Anda di halaman 1dari 2

Kawan baik adalah orang yang rapat dengan kita.Tidak kiralah sama ada di sekolah atau di luar.

Kawan
baik juga merupakan orang yang boleh dipercayai.Kita boleh saling berkongsi masalah atau rahsia
dengan kawan baik.Dengan itu,kita akan berasa lega selepas berkongsi masalah atau rahsia yang ada.

Saya juga mempunyai kawan baik.Nama kawan baik saya ialah Nur Aishah Sulliely bt Mohd Lee
atau lebih mesra dipanggil Sullie.Saya dan Sullie berkongsi umur dan tarikh lahir yang sama iaitu
berumur 12 tahun dan lahir pada 14 September 2001.Sullie merupakan anak sulung dari 4 orang adik-
beradik.Dia merupakan seorang kakak yang baik hati,prihatin dan bertanggungjawab.Dia dan keluarga
tinggal di Taman Seri Indah,Damansara dan berasal dari Seoul,Korea Selatan.

Sullie yang berdarah kacukan Malaysia dan Korea ialah seorang pendengar yang setia.Dia juga
merupakan seorang murid yang pandai.Walaupun kerap mendapat tempat pertama dalam
peperiksaan,Sullie tidak pernah sombong atau berlagak.Malah dia sering membantu rakan-rakan yang
lemah dalam pelajaran termasuk saya.

Sullie amat cemerlang dalam matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.Oleh itu,saya sering
berkunjung ke rumahnya untuk mempelajari Sains dan Bahasa Inggeris,manakala dia pula akan datang
ke rumah saya untuk belajar Matematik dan Bahasa Melayu dari saya.Sullie tidak pernah mementingkan
diri.Sebelum membuat apa-apa,dia akan memikirkan kesan terhadap dirinya dan orang lain.Oleh sebab
itulah dia dipilih sebagai Ketua Murid.

Rekod disiplin Sullie bersih sejak mula masuk ke sekolah lagi.Begitu juga dengan rekod
kehadirannya.Jarang sekali Sullie tidak hadir ke sekolah.Dalam setahun,dia cuma tidak pernah hadir ke
sekolah kira-kira sekali hingga lima kali sahaja.Maka,tidak hairanlah dia sering dipuji oleh guru-guru dan
menjadi idola para pelajar.
Sullie juga aktif dalam sukan.Dia telah menyandang gelaran Olahragawati Sekolah bagi tahun
2013 pada temasya sukan yang lalu.Saya amat berbangga dan kagum akan sikap yang dimiliki Sullie yang
sentiasa berusaha dan tidak mudah berputus asa.Saya berharap agar saya dan Sullie akan menjadi
kawan baik buat selama-lamanya.Saya berdoa agar Sullie akan dipanjangkan umur dan tidak berubah
sikap.

Anda mungkin juga menyukai