Anda di halaman 1dari 2

Faedah Menabung

On 11:46 PM By

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan.


Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah
kepada kita.

Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-


cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita
hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang
diberi ibubapa dapat disimpan ke dalam tabung.

Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini
boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan
pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli
barang-barang keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga
dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan berdikari itu.

Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita
sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang
ini juga boleh digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan.
Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain.

Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan
wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah
bank. Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan.
Justeru kita dapat hidup dengan selesa dan tidak menyusahkan orang lain.
Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata
pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah
menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Anda mungkin juga menyukai