Anda di halaman 1dari 20

ISI KANDUNGAN

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Perkara Isi kandungan Penghargaan Objektif Kaedah Kajian Salasilah Keluarga Perkembangan Diri Dan Keluarga Sejarah Diri Keistimewaan Keluarga Peristiwa Bersejarah Keluarga Rumusan Muka Surat 1 2 3 4 5 8 14 16 17 20

Penghargaan
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat guru saya yang banyak membantu dan membimbing saya sepanjang menyiapkan tugasan ini. Beliau adalah Cikgu Noriah Binti Awang. Selain itu, saya ingin menghadiahkan ribuan terima kasih buat kawan-kawan yang sentiasa membantu dan tidak jemu berkongsi idea bersama saya. Jasa kalian tidak akan saya lupakan. Seterusnya ucapan terima kasih buat keluarga saya yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya. Tanpa bantuan mereka tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Objektif
Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini mempunyai beberapa objektif seperti yang berikut: Menyelesaikan tugasan kerja kursus sejarah tingkatan 1 Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya bermula dari datuk dan nenek saya sehinggalah kepada generasi saya Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota keluarga saya Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas segala kemajuan yang dicapai oleh keluarga saya Saya dapat menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam mencapai sesuatu kejayaan sebagai panduan dan pedoman untuk meneruskan kesinambungan kemajuan dan kejayaan yang dikecapi oleh mereka agar tidak tergugat dan hilang begitu sahaja Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana memiliki sebuah keluarga

Kaedah Kajian
Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti berikut: Kaedah temuramah Saya telah menemuramah orang sumber yang merupakan ibu bapa saya bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada melalui penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar menyaksikannya. Kaedah pemerhatian Saya melihat dan mengkaji perkembangan orang sumber iaitu ibu bapa saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku mereka. Kaedah analisis dokumen Saya melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan harian ibu bapa saya, dokumen-dokumen penting yang disimpan oleh ibu bapa dan mengumpul beberapa gambar dari album keluarga.

Salasilah Keluarga

Ali + Fatimah

Ismail + Wan Tijah

Zul

Katmah

Nor Hafizah

Muhammad Amiruddin

Nor Nazihah

Nur Aisyah

Saya mempunyai sebuah keluarga yang besar. Bilangan ahlinya ialah 6 orang. Walaupun begitu, saya berasa sangat bertuah kerana dapat hidup aman dan saling memahami antara satu sama lain. Bapa saya bernama Zul Bin Ali. Beliau berumur 47 tahun. Sekarang beliau bekerja sebagai pemandu di Pejabat Daerah Dungun, Terengganu. Beliau merupakan seorang bapa yang sangat penyayang dan tegas semasa menjalankan tanggungjwabnya mendidik kami sekeluarga khususnya dalam soal keagamaan. Katmah Binti Ismail pula merupakan seorang ibu yang sangat rajin membantu bapa dalam menguruskan keperluan rumah tangga. Beliau seorang ibu yang sangat memahami, penyayang dan sentiasa bersama kami disaat kami memerlukan banuan, sokongan dan dorongan. Kakak sulung saya ialah Nor Hafizah Binti Zul. Beliau berusia 21 tahun dan sekarang sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut. Memandangkan beliau merupakan anak sulung dalam keluarga, beliau menjadi idola kepada kami untuk terus berusaha mencapai cita-cita. Selain itu, saya mempunyai seorang abang yang sangat baik. Beliau iaialh Muhammad Amiruddin Bin Zul. Beliau berusia 18 tahun. Sekarang beliau sedang mengikuti kursus elektrik memandangkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia masih belum diumumkan. Akhir sekali, saya mempunyai seorang adik perempuan yang sangat cantik. Beliau bernama Nur Aisyah Binti Zul. Beliau sedang menuntut di kelas 2 Siddiq Sekolah Kebangsaan Pulau Serai

Perkembangan Diri Dan Keluarga

Nama Umur Tarikh Lahir Tempat Lahir Alamat No. Telefon Pekerjaan Hobi Makanan/Minuman kegemaran Warna kegemaran Rancangan kegemaran

: Zul Bin Ali : 46 Tahun :03 Oktober 1965 : Kampung Seberang Pintasan : Blok I-6 Rumah Awam Kos Rendah, Kampung Pulau Serai, Dungun : 019-9365073 :Pemandu Pejabat Daerah Dungun :Bersukan : Nasi Minyak dan Tea Ais : Biru : Berita tv3

Perkembangan Diri Dan Keluarga

Nama Umur Tarikh Lahir Tempat Lahir Alamat No. Telefon Pekerjaan Hobi Makanan/Minuman kegemaran Warna kegemaran Rancangan kegemaran

: Katmah Binti Ismail : 43 Tahun :08 Julai 1969 : Kampung Seberang Pintasan : Blok I-6 Rumah Awam Kos Rendah, Kampung Pulau Serai, Dungun : 019-9097189 :Suri Rumah :Menjahit : Nasi Dagang dan Holicks : Coklat : Drama Tv3

Perkembangan Diri Dan Keluarga

Nama Umur Tarikh Lahir Tempat Lahir Alamat No. Telefon Pekerjaan Hobi Makanan/Minuman kegemaran Warna kegemaran Rancangan kegemaran

: Nor Hafizah Binti Zul : 21 Tahun :07 Mei 1991 : Hospital Kuala Terengganu : Blok I-6 Rumah Awam Kos Rendah, Kampung Pulau Serai, Dungun : 014-5064787 :Guru Pelatih : Memasak : Mee Tomyam dan Vanila Latte : Pink : Telenovela

Perkembangan Diri Dan Keluarga

Nama Umur Tarikh Lahir Tempat Lahir Alamat No. Telefon Pekerjaan Hobi Makanan/Minuman kegemaran Warna kegemaran Rancangan kegemaran

: Muhammad Amiruddin Bin Zul : 18 Tahun :16 Mei 1994 : Hospital Kuala Terengganu : Blok I-6 Rumah Awam Kos Rendah, Kampung Pulau Serai, Dungun : 014-5084362 :Pelajar :Bersukan : Kuew Tiaw Kungfu dan Milo Ais : Hitam : Aksi

Perkembangan Diri Dan Keluarga

Nama Umur Tarikh Lahir Tempat Lahir Alamat No. Telefon Pekerjaan Hobi Makanan/Minuman kegemaran Warna kegemaran Cita-cita

: Nor Nazihah Binti Zul : 13 Tahun :26 Jun 1999 : Hospital Kuala Terengganu : Blok I-6 Rumah Awam Kos Rendah, Kampung Pulau Serai, Dungun : 014-5045729 :Pelajar :Menulis dan Membaca : Mee Kari dan Capucino : Kuning : Guru

Perkembangan Diri Dan Keluarga

Nama Umur Tarikh Lahir Tempat Lahir Alamat No. Telefon Pekerjaan Hobi Makanan/Minuman kegemaran Warna kegemaran Cita-cita

: Nur Aisyah Binti Zul : 8 Tahun :05 April 2004 : Hospital Kuala Terengganu : Blok I-6 Rumah Awam Kos Rendah, Kampung Pulau Serai, Dungun ::Pelajar :Menulis : Nasi Ayam dan Holick : Ungu : Doktor

Sejarah Diri

Nama diberi ialah Nor Nazihah Binti Zul. Lahir pada tanggal 26 Jun 1999. Saya dilahirkan di Hospital Sultanah Nurzahirah, Kuala Terengganu. Anak ketiga daripada empat beradik ini lebih dikenali sebagai Giha. Saya mendapat pendidikan awal di Tabika Seberang Pintasan, Dungun. Seterusnya mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Seberang Dungun daripada umur 7 tahun hingga 10 tahun. Semasa berumur 11 tahun, saya telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Pulau Serai, Dungun. Setelah mendapat keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah, saya telah ditempatkan di Kelas Rancangangan Khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai, Dungun. Kini saya menetap bersama keluarga tersayang di Blok I-6 Rumah Awam Kos Rendah, Kampung Pulau Serai, 23000 Dungun, Terengganu.

Saya mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang perguruan kerana saya beranggapan bahawa profesion keguruan merupakan suatu bidang yang sangat mulia. Saya ingin menjadi seorang pendidik yang mampu mendidik anak bangsa menjadi seorang insan yang berguna. Selain itu, saya gemar mengisi masa lapang saya dengan menulis dan membaca buku-buku berunsur cerita dan bukan cerita. Saya berasa sangat seronok melakukan aktiviti-aktiviti ini kerana melalui membaca, saya dapat meningkatkan pengetahuan am yang sepatutnya diketahui oleh seorang murid sekolah seperti saya. Kenangan yang tidak dapat saya lupakan dalam hidup saya ialah semasa saya berusia 11 tahun, saya telah melancong ke Cameron Highland bersama ahli keluarga saya. Kami menginap selama empat hari di sebuah apartment mewah yang telah disewa khas. Pelbagai kenangan manis telah dilalui bersama-sama dan saya tidak mungkin melupakan kenangan ini sampai bila-bila. Usaha tangga kejayaan. Walaupun kata-kata tersebut kedenganran terlalu ringkas, namun bagi saya kata-kata tersebut membawa seribu makna. Tanpa usaha yang gigih, kejayaan tentu tidak akan diperoleh. Tidak kira dalam mana-mana bidang sekalipun, kita harus kuat berusaha demi mengenggam sebuah kejayaan. Kata-kata ini akan saya pegang selagi nyawa dikandung badan.

Keistimewaan Keluarga
Saya mempunyai sebuah keluarga yang sangat sempurna. Pada pendapat hanya saya sahaja yang bertuah kerana memiliki keluarga sesempurna ini. Walaupun mempunyai ahli keluarga yang sangat ramai, namun kami dapat hidup dalam keadaan harmoni tanpa sebarang persengketaan. Selain itu, kasih sayang daripada setiap ahli keluarga terutamanya ibu bapa menjadikan saya dan adik beradik yang lain hidup dalam keadaan bahagia dan gembira. Perhatian daripada ibu bapa membuatkan saya rasa selamat berada dibawah jagaan mereka. Saya juga mempunyai seorang kakak yang sangat baik. Beliau sering menunjuk ajar saya sekiranya saya menghadapi masalah terutama sekali masalah berkaitan dengan akademik. Beliau tidak penah jemu memberi tunjuk ajar kepada saya walaupun kadang-kadang masalah yang saya hadapi agak sukar untuk diselesaikan. Disamping itu juga, saya berasa sangat istimewa kerana mempunyai seorang abang yang saya anggap menjadi tunjang keluarga selepas bapa. Sikap abang yang kadang-kadang tegas menyebabkan saya begitu hormat kepadanya. Adik bongsu saya merupakan salah satu keistimewaan yang ada pada keluarga saya. Keletahnya yang begitu ceria membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya ketawa. Kepetahan adik saya bercakap menjadinya dia paling terkenal berbanding sepupu-sepupu yang sebaya dengannya.

Peristiwa Bersejarah Keluarga

Perkahwinan Antara Ibu Bapa SayaMajlis Perkahwinan bapa dan ibu saya berlangsung pada 22 Februari 1990 Kampung Seberang Pintasan. Bapa telah bertemu jodoh dengan emak ketika bekerja bersama. Sekarang mereka telah 22 tahun berkahwin dengan bahagianya.

Hari Jadi Saya Yang Ke-5 Hari ini, 26 Jun 2004, hari yang gembira buat saya kerana hari jadi saya yang ke dengan meriah di Tadika Kampung Seberang Pintasan bersama kawan-kawan dan guru. Ketika itu saya berumur 5 tahun. Di rumah, hari jadi saya disambut bersama ibu bapa, kakak, abang, adik dan jiran-jiran saya. Kek hari jadi saya dibuat oleh ibu saya. Saya dapat banyak hadiah istimewa.

Ahli baru dalam keluarga- Adik Saya Saya suka bermain dengan adik saya yang baru seminggu dilahirkan iaitu pada 05 April 2004. Adik saya sangat comel. Ia menjadi tanggungjawab saya menjaganya setiap masa.

Sambutan Hari Raya Yang Pertama Di Rumah Baru Kami sekeluarga menyambut Hari Raya pada 15 Disember 2009 di rumah baru saya yang beralamat Blok I-6 Rumah Awam Kos Rendah Kampung Pulau Serai, 23000 Dungun, Terengganu Semasa saya berusia 10 tahun. Rumah ini lebih cantik dari rumah sebelum ini, terdapat 3 buah bilik dan sebuah bilik mandi. Hari Raya merupakan perayaan tahunan yang disambut oleh kami sekeluarga

Percutian Ke Cameron Highlands Semasa saya berusia 11 tahun, Bapa saya telah membawa saya dan keluarga bercuti di Tanah Tinggi Cameron Highlands. Saya, ibu, bapa, nenek dan emak saudara saya duduk bersembang sambil menikmati udara nyaman di kawasan tanah tinggi. Saya sempat berkunjung di ladang teh, kebun strawberi dan taman ramarama.

Pencapaian Pertama Saya Kenangan manis bersama-sama guru dan kawan-kawan pada hari saya mengambil keputusan UPSR. Saya dapat 2A, saya amat gembira. Gambar bersama Guru Sains yang sentiasa memberi motivasi. Melalui peristiwa bersejarah yang berlaku pada saya dan keluarga saya, saya berasa bangga dengan semangat kekeluargaan yang ada pada setiap ahli keluarga saya mahupun yang terdekat atau yang jauh. Hari hari istimewa dalam keluarga akan sentiasa diperingati bersama

Rumusan
Sesungguhnya dengan membuat kajian ini saya telah memperolehi pelbagai info mengenai sejarah diri dan keluarga saya yang selama ini belum pernah saya ketahuinya. Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui asal-usul dan salasilah keluarga saya yang seterusnya membantu saya mengetahui dengan lebih mendalam tentang sejarah-sejarah yang berlaku dalam keluarga saya. Selepas penyempurnaan kajian ini, saya juga dapat mengenali ahli keluarga dan saudara-mara dengan lebih rapat lagi. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan silaturahim yang sedia terjalin. Perasaan cinta dan bangga juga dapat dipupuk terhadap ahli keluarga setelah membuat kajian ini. Perasaan ini akan lebih mendekatkan lagi ahli keluarga antara satu sama lain.Kajian ini juga telah membolehkan saya menguasai kemahiran yang berguna. Antara kemahiran tersebut ialah kemahiran mencari, mengumpul, dan menganalisis maklumat dan data mengenai salasilah keluarga saya. Diharapkan rakan-rakan yang lain turut memanfaatkan kebaikankebaikan yang saya alami dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1 ini. Yang Benar,

Anda mungkin juga menyukai