Anda di halaman 1dari 2

Aku Seutas Jam Tangan Pintar

Aku adalah seutas jam tangan pintar. Namaku Samsung Gear. Aku dilahirkan di sebuah kilang di
Pulau Pinang. Muka aku diperbuat daripada sejenis kaca kalis calar manakala badan aku pula
diperbuat daripada sejenis logam yang dikenali sebagai titanium. Aku dikenali sebagai jam pelbagai
guna yang beroperasi secara digital.

Setelah siap, aku dan kawan-kawanku dimasukkan ke dalam kotak. Kami dihantar ke Kuala
Lumpur dengan menaiki sebuah van. yang terletak di dalam bangunan Pavillion. Setelah kami tiba di
perkarangan kedai, kami disusun dengan kemas di dalam rak kaca yang berada di hadapan kedai
tersebut. Setelah itu, van yang membawa kami, hilang dari pandagan mataku.

Aku di tempatkan di sebuah rak kaca yang berlabel " Edisi Khas' seperti yang diisytiharkan oleh kaum
manusia. Setelah beberapa hari aku di sana bersendirian, datanglah seorang jejaka ke kedai
tersebut. Dia merenung aku seketika.Aku berasa pelik kerana renunganya itu agak lama sekali. Aku
berasa lega apabila dia berjalan menuju ke arah seorang jurujual dan bertanya akan aku. Aku
berlangkah kanan kerana aku berjaya menangkap beberapa butiran perbualan daripada hasil
percakapan mereka berdua. Antara perbualan yang berjaya aku dengari ialah, jejaka itu mahukan
seutas jam tangan pintar edisi khas dan aku adalah kemahuannya. Aku tidak boleh di tawar kerana
harga aku telah di tetapkan sebanyak RM 1,200 . Walaupun harga aku mahal. jejaka tersebut tanpa
berfikir panjang, telah membeli aku. Kini, jejaka tersebut merupakan tuan baharu aku.

Aku di bawa pulang ke rumah tuan aku. Bermula saat inilah, aku di pakai oleh tuan aku kemana
sahaja dia pergi. Tuan aku sangat bahagia ketika menggunakan aku kerana dia dapat menelefon,
menghantar sistem mesej singkatan dan juga melihat waktu pada aku. Aku di jaga dengan rapi oleh
tuan aku bagai menatang minyak yang penuh. Aku juga di puji oleh rakan-rakan tuan aku kerana
mempunyai kecantikan yang terserlah, yang lain daripada lain. Aku amat bangga kerana dapat
berkhidmat untuk tuan aku.

Malang tidak berbau, pada suatu hari, ketika tuan aku berjalan menuju ke pejabatnya, aku secara
tidak disengajakan telah terjatuh kedalam sebuah longkang kerana tali aku tidak di pakai dengan rapi
oleh tuan aku. Longkang tersebut sangat dalam dan berbau busuk. Tuan aku berkali-kali cuba untuk
mencapai aku, namun dia tidak berjaya. Aku berasa amat sedih dan takut manakala tuan aku
menangis teresak-esak kerana tidak dapat mengambil aku.

Apakan daya aku, aku hanya berserah kepada tuhan. Kini, tamatlah riwayat aku sebagai seutas jam
tangan pintar. Nyawa aku bagai kaca terhempas ke batu. Aku hanya menunggu masa untuk
menemui ajal aku.

Anda mungkin juga menyukai