Anda di halaman 1dari 1

Aku sehelai Baju

Aku sehelai baju. Namaku NIKB. Aku diperbuat daripada kain


kapas. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Sungai
Petani, Kedah. Selepas aku dan rakan-rakanku dijahit, kami
telah dilipat lalu diletakkan di dalam sebuah kotak yang sama
saiz dengan kami.
Kami telah dihantar ke sebuah kedai baju yang terletak di
Pulau Pinang. Di sana kami telah dilipat cantik untuk
dipamerkan. Aku dan rakan-rakanku dipamerkan di atas sebuah
rak yang bersaiz sederhana.
Semakin lama semakin ramai kawanku berkurangan. Aku berasa
sungguh sedih dan sunyi. Pada suatu hari, seorang pemuda yang
kacak dan kaya menghampiriku lalu membelek-belek akan
diriku. Akhirnya, pemuda itu membeli aku dengan harga yang
mahal. Aku berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan
rakan-rakanku.
Tuan baru aku ini seorang yang baik hati dan bertanggungjawab
orangnya. Tuanku akan memakai aku pada hari tertentu sahaja.
Tuanku akan mencuci aku pada setiap hari. Badanku selalu
berwarna putih dan bersih. Kadang-kadang tuanku juga akan
memakai aku untuk pergi ke mana-mana sahaja.
Aku berasa gembira kerana mendapat tuan yang baik hati dan
aku dapat menolong tuanku. Tuanku juga menghargai jasa-jasa
yang telah aku berikan kepada tuanku.

Anda mungkin juga menyukai