Anda di halaman 1dari 2

1. Semua negeri mempunyai tempat yang menarik untuk dilawati.

Ceritakan tentang tempat menarik yang terdapat di tempat kamu.


P
Semua negeri mempunyai
tempat menarik untuk
dilawati

P
Tempat menarik Pulau Langkawi
ramai pengunjung

Tempat bersejarah Di Pualau Langkawi


Makam Mahsuri , Beras terbakar, Pasir
Hitam

P1
P2
P3
P4
P5
P6

Pendahuluan
Isi 1
Isi 2
Isi 3
Isi 4
Penutup

Muzium Padi pelbagai alatan


berkaitan padi dipamerkan

Tidak rugi berkunjung- mendapat banyak ilmu


pengetahuan

P
Bangga mempunyai tempat-tempat menarik yang
indah dan unik tak kenal maka tak cinta

Pengajaran/Nilai

Semua negeri mempunyai tempat yang menarik untuk dilawati. Begitu juga dengan
negeri saya iaitu negeri Kedah Darul Aman. Di negeri Kedah juga mempunyai banyak
tempat menarik untuk dikunjungi oleh pelancong.
Antara tempat menarik yang terdapat di negeri Kedah ialah Pulau Langkawi.
Pulau Langkawi merupakan pulau peranginan yang cantik dan damai serta terkenal di
dalam mahupun di luar negara. Ramai pelancong yang datang berkunjung ke pulau
bebas cukai ini untuk melancong sambil membeli-belah. Pelbagai barangan bebas
cukai seperti pinggan-mangkuk dan kain batik boleh didapati dengan harga yang agak
rendah. Para pengunjung juga pasti tidak ketinggalan untuk membawa pulang minyak
gamat sebagai ole-ole.
Para pengunjung yang datang ke pulau ini pastinya tidak akan melepaskan
peluang untuk mengunjungi tempat bersejarah seperti Beras Terbakar, Makam Mahsuri
dan Pantai Pasir Hitam. Selain itu juga, terdapat kereta kabel menuju ke Gunung
Machinchang. Di puncak Gunung Machinchang kita dapat melihat pemandangan yang
indah serta menikmati udara yang sejuk dan nyaman ketika berada di puncak gunung
tersebut.
Selain itu, di negeri Kedah juga terdapat sebuah lagi tempat menarik iaitu
Muzium Padi. Muzium Padi terletak di Gunung Keriang kira-kira 10 kilometer dari
Bandaraya Alor Setar. Terdapat pelbagai alatan berkaitan dengan padi dipamerkan di

muzium ini. Antara alat-alat yang dipamerkan seperti kuku kambing, ketam padi, alat
membajak, nyiru, kepuk padi serta pelbagai alatan tradisional lain yang digunakan oleh
petani pada suatu masa dahulu.
Selain alatan, pengunjung juga boleh menikmati dan merasai musim padi apabila
berada di kerusi berputar di tingkat atas muzium ini. Di sini, para pengunjung akan
duduk di kerusi yang berputar. Pada dinding muzium dilukis pemandangan sawah padi
yang terdapat di kawasan tersebut. Ilustrasi yang dihasilkan pada dinding muzium ini
merupakan musim membajak, musim menanam anak padi dan juga musim menuai
padi.
Tidak rugi jika kita berkunjung ke Muzium Padi ini kerana kita pasti dapat
merasai suasana berada di sawah padi serta mendapat banyak ilmu pengetahuan
tentang padi yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia. Saya sangat berbangga
dengan kehalusan seni yang terdapat pada alat-alat tradisional yang dipamerkan.
Melawat Muzium Padi seperti kita berada di tengahtengah sawah yang menghijau dan
menenangkan. Sesuailah negeri Kedah digelar negeri Jelapang Padi.
Tak kenal maka tak cinta, begitulah indahnya tempat-tempat menarik yang
terdapat di tempat saya. Saya berbangga dengan tempat-tempat menarik yang ada di
tempat saya kerana mempunyai keindahan dan keunikannya yang tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai