Anda di halaman 1dari 2

Aktiviti Cuti Sekolah

Semua murid-murid mesti menunggu kehadiran cuti


sekolah.Sebagai seorang pelajar,saya mestilah menghabiskan
cuti sekolah dengan perkara yang bermanfaat. Ada yang
menghabiskan cuti mereka dengan memancing, melancong
dan lain-lain.
Pada minggu lepas, saya pergi berkelah. Saya ke Air
Terjum Kota Tinggi, Johor Darul Takzim bersama keluarga iaitu
ayah, emak dan kakak.
Kami bertolak dari rumah kira-kira pukul 11.00 pagi. Kami
pergi ke sana dengan menaiki kereta Toyota Wish yang baru
ayah beli. Perjalanan kami ke tapak perkhemahan kira-kira 170
kilometer. Selepas tiga jam perjalanan, kami sampai di tapak
perkhemahan kira-kira pada pukul 2.00 petang.
Oh, indah sekali pemandangan di tapak perkhemahan!
Udaranya pula sungguh nyaman. Saya dan keluarga berasa
amat gembira kerana dapat berkelah bersama-sama. Setiap
orang daripada kami sibuk menjalankan tugas masing-masing.
Saya menolong ayah mendirikan khemah manakala kakak
menolong emak menyediakan makanan tengah hari yang telah
dimasak di rumah.
Deruan air menghempas batu menyebabkan saya tidak
sabar lagi untuk bermandi-manda. Alangkah sejuk airnya,
sehingga menusuk ke tulang membuatkan saya menggigil
kesejukan. Kami semua berasa amat gembira bagaikan itik
mendapat air.
Selepas solat Maghrib, kami pun menikmati makanan
yang disediakan ibu dengan berselera sekali. Aktiviti lasak pada
siang hari menjadikan kami begitu lapar hingga semua yang
terhidang licin dalam sekelip mata. Sebelum tidur ayah
menceritakan pengalaman suka duka berkhemah semasa
kanak-kanak dahulu. Saya tidur mati oleh sebab keletihan.

Keesokannya, selepas berkemas, kami pulang dengan


perasaan gembira. Kami membawa bersama seribu kenangan
manis.

Ahli Kumpulan
1.Arif Akmal
2.Aliff Aiman
3.Amirul Haziq

Anda mungkin juga menyukai