Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN

PERTANDINGAN PIDATO BAHASA MELAYU, PERINGKAT DAERAH PONTIAN, TAHUN 2018

TEKS PENGACARAAN
Pra Aluan Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau dihujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Bismillahi rahmanir rahim.


Assalamualaikum w.b.t, selamat pagi, salam perpaduan dan salam 1
Malaysia.

Yang dihormati para hakim yang adil lagi bijaksana, ajk pelaksana, para
peserta serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan


keizinannya dapat kita bersama-sama memeriahkan majlis kita pada pagi
ini iaitu Pertandingan Pidato Sekolah-sekolah Rendah sempena Karnival
Bahasa Melayu Peringkat Daerah Pontian Tahun 2018. Pada kesempatan
ini, majlis mengucapkan selamat datang dan amat mengalu-alukan
kehadiran hadirin sekalian di sini.

Untuk makluman hadirin, Pertandingan Pidato telah menerima sebanyak


(bil) penyertaan dari sekolah-sekolah dalam Daerah Pontian.

Hadirin yang dihormati sekalian, sebentar lagi kita akan memulakan


Pertandingan Pidato Sekolah-sekolah Rendah sempena Karnival Bahasa
Melayu Peringkat Daerah Pontian Tahun 2018. Sebelum pertandingan
bermula, izinkan saya membaca peraturan pertandingan.

Pengenalan (PERATURAN PERTANDINGAN)


pertandingan

Izinkan saya memperkenalkan (bil) orang panel hakim pertandingan.


Yang pertama Pn/En. _________________ selaku ketua hakim, kedua
En/Pn _______________, ketiga En/Pn ___________________, keempat
En/Pn ________________________ dan kelima En/Pn
__________________________. Penjaga masa ialah saudari/ saudara
__________________.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Pertandingan Pidato ini dimulakan dengan pidato Bahagian A. Untuk itu,


majlis dengan sukacita menjemput peserta pertama untuk menyampaikan
pidato beliau. Dipersilakan saudara/saudari _____________________
TEKS PENGACARAAN
PERTANDINGAN PIDATO BAHASA MELAYU, PERINGKAT DAERAH PONTIAN, TAHUN 2018

dengan pidatonya yang bertajuk ___________________.

………………………………………………(tunggu sehingga pemidato


selesai)…………………………………

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta kedua untuk


menyampaikan pidato.

Dipersilakan saudara/saudari _____________________ dengan pidatonya


yang bertajuk ___________________.

…………………………………………..(ulang perkara yang sama


sehingga peserta ke-(___))……………

Begitulah tadi berakhirnya pertandingan Pidato Bahagian A. Para peserta


diminta bersedia untuk pertandingan Pidato Bahagian B iaitu pidato secara
spontan. Majlis akan berhenti rehat sebentar dan akan disambung semula
pada jam_________________.

Bahagian B Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada


semua hadirin. Sekarang tiba masanya yang kita nantikan iaitu pidato
Bahagian B. Pada bahagian ini, peserta hanya diperuntukkan 4 minit
untuk menyampaikan pidatonya. Para peserta perlu memilih tajuk dari
sampul yang berada pada pihak hakim. Peserta diberikan masa selama 1
minit untuk membuat persediaan bagi menyampaikan pidato mereka tanpa
apa-apa bantuan nota, alat tulis atau alat elektronik.

Tanpa melengahkan masa, saya menjemput peserta pertama untuk


memilih sampul tajuk spontan. Dipersilakan saudara/
saudari …………………… .

………………………………………..(tunggu peserta selesai


berpidato)………………………………….

Terima kasih diucapkan. Seterusnya dipersilakan peserta kedua saudara/


saudari ________________________ untuk memilih sampul tajuk
spontan. Majlis mempersilakan.

………………………………….(ulang dialog sehingga peserta ke-


20)………………………………………..

Penutup Dengan berakhirnya pidato daripada peserta terakhir itu tadi, maka
berakhirlah Pertandingan Pidato Karnival Bahasa Melayu Peringkat
TEKS PENGACARAAN
PERTANDINGAN PIDATO BAHASA MELAYU, PERINGKAT DAERAH PONTIAN, TAHUN 2018

Daerah Pontian, tahun 2018. Majlis akan berhenti rehat seketika, bagi
memberi laluan kepada juri untuk membuat permarkahan pertandingan.

Hadirin dan hadirat,

Majlis akan ditangguhkan untuk sementara waktu dan akan disambung


kembali untuk Majlis Penutupan Perasmian Karnival Bahasa Melayu
Peringkat Daerah Pontian Tahun 2018.

Sekian. W.b.t . Wassalamualaikum…….

Anda mungkin juga menyukai