Anda di halaman 1dari 3

Tajuk: Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi proses fotosintesis

Objektif:
1. Untuk mengkaji kesan keamatan cahaya ke atas kadar fotosintesis tumbuhan.
2. Untuk mengkaji kepekatan karbon dioksida ke atas kadar fotosintesis tumbuhan.
Pengenalan:
Fotosintesis merupakan proses yang dijalankan oleh tumbuhan hijau untuk
menghasilkan glukosa yang merupakan makanannya dan oksigen dengan menggunakan
karbon dioksida, air dan cahaya matahari. Oksigen dikeluarkan melalui stomata dan air
didapatkan melalui akar tumbuhan dan dihantar ke daun tumbuhan melalui sistem vaskular
tumbuhan. Tenaga matahari diserap oleh klorofil, satu pigmen hijau yang berada dalam sel
tumbuhan, iaitu kloroplas. Kloroplas merupakan tapak untuk menjalankan fotosintesis.
Proses fotosintesis adalah sangat penting kerana ia membekalkan makanan kepada semua
organisma. Fotosintesis juga terlibat secara langsung dalam kitar karbon dan kitar oksigen
yang berfungsi untuk mengekalkan kandungan gas karbon dioksida dan oksigen dalam
udara. Dalam aktiviti yang dijalankan, faktor keamatan cahaya dan kepekatan karbon
dioksida dalam mempengaruhi kadar fotosintesis akan dikaji. Kadar fotosintesis dikenal pasti
dengan bilangan gelembung yang dihasilkan setiap minit.
Pembolehubah:
(A) Keamatan Cahaya
Pemboleh ubah manipulasi: Jarak lampu dari tumbuhan
Pemboleh ubah bergerak bebas: Bilangan gelembung yang dihasilkan setiap 5 minit
Pemboleh ubah dimalarkan: Jenis tumbuhan, Isipadu air
(B) Kepekatan Karbon Dioksida
Pemboleh ubah manipulasi: Kepekatan karbon dioksida dalam larutan
Pemboleh ubah bergerak bebas: Bilangan gelembung yang dihasilkan setiap 5 minit
Pemboleh ubah dimalarkan: Jenis tumbuhan, Isipadu air
Radas dan Bahan:
*
Prosedur:
(A) Keamatan Cahaya
1. 2 ranting tumbuhan digunakan dan dipotong menjadi 10 cm dari hujung bawah
batangnya dengan menggunakan pisau tajam.
2. Tumbuhan tersebut diletakkan dengan hujung bekas keratan menghala ke atas di
dalam bikar yang berisi air kolam dengan larutan natrium bikarbonat 0.25%.
3. Tabung didih di dalam bikar diletakkan dengan muncungnya menghala ke bawah.
Tabung didih diisi penuh dengan air kolam.
4. Tabung didih dikepitkan dengan menggunakan kaki retot dengan pengepit supaya
ianya tidak jatuh.

5. Lampu diletakkan kira-kira 40cm daripada tumbuhan eksperimen. Satu bikar yang
mengandungi air diletakkan di antara lampu dengan tumbuhan itu. Lampu
dipasangkan dan dibiarkan selama 5 minit sebelum bacaan diambil.
6. Jumlah gelembung yang dihasilkan dikirakan untuk selama 20 minit. Purata
gelembung yang dihasilkan dihitungkan bagi setiap 5 minit.
7. Langkah (1) hingga langkah (6) diulangi bagi jarak 10cm.
(B) Kepekatan Karbon Dioksida
1. Langkah (1) hingga langkah (6) diulangi tetapi pada langkah (2) natrium bikarbonat
0.5% digunakan.
Keputusan:
(A) Faktor Keamatan Cahaya
Jarak Lampu
10 cm
40 cm

5 minit
21
22

Bilangan gelembung
10 minit
15 minit
32
30
24
25

20 minit
27
25

Kadar fotosintesis pada setiap 5 minit =


Kadar fotosintesis pada setiap minit =
(B) Faktor Kepekatan Karbon Dioksida
Kepekatan Karbon
Bilangan gelembung
5 minit
10 minit
15 minit
Dioksida
0.25%
4
4
7
0.5%
2
5
8
Kadar fotosintesis pada setiap 5 minit =

20 minit
8
11

Kadar fotosintesis pada setiap minit =


Perbincangan:
Bagi faktor keamatan cahaya, ketika jarak lampu berada pada 10 cm dari tumbuhan,
bilangan gelembung yang dihasilkan adalah lebih banyak berbanding dengan jarak lampu
berada pada 40 cm dari tumbuhan. Kadar fotosintesis apabila jarak lampu berada pada 10
cm dari tumbuhan adalah ??? , iaitu lebih tinggi berbanding dengan kadar fotosintesis
apabila jarak lampu berada pada 40 cm dari tumbuhan iaitu ???.
Ini adalah kerana.
Bagi faktor kepekatan karbon dioksida, ketika tumbuhan diletakkan dalam larutan
0.25% natrium bikarbonat, bilangan gelembung yang dihasilkan adalah lebih banyak
berbanding dengan tumbuhan diletakkan dalam larutan 0.5% natrium bikarbonat. Kadar
fotosintesis apabila tumbuhan diletakkan dalam larutan 0.5% natrium bikarbonat adalah ???
iaitu lebih tinggi berbanding dengan kadar fotosintesis tumbuhan diletakkan dalam larutan
0.25% natrium bikarbonat iaitu ???
Ini adalah kerana
Kesimpulan:
Soalan:

1. Bincangkan bagaimana suhu mempengaruhi kadar fotosintesis.

http://goffs.herts.sch.uk/documents/science/biologyalevel/factsheets/025%20PHOTOSYNTH
ESIS.PDF
http://www.alice.cnptia.embrapa.br/bitstream/doc/661750/1/44n11a06.pdf
http://www.bbc.co.uk/schools/gcsebitesize/science/ocr_gateway_pre_2011/environment/1_fo
od_factory2.shtml

Anda mungkin juga menyukai