercerita Bahagian 2 (m/s 6)

Perkenalkan Hadirin dan hadirat sekalian,


Hakim
Sebelum saya memulakan acara, izinkan Saya
Memperkenalkan Tiga Orang Panel Hakim Pertandingan yang
akan mengadili pertandingan pada hari ini iaitu :

1) Habibah Binti Osman


2) Viviansih Binti Supardi

3) Norfazirah Binti Dol

Seterusnya, penjaga Masa Pertandingan pula ialah :

1) _____________________________

2) ______________________________
Peserta Hadirin dan hadirat sekalian,
Pertama
Indah mekar si bunga kiambang,
Mekar mewangi di taman melati,
Pertandingan ini harapannya gemilang,
Melahirkan individu berpotensi tinggi

Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu, untuk sama-sama


kita menyaksikan para peserta menunjukkan bakat dan
potensi masing-masing dalam pertandingan yang ini.

Untuk tidak melengah-lengahkan masa, majlis ingin


menjemput dan mempersilakan peserta pertama iaitu adik :
Nama : ______________________________ dari
Sekolah : ____________________________
untuk menyampaikan ceritanya yang bertajuk
Tajuk : _____________________________

Majlis mempersilakan.

Peserta Kedua Demikian cerita yang Penuh bersemangat dari Peserta


Pertama.

Seterusnya majlis ingin menjemput dan mempersilakan


peserta kedua iaitu adik :
Nama : ______________________________ dari
Sekolah : ____________________________
untuk menyampaikan ceritanya yang bertajuk
Tajuk : _____________________________

Majlis mempersilakan.

**Spontan**

Peserta Pergi menebang pohon angsana


Ketiga Bawa bersama jambangan melati
Sungguh indah tutur bicara
Lunak suara penuh jati diri
Terima Kasih diucapkan kepada peserta kedua. Satu
Penyampaian cerita Yang Mengkagumkan.

Kini Tiba Giliran Peserta Ketiga iaitu adik :

Nama : ______________________________ dari


Sekolah : ____________________________
untuk menyampaikan ceritanya yang bertajuk
Tajuk : _____________________________

Majlis mempersilakan.

**Ulang untuk peserta seterusnya**

Peserta Dengan berakhirnya persembahan cerita tersebut. Maka


Terakhir berakhirlah sudah Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah
Daerah Limbang bagi Tahun 2018.

Untuk makluman keputusan pemenang akan di umumkan pada


majlis Penutupan Karnival Bahasa yang akan diadakan pada
sebelah petang.

** Tertakluk Kepada Situasi**

Catatan :

____________________________________________

Pengumumunan Majlis sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih dan


Keputusan penghargaan kepada semua panel hakim yang telah turut
serta bagi menyumbang tenaga untuk sama-sama
menjayakan Pertandingan Pidato Peringkat Daerah Rembau
pada kali ini.

Tidak lupa juga kepada hadirin dan hadirat sekalian, yang


sanggup meluangkan masa bagi sama-sama menjayakan
seterusnya memeriahkan lagi majlis yang di adakan.

Majlis juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima


kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
Penutup Hadirin yang dihormati,

Kita telahpun berada di penghujung majlis. Dikesempatan


ini, saya mewakili jawatankuasa pengelola pertandingan
bercerita, memohon ampun dan maaf seandainya terdapat
kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.

Hadirin hadirat sekalian seperti kata orang lama,

Kalau berkayuh dah sampai ke muara


kalau berenang dah sampai ke tepian
kalau berlari dah sampai ke garisan
kalau berjalan dah sampai ke penghujung

Dengan kata-kata ini maka, selesai sudah majlis kita.


Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah
wassalamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai