Anda di halaman 1dari 1

SAINS TAHUN 6 SK.

PINAWANTAI KUDAT
PROJEK BUKU SKRAP PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN HAIWAN
A. KANDUNGAN KURIKULUM
i) Tema: SAINS HAYAT
ii) Tajuk: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
iii) Standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi


5.1 Ancaman kepupusan 5.1.3. Menjelaskan melalui contoh faktor ancaman menyebabkan TP 4 -Menjelaskan melalui contoh faktor
haiwan dan tumbuhan kepupusan haiwan dan tumbuhan seperti: ancaman terhadap haiwan dan tumbuhan
 aktiviti manusia contoh pembalakan, pemburuan ,penerokaan kawasan; serta cara mengatasinya.
 bencana alam contoh banjir, gempa bumi, ribut;
 pencemaran contoh air, udara, tanah;

iv) Objektif projek :

Di akhir projek ini, murid dapat menghasilkan buku skrap pemeliharaan dan pemuliharaan yang dapat mejelaskan faktor
ancaman terhadap kepupusan haiwan dan tumbuhan serta cara mengatasinya.

v) Kriteria kejayaan :

1. Murid dapat menghasilkan buku skrap pemeliharaan dan pemuliharaan yang kemas dan menarik serta
mengandungi maklumat dan gambar yang betul.

B. ARAHAN

1. Murid mengumpul gambar haiwan dan tumbuhan yang telah pupus dan diancam kepupusan daripada pelbagai sumber.
2. Murid menghasilkan buku skrap yang mengandungi maklumat dan gambar-gambar :
a. haiwan yang telah pupus
b. tumbuhan yang telah pupus
c. haiwan yang diancam kepupusan
d. tumbuhan yang diancam kepupusan
e. Faktor ancaman kepupusan haiwan dan tumbuhan
f. pemeliharaan haiwan dan tumbuhan
g. pemuliharaan haiwan dan tumbuhan
3. Ibubapa mengambil gambar bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan buku skrap,proses menghasilkan buku skrap dan hasil akhir.
4. Murid akan membentangkan hasil kerja dihadapan kelas apabila belajar secara bersemuka nanti.

C. PROJEK YANG DIHASILKAN

1. Buku skrap pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan

D. JADUAL PELAKSANAAN

1. Tempoh pelaksanaan : 2 minggu

MINGGU AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN


1 1. Murid mengumpul maklumat tentang :
a. haiwan dan tumbuhan yang telah pupus dan diancam kepupusan
b. faktor ancaman kepupusan haiwan dan tumbuhan .
c. aktiviti-aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan dan tumbuhan
2. Murid menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan buku skrap pemeliharaan dan pemuliharaan
2
1. Murid menghasilkan buku skrap pemeliharaan dan pemuliharaan.

E. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

1. Instrumen yang digunakan : buku skrap pemeliharaan dan pemuliharaan

2. Rubrik pentaksiran : merujuk standard prestasi Dskp

Anda mungkin juga menyukai