Anda di halaman 1dari 3

Mr.

Liew
Soalan 1
Memerihalkan kepentingan makanan yang berkhasiat kepada kesihatan ibu dan
fetus.
Bagi seseorang ibu yang telah hamil, penjagaan pra natal atau sebelum kelahiran bayi
adalah amat penting. Ini adalah bagi tujuan kesihatan kepada ibu dan juga bayi yang
sedang dikandungkan. Selain daripada itu, ibu hamil juga perlulah mendapatkan nutrisi
yang betul dengan mencukupi bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan bayi
yang sihat.
Pemakanan Ibu Hamil
1. Zat Besi
Ibu yang hamil perlu memastikan ada mengambil Zat Besi yang mencukupi. Ini kerana
ia dapat membantu mencegah anemia dan juga membantu membina sel-sel darah. Ibu
boleh mendapatkan Zat Besi daripada sumber seperti Telur dan Sayuran Hijau
2. Vitamin D
Vitamin D juga tidak kurang pentingnya. Vitamin D berfungsi untuk membantu menyerap
kalsium dan fosforus yang diperlukan oleh badan untuk menguatkan tulang dan gigi.
Sumber Vitamin D adalah makanan seperti hati dan minyak hati ikan.
3. Protein
Protein membantu dalam membina sel-sel baru untuk pertumbuhan. Sumber protein
adalah seperti daging merah dan kacang.
4. Asid Folik
Ini adalah antara makanan yang paling diperlukan oleh ibu ketika hamil, iaitu Asid Folik.
Asid Folik membantu untuk menentang penyakit. Sumber asid folik adalah seperti susu.

Soalan 2
Menjelaskan kesan rokok terhadap fetus.
Rokok adalah bahan yang sangat merbahaya dan boleh memberi kesan buruk kepada
kandungan, terutamanya bagi ibu yang sedang mengandung. Antara kesannya adalah
seperti bayi mati dalam kandungan, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan
juga boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.

Kesan Rokok Terhadap Perkembangan Bayi


Kenapa Berbahaya Merokok Semasa Kehamilan?

Asap rokok mengandungi lebih daripada 4 000 bahan kimia merbahaya dan sekurangkurangnya 60 agen penyebab kanser. Asap rokok yang meresap melalui darah akan
melimpahi aliran darah yang menjadi satu-satunya sumber oksigen dan nutrien bagi
bayi.
Dalam lebih 4 000 bahan kimia berbahaya ini, terdapat 2 yang paling utama iaitu nikotin
dan karbon monoksida. Kedua-dua bahan ini boleh mengurangkan bekalan oksigen
mencukupi kepada bayi.
Nikotin dapat menyempitkan saluran darah sekaligus membuatkan bayi terpaksa
bernafas dengan menggunakan aliran darah yang kecil dan penuh tekanan. Lebih
menyedihkan adalah sel darah merah yang sepatutnya mengangkut oksigen juga
terpaksa membawa bersama karbon monoksida.
Kekurangan bekalan oksigen dapat merencatkan perkembangan fetus. Secara purata,
merokok semasa kehamilan akan menggandakan peluang untuk bayi lahir lebih awal
atau pun mempunyai berat yang kurang.
Selain daripada itu, perkembagan anggota badan bayi juga boleh terjejas. Peparu bayi
mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik terutamanya ketika awal kelahiran.
Sekiranya mereka sudah mula bernafas dengan tanpa menggunakan bantuan,
berkemungkinan besar mereka akan terus menghadapi masalah pernafasan seperti
asthma.
Paling menyedihkan adalah apabila tabiat buruk ini memberi kesan kepada
perkembangan otak bayi. Anak yang dilahirkan daripada seorang ibu yang merokok
kebiasaannya akan menghadapi masalah pembelajaran, lembam, masalah sikap dan
tahap IQ yang rendah.

Soalan 3
Memerihalkan kepentingan mengelakkan daripada mengambil bahan yang boleh
memudaratkan fetus.
Adalah sangat penting bagi bakal ibu mengamalkan gizi seimbang yang terdiri daripada
sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Vitamin dan mineral yang mencukupi adalah
sangat baik kepada ibu dan fetusnya. Selain itu, para ibu juga perlu menjauhkan diri
daripada asap rokok, alkohol dan dadah kerana bahan-bahan ini boleh menjejaskan
perkembangan fetus.
Bahan Yang Memudaratkan Fetus
1. Rokok
Rokok adalah bahan yang sangat merbahaya dan boleh memberi kesan buruk kepada
kandungan. Antara kesannya adalah seperti bayi mati dalam kandungan, mengurangkan
bekalan oksigen kepada bayi dan juga boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.

2. Alkohol
Alkohol juga boleh memberi kesan buruk kepada bayi yang sedang dikandungkan. Ini
kerana kandungan alkohol dapat menyebabkan kerosakan kepada otak bayi. Selain
daripada itu bayi juga terdedah kepada SIndrom Alkohol Fetal.
3. Ubat/ Dadah
Penggunaan ubat atau dadah yang terlarang juga mampu membahayakan bayi yang
dikandung. Bayi boleh mendapat kecacatan selain daripada memberi kekacauan fizikal
dan pembelajaran kanak-kanak itu nanti.

Kepentingan Mengelak Bahan Yang Memudaratkan Fetus


1. Boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi
Kandungan asap rokok yang terdiri daripada pelbagai jenis toksik dan bahan beracun
yang merbahaya boleh menyebabkan kurangnya bekalan oksigen yang sampai kepada
bayi. Perkara ini boleh menyumbang kepada bayi yang cacat.

2. Merosakkan otak bayi


Alkohol dan dadah boleh memberi kesan yang terus kepada perkembangan otak bayi
yang sihat. Kandungan berbahaya pada kedua bahan ini boleh menjejaskan proses
pembelajaran bayi tersebut apabila meningkat kanak-kanak. Perkara ini sudah tentu
akan memberi lebih banyak kesan buruk kepada bayi tersebut.

3. Boleh membunuh bayi dalam kandungan


Kandungan bahan berbahaya dalam asap rokok, alkohol dan dadah juga boleh
menyebabkan kematian bayi ketika masih berada dalam kandungan. Pembentukan dan
tumbesaran yang berlaku dalam keadaan yang tidak sihat boleh mengakibatkan banyak
perkara negatif kepada bayi. Tahap paling kronik kesan bahan berbahaya tersebut
adalah apabila boleh mengakibatkan kematian kepada bayi tersebut.

Anda mungkin juga menyukai