Anda di halaman 1dari 44

Isi Kandungan

1.0 Penghargaan
2.0 Objektif Kajian
3.0 Kaedah Kajian
4.0 Lokasi Tempat Membuat Kajian
5.0 Liputan Kajian
5.1 Salasilah Keluarga
5.1.1 Salasilah Keluarga Bapa Saya
5.1.2 Salasilah Keluarga Ibu Saya
5.1.3 Salasilah Keluarga Saya
5.2 Perkembangan Diri dan Keluarga
5.3 Tokoh dalam Keluarga
5.4 Peristiwa Bersejarah dalam Keluarga
5.4.1 Hari Jadi Saya Yang Ke - 2
6.0 Rumusan
Rujukan
Lampiran

1.0 Penghargaan

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya
yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya untuk
menyiapkan folio Sejarah saya ini. Mereka juga merupakan orang sumber bagi kajian
salasilah keluarga saya ini.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Cik Shusianti iaitu
guru mata pelajaran Sejarah saya atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah
diberi olehnya semasa saya membuat folio ini.

Kepada rakan-rakan seperjuangan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih


kerana mereka secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak idea bagi
memperbaiki lagi mutu folio saya ini.
Sekian, terima kasih.

2.0 Objektif Kajian

Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini
mempunyai beberapa objektif seperti yang berikut:
1. Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya
2. Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga
saya bermula dari datuk dan nenek saya sehinggalah kepada generasi
saya
3. Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota

keluarga saya
4. Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas
segala kemajuan yang dicapai oleh keluarga saya
4. Saya dapat menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam
5. mencapai sesuatu kejayaan sebagai panduan dan pedoman untuk
meneruskan kesinambungan kemajuan dan kejayaan yang dikecapi oleh
mereka agar tidak tergugat dan hilang begitu sahaja
6. Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana memiliki
Sebuah keluarga yang harmoni dan ceria
7. Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan
menganalisis maklumat tentang keluarga saya

3.0 Kaedah Kajian

Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti berikut:

1. Kaedah lisan iaitu saya menemuramah orang sumber yang merupakan ibu bapa
saya bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada melalui
penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar
menyaksikannya.

2. Kaedah pemerhatian iaitu saya melihat dan mengkaji perkembangan orang


sumber iaitu ibu bapa saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan tingkah
laku mereka.

3. Kaedah rujukan iaitu saya melihat dan mengambil maklumat daripada buku
catatan harian ibu bapa saya dan mengumpul beberapa gambar dari album keluarga

4.0 Lokasi Tempat Membuat Kajian

5.0 Liputan Kajian


Liputan kajian saya merangkumi

5.1 Salasilah Keluarga


5.2 Perkembangan Diri dan Keluarga
5.3 Tokoh dalam Keluarga
5.4 Peristiwa Bersejarah dalam Keluarga

5.1 Carta Salasilah Keluarga Bapa Saya

5.1.1 Salasilah Keluarga Bapa Saya

Salasilah keluarga bermaksud asal usul keturunan sesebuah keluarga. Carta salasilah
keluarga bapa saya (Sila rujuk mukasurat 7) bermula daripada Tuan Azam Bin Tuan
Baharu (lahir pada 31.12.1945) iaitu datuk saya dan Kamariah Binti Ismail (Lahir

pada 06.01.1954) iaitu nenek saya. Mereka berasal daripada kampung yang sama
iaitu Kuala Pueh, Kuala Berang,Terengganu.
Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 1968 . Mereka mencari pendapatan
dengan bekerja sebagai petani serta menoreh getah di kebun orang kampung .

Kerja harian mereka meletihkan dan ganjarannya pula cukup ala kadar tetapi datuk
dan nenek tetap berbangga dengan kerja mereka. Hasil perkahwinan datuk dan
nenek saya, mereka telah dikurniakan sebelas orang anak, iaitu Sayed Zainal Bin
Tuan Azam (ayah saya) yang dilahirkan pada 26 November 1969, Syarifah Aminah
Binti Tuan Azam yang dilahirkan pada 30 Jun 1971, Syed Ahmad Bin Tuan Azam
yang dilahirkan pada 13 Oktober 1973,Syarifah Fatimah Binti Tuan Azam yang
dilahirkan pada 17 September 1976 , Syarifah Azliha Binti Tuan Azam yang
dilahirkan pada 21 Januari 1979,Syarifah Ramlah Binti Tuan Azam yang dilahirkan
pada 26 Ogos 1981,Syarifah Sapura Binti Tuan Azam yang dilahirkan pada 17 April
1984 , Syed Raimi Bin Tuan Azam yang dilahirkan pada 13 Ogos 1986 , Syed Khusairi
Bin Tuan Azam yang dilahirkan pada 7 Januari 1989, Tuan Hannah Binti Tuan Azam
yang dilahirkan pada 10 Julai 1991 dan Tuan Syahrul Adha Bin Tuan Azam yang
dilahirkan pada 21 Mei 1994.

Hasil penat lelah bekerja setiap hari, telah menampakkan hasilnya. Datuk berjaya
memberi semua anak-anaknya pendidikan yang sewajarnya sehingga mereka boleh
berdikari.Sembilan daripada anak datuk saya telah menamatkan sesi persekolahan
dan mendapat kerja.
Kebanyakkannya bekerja sebagai guru. Enam orang daripada mereka telah
mendirikan rumah tangga. Bapa saya yang merupakan anak sulung telah berkahwin
dengan Ghirwiza Binti Masor pada 22 Februari 1997 dan telah mempunyai tiga
orang anak iaitu saya , adik lelaki dan adik perempuan saya. .Bapa saya kini bertugas
sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Kabota ,Tawau , Sabah.

5.1.2 Carta Salasilah Keluarga Ibu Saya

5.1.3 Salasilah Keluarga Ibu Saya


Carta salasilah ibu saya ( sila rujuk muka surat 10 ) bermula daripada Masor Bin
Sadalam iaitu datuk saya dan Rahmah Binti Osman iaitu nenek sebelah ibu saya .
Mereka berasal daripada tempat yang sama iaitu Filipina.Mereka mendirikan rumah
tangga pada tahun 1976.Meraka mencari pendapatan dengan berniaga.Hasil
perkahwinan datuk dan nenek saya , mereka telah dikurniakan dengan dua orang
cahaya mata , iaitu Ghirwiza ( ibu saya ) yang dilahirkan pada 23 April 1977 di Kg.
Menteritip, Semporna dan Al Madan yang dilahirkan pada 09 September 1990.

Pada tahun 1997 , Ghirwiza ( ibu saya ) telah berkahwin dengan Sayed Zainal ( bapa
saya ) , dan mempunyai tiga orang anak .Al Madan pula telah berkahwin dengan
Nur Haina pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Siti Nur

Aisyah yang dilahirkan 24 Mei 2010.

5.1.4 Salasilah Keluarga Saya

5.2 Perkembangan Diri Dan Keluarga.


Ahli keluarga saya terdiri daripada bapa saya,ibu saya , saya dan adik adik
saya.Selepas perkahwinan ibu bapa saya pada 22 Februari 1997, mereka tinggal di
Kampung Bangingod,Lahad Datu,Sabah kerana bapa saya bertugas sebagai guru
disana.Saya juga dilahirkan di Kampung Bangingod pada 14 Disember
1997.

Semasa saya berumur empat bulan,kami sekeluarga berpindah ke Tawau


kerana mengikuti bapa saya yang bertukar tempat kerja ke Sekolah Kebangsaan
Kem Kabota.Kami tinggal di Taman Bekerly selama lima tahun.Pada tahun 1999
kami mendapat seorang lagi ahli keluarga yang bernama Sayed Azfar Zharfan dan

tidak lama kemudian,pada tahun 2004 kami mendapat lagi ahli baru iaitu Sharifah
Ainani Ilyani.
Walaupun keluarga saya tidak besar , namun ahli keluarga
memainkan peranan yang besar dalam mewujudkan suasana meriah dan harmoni
dalam keluarga saya.

5.2.1 Bapa Saya

Nama bapa saya Sayed Zainal Bin Tuan Azam.Beliau dilahirkan di Kampung
Kuala Pueh , Kuala Berang , Terengganu pada 26 November 1969.Bapa saya
mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Dura pada tahun 1976
hingga tahun 1981.Seterusnya beliau menyambung pengajian ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Mahmudiah , Kuala Berang , Terengganu dari
tahun 1982 hingga tahun 1984.
Selepas mendapat keputusan yang cemerlang
dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).Beliau melanjutkan persekolahan
di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA).Setelah menamatkan Peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1986 , beliau berkhidmat sebagai guru
sandaran di Sekolah Kebangsaan Kuala Dura selama setahun setengah dan di
tukarkan ke Sekolah Kebangsaan Kampung Syukur , Dungun , Terengganu.
Pada tahun 1990, beliau diterima memasuki maktab perguruan di Negeri Kedah iaitu
Institut Perguruan Darul Aman (IPDA). Setelah menamatkan pengajian pada tahun
1992, beliau ditempatkan bertugas di SK. Bangingod, Lahad Datu, Sabah. Pada
tanggal 8 Februari 1998 beliau berpindah tempat bertugas ke SK. Kem Kabota,
Tawau sehinggalah sekarang.
Pada September 2004 bapa saya telah melanjutkan pelajaran di Universiti Terbuka
Malaysia dalam jurusan Teknologi Maklumat.

5.2.2 Ibu Saya


Nama ibu saya Ghirwiza Binti Masor.Beliau dilahirkan di Kampung Menteritip ,
Semporna , Sabah pada 23 April 1977.Ibu saya mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Bangigod pada tahun 1983 hingga tahun 1988.Seterusnya , ibu saya
melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tungku , Lahad Datu
hingga tingkatan lima .Kini ibu saya menjadi suri rumah sepenuh masa.

5.2.3 Diri Saya

Nama saya Sharifah Azyyati Ilyana Binti Sayed Zainal.Saya dilahirkan


di Kampung Bangigod , Tungku , Lahad Datu pada 14 Disember
1997.Saya berusia 13 tahun pada tahun ini.Saya pernah tinggal di Taman
Bekerly , Tawau kini saya tinggal di 4174 , Amanah Park , Jalan Bunga
Raya , 91000 , Tawau , Sabah.Saya merupakan anak sulung daripada
tiga orang adik beradik.Saya mula menjejaki alam persekolahan
semasa saya berusia enam tahun di Pasti Nurul Izzah , Tawau (tahun
2003).
Ketika berusia tujuh tahun sehingga dua belas tahun , saya bersekolah di
Sekolah Kebangsaan Kem Kabota , Tawau.Saya juga telah berjaya
memperolehi keputusan yang memuaskan iaitu 3A 1B 1C dalam Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Kini , saya belajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Kuhara , Tawau dalam tingkatan 1 Bijaksana.
5.2.4 Adik Lelaki Saya

Nama adik lelaki saya Sayed Azfar Zharfan Bin Sayed Zainal.Dia
dilahirkan di Hospital Besar , Tawau pada 03 Januari 1999 . Adik saya
seorang kanak kanak istimewa ( OKU ).Adik saya bersekolah di Sri
Stella , Tawau sejak tahun 2004 .

5.2.5 Adik Perempuan Saya


Nama adik perempuan saya Sharifah Ainani Ilyani Binti Sayed
Zainal.Dia dilahirkan di Hospital Besar , Tawau pada 01 Januari
2004.Adik saya merupakan anak bongsu. Adik saya memasuki alam
persekolahan lebih lewat daripada saya. Dia dimasukkan ke Prasekolah
Kem Kabota , Tawau pada tahun 2009. Kini dia belajar tahun 1 di
Sekolah Kebangsaan Kem Kabota , Tawau .

5.3 Tokoh Tokoh Dalam Keluarga


Saya memilih nenek saya iaitu Pn. Kamariah binti Ismail sebagai tokoh dalam
keluarga kami. Pemilihan ini adalah berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya beliau
merupakan seorang ibu serta nenek yang penyayang, tabah serta sabar dalam
membesarkan serta mendidik anak anak. Beliau dilahirkan pada 06.01.1954 dalam
sebuah keluarga yang miskin. Oleh kerana kemiskinan beliau terpaksa menamatkan
persekolahan pada darjah 5 sahaja.
Setelah berkahwin dengan datuk saya dan telah dianugerahkan anak anak, mereka
memulakan penghidupan sendiri dengan membina sebuah rumah di Kampung
Kuala Pueh, Kuala Berang, Terengganu. Dengan pertambahan anak anak, sara hidup
semakin bertambah. Mereka menampung keperluan harian dengan melakukan kerja
kerja kampung seperti menanam padi, jagung, kacang serta menoreh getah. Hasil
titik peluh inilah yang digunakan untuk membesarkan dan memberi pendidikan
yang sempurna kepada sebelas orang anaknya.

Sehingga kini kesemuanya anaknya telah berjaya dalam hidup masing masing. Enam
orang anaknya telah berjaya menamatkan pengajian di Pusat Pengajian Tinggi.
Kebanyakkannya berkhidmat sebagai pendidik di seluruh negara.
Walaupun telah berusia 56 tahun, beliau masih lagi melakukan kerja kerja yang

beliau gemari iaitu berkebun. Selain itu beliau tidak jemu untuk mengajar anak anak
kampung mengaji alQuran.

Pada Sambutan Juara Rakyat Bulan Wanita dan Keluarga 2010 Parlimen Hulu
Terengganu beliau telah dinobatkan sebagai Ibu Cemerlang bagi Parlimen Hulu
Terengganu.

(Gambar semasa
penganugerahan dalam akhbar Sinar Harian)

(Sijil Penghargaan Anugerah Ibu


cemerlang)
5.4 Peristiwa Bersejarah
5.4.1 Hari Jadi Saya Yang Ke 2

Hari ini , 14 Disember 1998 , hari yang amat gembira buat saya kerana hari jadi saya
yang ke 2 disambut dengan meriah kerana ketika itu disambut di kampung saya
yang berada di Kampung Kuala Pueh , Kuala Berang , Terengganu bersama ibu
bapa , mak cik , pak cik , moyang , datuk dan nenek. Ia merupakan kali pertama saya
berpeluang menyambut hari jadi bersama mereka. Kek hari jadi saya dibuat oleh ibu
saya . Saya juga mendapat banyak hadiah yang istimewa.
6.0Rumusan
Secara kesimpulannya , daripada yang telah lalui sepanjang melaksanakan projek
sejarah ini , saya banyak mendapat pengajaran yang berguna iaitu seperti dapat
mengetahui asal usul diri dan keluarga dengan lebih mendalam , dan saya berbangga
menjadi waris keluarga ini. Saya berazam untuk belajar bersungguh untuk menjadi
anak yang berjaya supaya dapat membanggakan seluruh keluarga saya.

Rujukan
Orang sumber :Sayed Zainal Bin Tuan Azam , 691126115053 ( Bapa )
http://www.scribd.com/doc/15429736/
Imej Google Earth
C O N TOH F O L I O X O X O T Y M J A M 1 0

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA


Pengenalan

Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu
kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di

negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri
kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat
resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan
kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan
perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai
suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat
India secara umum.

Merisik
Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik,
sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan
status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika
dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya
maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga
secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang
tengah yang dipanggil tirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik.
Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang
berdaftar.

Kunjungan Ke Rumah Pengantin


Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan
mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan
perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa
Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang
dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai.
Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta
serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan
mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak
perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka
hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barangbarang tersebut.
Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan
menghidang air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat
pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan
perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian
kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut
serta. Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar
belakang bakal pengantin lelaki.

Kaji Kecocokan Pengantin


Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal
dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian.
Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal
pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh
masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira
poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati
poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam.

Ikat Janji

Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah
pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang
ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bungabungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.
Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah
pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang
bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudaramara. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat
janji.

Adat menyuap kanl kande


Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan
persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan
tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua
pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Kemudian
mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk
pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya. Kemudian upacara niccayam akan
dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga.

Parisam
Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah
yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang
dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India,
parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah
dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam
jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil
cumanggali.
Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian
tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam
dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di
ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai
menunjukkan kurniaan tuhan.
Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin
perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama
pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah
itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut,
bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada
masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini
dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak
pengantin.
Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat janji (niccayam) dan pemberian
hadiah (parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan
mereka yang tidak lagi melakukan upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran.

Sebelum Majlis Perkahwinan


Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang
perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya :
Kad Jemputan

Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India.
Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan,
bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah
dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.
Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk
dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang
ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini
dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin
perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa
yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara
rasmi.
Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)
Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan
pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang
disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat
India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya. Ini disebabkan
terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini
dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan
membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat
thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk
membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di
tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang
untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali.
Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal.
Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari
untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada
emas. Ini kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat
dan tidak dicuri orang.
Mukuurtta Kaal
Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta
kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk
menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang
untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter
dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter.
Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan
dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum,
kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada
Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil
dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin
akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal
hingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga
menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan
bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang
kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta lima orang
perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan
lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam
sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat
mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki.

Upacara Perkahwinan
Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara
pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan
dalam masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya
Thairumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku
kaum.
Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi
hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke
kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara
Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit
tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan
keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan.

Pengantin Bersanding
Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup
bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai
acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat
daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit
kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat
kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu
debu suci pada dahi pengantin.
Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah
menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke
dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa),
memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya
pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan
berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini
menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.
Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan
untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk
melangsungkan perkahwinan, pengertian thaali, valatu kal, pemberian manisan, hadiah,
penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan perkahwinan dan
meroboh khemah perkahwinan.

Kolem

Paal (Men

Upaca

Paa
(Cuci

Otthian

Phaviti
(Memak

(Rantai D

Selepas Majlis Perkahwinan


Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya
sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki
pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan
sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke
rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan
menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.
Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum
khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya
upacara perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini.
Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah
perkahwinan.
Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan
dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan
kepada para tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayursayuran dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu.
Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai

Pakaian Tradisional Kaum India : Sari, Punjabi & Kurta Sari yang selalu dipakai
kaum India di Malaysia. Foto : simplemalaysian Sari merupakan pakaian
tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran
5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakanakan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang
dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang
bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah
pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat

daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah. Salwar
Kameez. Foto : womenxone Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, yang juga
popular di kalangan wanita di utara India, terdiri daripada blaus panjang yang
dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang
sesuai warnanya. Wanita India juga gemar memakai dupatta di bahu mereka
ketika memakai salwar kameez. Baju Punjabi yang dimodenkan. Foto :
invisionfree.com Kurta pula merupakan pakaian tradisional bagi lelaki kaum
india. Kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas
atau lime dan sutera. Kurta ini pada kebiasaanya akan dipakai bersama salwar
longgar,seluar longgar atau seluar churidar. Kurta dan kurta pijama. Foto :
homeindia.com Kurta pijama adalah kurta yang dipakai oleh pemakainya
bersama pijama dimana kurta pijama ini kebanyakkan dipakai ketika majlismajlis rasmi. Kurta ini juga boleh dipakai bersama dhoti. Dhoti ialah sejenis kain
berbentuk segi empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter yang dililit
di sekitar pinggang dan kaki. Copy and WIN : http://bit.ly/1J3vX3K
Copy and WIN : http://bit.ly/1J3vX3Kk

Contoh Ringkas Kajian Mengenai Perayaan Deepavali

1. Pengenalan
Perayaan yang dipilih adalah perayaan Deepavali. Perkataan Deepavali merupakan
gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti
barisan. Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan
gelap bernama Aippasi pada bulan Oktober dan November dan juga dikenali
sebagai pesta Cahaya. Deepavali bermaksud sebarisan pelita. Dengan memasang
pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan
mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi
kejahilan.

Sambutan Perayaan di Malaysia

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang
beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Deepavali
atau lebih dikenali sebagai pesta cahaya disambut oleh masyarakat India yang
beragama Hindu dan Sikh di negara kita.

Mitos Hari Deepavali

Mitos yang paling terkenal di kalangan masyarakat India di Malaysia berhubung


tujuan

perayaan

Deepavali

adalah

kisah

Dewa

Krishna

membunuh

Narakasura.Seterusnya penduduk kampung telah meraikan kemenangan Kebaikan


menewaskan Kejahatan dengan menyalakan lampu serta berpesta. Satu lagi mitos
yang lebih terkenal di Benua Kecil India adalah berdasarkan epik Ramayana di
mana Rama berjaya membunuh Ravana dengan bantuan Laksamana dan
Hanuman. Lalu, mereka bersama-sama Sita pulang dari Langka ke Ayodhya.
Kepulangan mereka selepas 14 tahun disambut para penduduk dengan menyalakan
lampu dan berpesta. Memandangkan kedua-duanya hanyalah mitos, tidak menjadi
masalah kisah mana satu yang menjadi ikutan dan turutan di kalangan kaum India
beragama Hindu yang menyambut Deepavali. Apa yang penting, simbol kebaikan

atau Cahaya menumpaskan Kejahatan atau Kegelapan adalah menjadi pegangan


utama mereka .

Sambutan Deepavali Masyarakat Sikh

Masyarakat Sikh menyambut hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali di kalangan
mereka di atas sebab yang berbeza.Guru Nanak, yang juga merupakan pengasas
agama Sikh pada suatu masa dahulu telah dipenjarakan oleh seorang Raja. Raja itu
memaksanya makan tetapi beliau enggan dan berpuasa. Sejurus itu, barulah Guru
Nanak sedar yang ramai orang telah berkumpul di luar penjara dengan memegang
lampu sebagai tanda protes untuk membebaskannya.

Akhirnya, Raja itu sedar akan kesilapannya. Oleh kerana sikap tamaknya, dia telah
mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang raja dan sebagai balasannya, dia
membebaskan Guru Nanak. Kaum Sikh menyambut pembebasan Guru Nanak
sebagai hari Deepavali.

2. Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
1.

Melihat sejauh mana kefahaman masyarakat india terhadap perayaan


Deepavali

2.

Menilai penglibatan masyarakat lain dalam perayaan Deepavali

3.

Menerima dan menghormati perayaan kaum lain seperti perayaan Deepavali

4.

Menerapkan nilai patriotisme dalam kehidupan seharian.

5.

Melahirkan rasa bangga terhadap Negara Malaysia yang mempunyai


pelbagai kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai.

6.

Mengetahui tentang latar belakang, adat, pantang larang dan lain-lain tentang
perayaan yang dipilih iaitu Deepavali.

3. Sejarah dan Latar Belakang

Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya,
telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura
meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai
peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan,
peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada
membuat kejahatan sesama manusia.Pelita yang dipasang dalam barisan dapat
dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan
mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Tersebut kisah seorang pemusnah yang bernama Ahsuran yang tidur selama tiga
hingga enam bulan. Dia suka makan semua benda termasuk manusia. Apabila dia
masuk ke dalam kampung, semua orang akan memadamkan lampu. Hal ini kerana
dia tidak suka lampu dan cahaya. Dia hanya suka tidur. Dia juga akan membunuh
sesiapa sahaja yang mengganggunya tidur. Satu hari, seorang Dewa yang bernama
Krishnan muncul dan melawan pemusnah tadi. Mereka berlawan sehingga
pemusnah dikalahkan oleh Dewa yang suci. Maka semua penduduk kampung mula
memasang lampu. Berikutan dengan peristiwa tersebut, Deepavali disambut
berdasarkan cerita ini.

Cerita berkaitan Deepavali

Orang Hindu memperingati beberapa peristiwa mitos penting yang berkaitan dengan
Deepavali:
1.

Kembalinya Lord Rama ke Ayodhya: Deepavali juga meraikan kembalinya


Rama, Raja Ayodhya, bersama ratunya Sita dan adindanya Lakshmana ke
Ayodhya setelah 14 tahun hidup dalam buangan, disusuli satu perang yang
menyaksikan Rama membunuh raja syaitan Ravana. Adalah dipercayai
bahawa rakyat Ayodhya menyala pelita sepanjang jalan untuk menerangi
laluan mereka dalam kegelapan. Oleh sebab Rama pergi dari India Selatan
ke kerajaannya di India Utara, maka baginda merentasi bahagian selatan
terlebih dahulu. Inilah sebabnya perayaan ini disambut sehari lebih awal di
India Selatan. Di India Utara, perayaan ini disambut pada hari terakhir

kalendar Vikram. Hari berikutnya menandakan tahun baru India Utara yang
bergelar Annakut.
2.

Pembunuhan Narakasura: Disambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari


sebelum hari Deepavali, hari ini memperingati pembunuhan Narakasura
(Naragasuri dalam bahasa Tamil), seekor syaitan durjana yang mencetus
huru-hara, oleh Satyabhama, isteri Raja Krishna (Maha Krishnan). ini berlaku
di Dwapar Yuga ketika detik ini dalam avatar (jelmaan) Raja Krishna ini.
Sebelum kematian Narakasura, dia meminta rahmat dari ibunya, Satyabhama
(dipercayai sebagai satu avatar Bhudevi - ibu Narakasura), bahawa semua
orang patut menyambut kematiannya dengan chaaya berwarna-warni.

3.

Kezahidan Shakti: Menurut Skanda Purana, dewi Shakti mematuhi 21 hari


kezahidan bermula daripada ashtami shukla paksha (hari kelapan tempoh
pencerahan bulan) untuk memperoleh separuh jasad Raja Shiva. Vrata
(kezahidan) ini dikenali sebagai kedhara vrata. Deepavali ialah hari
pelengkapan kezahidan ini. Inilah harinya Raja Shiva menerima Shakti ke
dalam separuh kiri jasadnya lalu menjelma sebagai Ardhanarishvara.
Penganut-penganut yang kuat pegangan agamanya mematuhi vrata 21 hari
ini dengan melakukan kalasha dengan 21 benang dalamnya dan 21 jenis
persembahan selama 35 hari. Hari terakhirnya disambut sebagai kedhara
gauri vrata.

4.

Krishna menewaskan Indra: Govardhan Puja disambut sehari selepas


Deepavali. Inilah harinya Raja Krishna menewaskan Indra, dewa petir dan
hujan.

Alkisah,

Krishna

memantau

persediaan

besar-besaran

untuk

persembahan tahunan kepada Dewa Indra dan menyoal ayahandanya Nanda


mengenai ini. Krishna berbincang dengan para penduduk kampung mengenai
apa sebenarnya 'dharma' mereka. Mereka adalah golongan petani, maka
mereka patut menjalankan tugas mereka dan menumpu perhatian kepada
pertanian dan perlindungan lembu-lembu mereka. Krishna terus mengatakan
bahawa semua insan sepatutnya hanya mengerjakan 'karma' diri, dengan
sebaik mana yang boleh dan bukannya berdoa untuk fenomena alam. Para
penduduk kampung mempercayai Krishna, maka tidak meneruskan puja
(prayer) istimewa itu. Maka itu, Indra murka lalu membanjiri kampung. Krishna

kemudiannya mengangkat Gunung Govardhan dan mengangkatnya sebagai


perlindungan kepada rakyatnya dan lembu-lembu mereka dari hujan. Indra
akhirnya mengaku kalah dan memperakui keagungna Krishna. Aspek riwayat
Krishna

ini

sungguhpun

tidak

diketahui

ramai,

namun

sebenarnya

menyediakan asas kepada falsafah 'karma' yang diterangkan secara


terperinci dalam Bhagavad Gita.
5.

Kembalinya Bali ke neraka:Dalam Bhavishyottara dan Brahma Vaivarta


Purana, Deepavali dikaitkan dengan Raja Daitya, Bali, yang dibenarkan
kembali ke bumi setahun sekali. Bagaimanapun, di Kerala inilah sebab
'Onam' disambut. Perayaan 'Onam' jatuh sekitar Ogos-September.

4. Persediaan Sambutan Perayaan

Sebelum Perayaan

Sehari Sebelum Deepavali

Sehari sebelum perayaan Deepavali, orang yang beragama Hindu akan membuat
upacara sembayang untuk memanjangkan doa untuk yang telah 'pergi' buat selamalamanya.
Makanan kegemaran yang telah meninggal dunia selalunya disediakan untuk
santapan mereka.Makanan tersebut akan dibiarkan seketika dihadapan gambar si
mati yang kemudiannya akan di makan oleh anak-anak si mati atau diberi kepada
haiwan.

Malam Sebelum Perayaan Deepavali

Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh
ahli keluarga. Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu
upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan

pelbagai warna di hadapan pintu. Kaum wanita juga pada malam itu akan
mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.

Memasang Vilakku

Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai
oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu vilakku. Lampu vilakku
adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Perayaan Deepavali
juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden. Penganut agama
Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi yang akan
datang melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan memasang lampu tersebut
dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi.

Kolam atau Rangoli

Rangoli lambang penyembahan Dewa Lakshmini

Penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan kolam atau rangoli iaitu
hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib
matahari. Biasanya kolam ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat
dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.

Kemahiran membuat kolam ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun


nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan
menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa
maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut
Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia

Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa


Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang
mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.

Semasa Perayaan

Persiapan Di Pagi Perayaan Deepavali

Pada pagi perayaan pula, pada kebiasaannya seluruh ahli keluarga akan bangun
lebih awal iaitu sebelum matahari terbit. Seluruh keluarga akan mandi dan
membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa
dan ahli keluarga yang lain. Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan
pada awal pagi sebelum matahari terbit. Penganut Hindu akan menjalankan upacara
mandi minyak bijan bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan
ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua
seperti ibu atau nenek.

Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan
membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi
dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali
bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri
seseorang. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil. Selepas
bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Penganut Hindu
akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan
kalungan bunga.Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan
dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka
bersembahyang

di

rumah

atau

dikuil-kuil.

Upacara Sembahyang
Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan
upacara penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu
dengan kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta
memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas sembahyang,
mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan Prasad
sebelum pulang ke rumah.

Selepas

bersembahyang,

mereka

berkunjung

ke

rumah

kaum

keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi


manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara
mereka. Di kebanyakan rumah, rangoli iaitu lukisan yang dibuat tepung beras
berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.

5. Pakaian Tradisional Deepavali

Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa perayaan
Deepavali adalah Sari untuk kaum wanita dan Dhoti untuk kaum lelaki.

a. Sari

Gambar : Sari
Sari merupakan pakaian untuk kaum wanita yang sering dipakai semasa perayaan
Deepavali. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua
meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz
pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Oleh itu, sebelum

memakai sari, si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat di
dalamnya. Kemudian kain sati akan dililit dari pinggang dan diselempang pada bahu
kiri. Lilitan pinggang perlulah dibuat sebanyak tiga hingga lima kali untuk
menguatkan lilitan supaya tidak terurai. Semasa perayaan Deepavali, biasanya
pemilihan warna untuk baju sari yang dipakai adalah lebih gelap atau garang seperti
merah, biru, hijau dan ungu. Pemilihan corak pula adalah bergantung kepada cita
rasa si pemakai. Ada sesetengah lebih suka bercorak tumbuh-tumbuhan dan ada
juga lebih suka corak haiwan. Selain itu, untuk menjadikan si pemakai Nampak lebih
menarik, kebanyakan mereka akan memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis
manik yang berkilat dan cantik. Ini akan lebih menyerlahkan kecantikan si
pemakainya. Walaubagaimanapun, pemilihan warna biasanya akan dipadankan
dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakainya.

b. Dhoti

Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki india. Pakaian ini diperbuat daripada
kain empat segi yang berwarna putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian
pinggang dan diikat pada celah paha dan disangkutkan pada bahu. Kemudian kain
tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan lebih menarik. Ada juga
dhoti yang berwarna kuning pudar atau kuning susu.

Gambar : Dhoti

6. Kuih muih dan Juadah utama/khas

Manisan dan Juadah Deepavali

Manisan merupakan identiti masyarakat India. Manisan ini bukan sahaja diminati
oleh kaum India tetapi juga masyarakat lain di negara ini termasuk pelancong asing.
Dalam masyarakat India, manisan sering menjadi acara pembuka sebelum
memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaan. Mereka percaya ia mampu
membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang
berpanjangan. Itulah juga sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap dianggap
lebih baik dan dialu-alukan.

Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang terkenal
seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut
disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah aloogobi iaitu campuran ubi
kentang dan kobis bunga, paneer campuran masala bersama yourgart dan kari dal.
Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti maruku dan adivasam dan
payasam.

Muruku, Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan kuih-muih

tradisional orang India.

7. Hiasan

Kebanyakan periuk tanah liat disapukan dengan warna-warna terang untuk


menonjolkan keindahannya. Ada periuk tanah liat yang dicat dengan warna merah,
hijau, kuning dan merah jambu.Bahkan, ada juga yang diselang-seli campuran
warna untuk menambahkan lagi tarikannya. Mengikut kepercayaan masyarakat India
periuk dan pelita tanah liat adalah sebagai menghargai elemen alam iaitu tanah itu
sendiri.Menjadi tradisi bagi mereka untuk menggunakan periuk tanah liat dalam rutin
memasak setiap hari, manakala pelita tanah liat bagi tujuan penyembahan. Bukan
itu sahaja, pelita tersebut memberi makna simbolik cahaya kemenangan daripada
kejahatan iaitu kemenangan Dewa Rama menentang Dewa Ravana.Periuk

berwarna pula digunakan sebagai dekorasi menjelang Deepavali dengan kelapa dan
daun mangga diletakkan di atas periuk sebagai tanda menarik aura positif. Ia akan
diletakkan di depan pintu atau kolam (hiasan menggunakan beras berwarna) untuk
mengalu-alukan kedatangan tetamu.

Gambar : Periuk Tanah


8. Amalan-amalan Perayaan Deepavali

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan
dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia. Pada pagi Deepavali,
penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian
badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan
yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan
dikalungkan dengan kalungan bunga.Pada pintu masuk rumah penganut Hindu
hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya
dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini
merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai
hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu
masuk rumah mereka.

Kolam

Kolam atau juga dikenali sebagai Rangoli adalah satu seni hiasan pintu masuk
kediaman semasa Deepavali.Ia dihasilkan dengan pelbagai rekaan, berwarna-warni
dan tanpa ada had dari segi saiz. Bahkan berdasarkan catatan, kolam terbesar di
dunia yang pernah dihasilkan ialah pada 22 Mei tahun lalu bersaiz 4,900 meter
persegi dan dihasilkan oleh Nilesh Rajaram Naik di Dataran Murda, Tiswadi, Goa,
India. Lazimnya saiz kolam di rumah agak kecil namun kolum memberi kuasa besar
dalam

menyambut

Deepavali.Kolam

umpama

'tiang

seri'

yang

bertindak

memeriahkan lagi perayaan cahaya itu. Dengan menyediakan kolam, ia memberi


penyatuan serta kemeriahan kepada keluarga tersebut.Ia juga sebagai simbol
penyatuan keluarga kerana proses menyiapkan kolam biasanya dibuat beramairamai bersama ahli keluarga,

9. Pantang Larang
Pantang Larang Semasa Deepavali
Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan
malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada
waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli
keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi
segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang
telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa
maksud yang mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di
dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.

Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari
terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan
yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua
seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan
diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala
kejahatan dan sifat dengki.

Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah,
biru dan oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih
yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf
dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang
dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta
memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

PESTA PONGAL
Januari 14th, 2015
Perkataan (Pongal) adalah masa
menuai menandakan masa untuk orang
Tamil tuai hasil tanaman dan disambut
pada permulaan bulan Thai () mengikut
kalendar Tamil. Ada juga kelompok yang menganggap Pongal sebagai tarikh tahun
baru. Perayaan Pongal biasanya diraikan setiap pertengahan bulan Januari bagi
meraikan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara oleh penganut
agama Hindu. Perayaan ini disambut selama empat hari berturut-turut dan
merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam.
Perayaan Pongal juga dianggap sebagai hari kesyukuran kepada Tuhan kerana
memberi rezeki untuk memperoleh makanan dan air yang cukup, tempat tinggal
yang sempurna dan keluarga yang bahagia dan juga membantu mengeratkan
hubungan kekeluargaan di antara ahli keluarga. Penyediaan juadah berasaskan
sayur-sayuran kampung pula mendidik generasi muda mengenali masakan asli
nenek moyang mereka.
Di awal pagi, saya dan adik-adik akan mengemas rumah, manakala emak akan
menghiasi rumah dengan kolams (hiasan lantai yang diperbuat dari beras yang
diwarnakan) di pagi Hari Pongal. Kolams dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda
selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan. Seterusnya, bapa
akan mengikat tebu dan daun mangga di pintu rumah bagi menceriakan suasana.
Upacara mengikat tebu dan daun mangga di pintu adalah upacara turun temurun
orang Tamil sejak dulu.
Empat buah dapur kecil turut diletakkan atas kolams. Pada masa yang sama,
beberapa buah periuk tembaga dan perak yang dihiasi daun mangga, daun kunyit
dan pewarna Kum Kum juga ditempatkan di situ sebelum upacara bermula.
Hari
Pertama


(Bhogi)
Bhogi ialah hari Dewa Awan dan Hujan bagi menandakan permulaan hari penting
dalam kehidupan masyarakat India. Kami akan membersihkan dan menghias rumah
dengan corak dan bunga. Sebelum matahari terbit, bapa akan membuat unggun api
besar dan dibiarkan membakar sepanjang malam untuk membakar barang-barang
lusuh dan lama bagi menyingkirkan anasir-anasir buruk yang datang kepada
keluarga kami.

Hari
Kedua


(Thai
Pongal
/
Surya
Pongal)
Dikenali sebagai Thai Pongal, iaitu hari untuk Suriabhagawan atau Dewa Matahari.
Ucapan "Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum" ( ) bererti "permulaan
Thai membuka peluang baru" sering diucap dengan perayaan hari Thaipongal.
Upacara yang dilakukan ialah memasak beras yang dituai bersama susu lembu
sehingga melimpah dari periuk. Perbuatan membiarkan masakan itu melimpah
dikenali sebagai Pongal dalam bahasa Tamil. Pongal bermakna melimpah-ruah yang
menggambarkan hasil tuaian yang banyak. Apabila susu sedang mendidih, kami
sekeluarga akan berkumpul di sekitar periuk dan melaungkan ucapan 'Pongal-OPongal' sebanyak tiga kali semasa susu mengalir keluar. Upacara ini dilakukan untuk
memberi penghormatan kepada Dewa Matahari dan bermulanya hari pertama bulan
Thai dalam kalendar Tamil. Belanga, susu, beras, tebu, daun pisang, kelapa serta
tujuh jenis sayuran dan rempah ratus seperti lada kering, jintan manis, buah pelaga,
jintan putih dan biji sawi adalah antara bahan-bahan wajib untuk hidangan istimewa
pada
hari
perayaan
ini.

Hari
Ketiga

(Hari
Mattu)
Hari (Mattu) adalah hari yang dikhaskan untuk haiwan lembu. Masyarakat kami
percaya bahawa lembu ialah binatang suci yang banyak berjasa kepada manusia
dimana pengembala sangat berterima kasih kepada ternakan mereka. Mereka juga
akan mewarnakan tanduk lembu dan menghiasi dengan pakaian dan topi logam
bersinar.
Lembu
diberi
makan
Pongal
dan
loceng
diikat
di
leher.

Hari
Keempat


(Kaanum
Pongal)
Hari terakhir Pongal dikenali sebagai Kaanum Pongal iaitu hari istimewa untuk
wanita dan hari merapatkan hubungan. Pada hari terakhir, nenek saya akan bangun
awal pagi untuk menyapu kunyit dan melumurkan minyak bijan di rambut kepada
emak, makcik-makcik serta semua adik-beradik perempuan saya. Selepas mandi
minyak bijan, semua perempuan akan menawarkan bebola nasi berwarna kepada
burung-burung. Bagi yang sudah berkahwin, mereka akan berdoa untuk keluarga
yang sihat. Manakala saya dan adik-adik akan berdoa untuk perkahwinan yang
bahagia akan datang. Setelah selesai semua, kami sekeluarga akan memberi
penghormatan kepada nenek atau orang-orang yang lebih tua di rumah untuk
mendapatkan restu sebelum keluar melawat rumah saudara terdekat serta rakanrakan bagi merapatkan lagi hubungan. Kebiasaannya, kami sekeluarga akan
dihidangkan dengan makanan tradisi seperti 'vadaas, payasam () dan
keledek.

Bersama Auntie Kamala (kiri), Vani (dua dari kanan) dan Suvitra (kanan) semasa
menyambut Hari Pongal di kampung tahun lepas.

Muruku

Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama


lain murukku ialah chakli dan chakri.Makanan tradisional
ini juga berasal dari negara India.Bahan utama murukku
ialah urad dan tepung beras.Murukku boleh didapati di
mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan
ringan.Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan.
Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa
seperti cili,asafoetida,ajawain dan cumin.Semua orang
daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira
umur.Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai

chakri di negara tersebut.

Tosai

Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga


dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai
ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis
seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya.
Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat
Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di
mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran
india. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai
dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai
amat kaya dengan karbohidrat dan protein.
Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk
sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buahbuahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan
lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan
bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.

IDLI

Idli juga berasal dari India.Idli mempunyai


banyak jenis. Contohnya, sanna,rave atau sambar idli.Ia
dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan
ringan.Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari
buah-buahan,sambar dan lain-lain.Bahan utamanya ialah
vigna mungo dan nasi.

Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum
India. Namun kini, ia semakin digemari oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan agama. Roti
canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar
rakyat Malaysia.
Capati dan tosai juga tidak ketinggalan kerana dikenali mempunyai banyak khasiat
dan ianya juga sesuai untuk mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti
ini biasanya sedap dimakan sekiranya dicicah bersama dal, kari dan sambal.
Selain itu ada sejenis Makanan tradisional India yang tidak kurang hebatnya. Sudah
tentu anda kenal nasi beriani. Terdapat beberapa jenis nasi beriani tetapi yang popular
ialah nasi beriani gam. Ia bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh
kaum-kaum yang lain.

Selain itu, Makanan tradisional India yang lain adalah seperti Kuih muih seperti
wade, maruku dan suji. Jika dilihat memang banyak makanan tradisional kaum India ini. Pada
artikel akan datang saya akan cuba paparkan pelbagai jenis makanan lagi. Diharap anda boleh
berikan cadangan.

Chaturanga

Asal-usul catur moden semula dikenal dengan nama Charuranga, yang berkembang di India
pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain,
perbedaan buah catur dengan kekuatan berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah
terakhir, atau dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur
kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih.
Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan oleh Kapten Hiram Cox dan Duncan
Forbes bahawa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam
chaturanga.
Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" bererti 'memiliki empat bahagian' dan dalam
puisi epos kepahlawanan perkataan itu juga bererti 'tentera'. Nama permainan ini berasal
dari sebuah formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India Chaturanga
adalah sebuah simulasi permainan perang untuk memperlihatkan kekuatan strategi tentera
India pada masa itu

Anda mungkin juga menyukai