Anda di halaman 1dari 1

Sekolahku SEJAHTERA telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin di

Putrajaya pada 21 Februari 2022. Konsep itu dibangunkan berdasarkan prinsip dan aspirasi untuk
mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, aman, selesa, ceria, konstruktif dan inklusif bagi
mencapai kesejahteraan masyarakat.

Sekiranya pelajar benar-benar menghayati konsep ini, negara Malaysia mampu melahirkan generasi
hebat yang mampu bersaing di peringkat dunia. Menerapkan konsep ini juga bermakna menerapkan
nilai murni dalam diri murid melalui pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Konsep ini yang akan
diperkenalkan pada penggal persekolahan akan datang tidak akan membebankan guru dan pelajar
kerana ia akan diterapkan secara semula jadi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sekolah amnya dan guru khususnya memainkan peranan yang penting dan mempunyai pengaruh
yang besar dalam menyemai nilai murni dalam diri pelajar. Sama ada di sekolah rendah atau
menengah, murid-murid diajar adab, akhlak dan budaya hidup yang murni.

Di sekolah, guru memainkan peranan penting dalam membentuk kehidupan pelajar. Apabila pelajar
mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan, mereka sangat bergantung kepada bimbingan guru.
Ini kerana mereka berada di sekolah dengan guru agak lama selepas menghabiskan masa bersama
ibu bapa dan keluarga di rumah. Oleh itu, adalah sangat penting untuk membina hubungan yang
erat antara guru dan pelajar.

Dalam sistem pendidikan Malaysia, fokus dasar pendidikan jelas tertumpu kepada melahirkan insan
yang baik, lengkap dan bersepadu dari segi keupayaan jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti
yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Unsur budi pekerti, akhlak dan nilai
murni merupakan antara elemen terpenting bagi memastikan hasrat FPK dapat dipenuhi.

Dalam konteks ini, semua pihak harus bersatu untuk merealisasikan aspirasi negara dan melahirkan
generasi muda yang agung. Perhatian khusus perlu diberikan kepada 14 elemen SEJAHTERA bagi
memastikan konsep ini selari dengan aspirasi dan matlamat asal kewujudan konsep seperti yang
diketengahkan oleh KPM.

Anda mungkin juga menyukai