Anda di halaman 1dari 4

EDUP 2102

SOSIOLOGI PENDIDIKAN
Iklim Sekolah Memainkan Peranan Dalam Kemenjadian Seseorang Pelajar

Disediakan oleh :
ELLYEEN NURRAUDAH BINTI MOHD SALLEH
KHAIRUN NISAK BINTI MAHMOOD
PDPP PAI 1 JAIJ
Iklim sekolah merujuk kepada keadaan persekitaran sekolah yang mempengaruhi
kemenjadian murid. Hal ini bermaksud, iklim sekolah merujuk kepada ciri-ciri kehidupan sekolah,
termasuk norma, nilai dan harapan yang diguna pakai oleh sesebuah sekolah. Iklim sekolah yang
positif akan akan mewujudkan suasana kekeluargaan antara warga sekolah sekali gus
meningkatkan kemenjadian pelajar.

Kepimpinan profesional di sekolah menjadi tunggak utama dalam kemenjadian pelajar.


Pemimpin merupakan satu entiti yang berfungsi sebagai asas tindakan dalam kalangan anggota
dan membimbing kegiatan bagi memenuhi matlamat tertentu. Jika dilihat di sekolah, Pengetua
atau Guru Besar berperanan sebagai pemimpin yang seharusnya menumpukan kepada teknik
pengurusan yang cekap dan mahir memanipulasi strategi dan keadaan bagi menjamin
keberkesanan yang maksimum. Hal ini akan menyumbang kepada kecekapan guru dalam
memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan dan mencapai objektif.
Selain itu, pemimpin sekolah seharusnya menyediakan insentif dan sumber pembelajaran yang
yang bermutu bagi memastikan setiap guru dapat menjalankan tugas dengan komited. Hal ini
secara tidak langsung dapat memacu kepada kemenjadian pelajar.

Selain itu, disiplin sekolah yang teratur menjadi iklim utama dalam memastikan
kemenjadian murid. Penekanan disiplin di sekolah dapat membentuk tingkah laku murid yang
selari dengan misi dan visi sekolah. Peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di sekolah
seharusnya menjadi satu elemen yang diutamakan bagi memudahkan pengurusan murid-murid
di sekolah dan menjadi garis panduan dalam menentukan tahap disiplin mereka. Buku-buku
peraturan yang dihasilkan seharusnya diperbanyak dan diagihkan kepada murid supaya buku
tersebut dapat dijadikan sebagai panduan oleh semua murid. Oleh itu, jika sekolah berjaya
mendidik murid-murid untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, maka tidak mustahil
untuk sekolah tersebut menghasilkan pelajar yang cemerlang. Hal ini secara tidak langsung akan
memacu kepada kemenjadian murid.

Seterusnya, bagi memastikan kemenjadian murid, keutamaan terhadap proses


pengajaran dan pembelajaran perlu diberi keutamaan. Pihak sekolah seharusnya berusaha
bersungguh-sunggu bagi memastikan matlamat pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
secara teratur dan mencapai objektif. Dalam merealisasikan hal ini, guru perlu merancang strategi
pembelajaran dan menetapkan objektif pembelajaran yang jitu. Perancangan yang teliti dan
komprehensif akan memberi kesan yang positif kepada murid. Perancangan yang bagus
seharusnya memastikan minit dan tempoh guru sepanjang tahun memberikan kesan yang
bermakna kepada guru dan pelajar. Guru perlu menyusun atur masa dengan tepat bagi
memastikan sukatan pelajaran berjaya dihabiskan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Penekanan kepada perancanagan sesi pengajaran dan pembelajaran ini akan memacu kepada
kemenjadian pelajar.

Guru-guru seharusnya mengawasi kemajuan murid secara sistematik berpandukan


kepada objektif pembelajaran. Bagi memastikan perkara ini tercapai, guru perlu mengambil
beberapa langkah proaktif dengan memperbanyak latihan untuk murid. Latihan-latihan ini
perlulah diperiksa secara berkala oleh guru. Tujuan utamanya adalah untuk memastikan murid
mencapai objektif pembelajaran di samping mengawasi pencapaian akademik murid. Dalam hal
ini, semua guru perlulah memainkan peranan masing-masing dengan membuat perancangan
yang teliti. Sebagai contoh, guru-guru perlulah meneliti terlebih dahulu bentuk latihan yang akan
diberikan kepada pelajar. Konten latihan tersebut seharusnya menepati objektif pembelajaran
yang hendak dicapai. Dengan adanya perancangan yang teliti, maka hal ini akan menjadi
pemangkin kepada kemenjadian pelajar.

Sekolahku sejahtera adalah konsep baharu dalam pengajaran dan pembelajaran yang
diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Konsep ini dilancarkan oleh Menteri
Pendidikan Datur Dr Radzi Jidin pada 21 Februari 2022 di Putrajaya. Pelaksanaan konsep ini
adalah bagi memberikan penekanan terhadap nilai murni menerusi pengajaran dan pembelajaran
yang dilaksanakan di sekolah. Guru dan murid disaran agar mengamalkan nilai-nilai murni secara
semulajadi di sekolah.

Konsep yang diperkenalkan adalah merangkumi 14 elemen nilai kehidupan yang penting.
14 nilai ini termasuklah selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan, harmoni,
tekun, teliti, terampil, eksplorasi dan rasional. Konsep ini diwujudkan bertujuan mewujudkan
suasana sekolah yang selamat, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif kea rah
mencapai kesejahteraan masyarakat di Malaysia. Bermula dengan konsep dan pendekatan
sekolahku sejahtera ini, dapatlah menjalin ikatan perpaduan yang kukuh di sekolah.

Sekolah merupakan sebuah institusi formal untuk mendidik kanak-kanak dan remaja
menghadapi alam dewasa dan seterusnya menjadi insan yang berguna di hari muka.
Seseorang kanak-kanak akan menempuhi alam persekolahan sekurang-kurangnya sebelas
tahun iaitu di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.Mereka juga akan
menghabiskan sekurang-kurangnya enam jam atau lebih di sekolah setiap hari persekolahan
tidak termasuk aktiviti kokurikulum dan kelas-kelas tambahan. Jadi, tidak hairanlah jika
dikatakan sekolah sebagai agen sosialisasi kerana sebahagian daripada usia seseorang itu
akan dihabiskan di sekolah.

Konklusinya, dalam memastikan keberkesanan mencapai kemenjadian murid, reformasi


atau program penambahbaikan sekolah perlulah dilaksanakan. Dalam melaksanakan reformasi
di sekolah, semua guru terutamanya kepimpinan teratas sekolah iaitu Pengetua dan Guru Besar
perlulah berusaha sungguh-sungguh bagi memastikan iklim sekolah yang positif dapat
diwujudkan dalam usaha mencapai kemenjadian murid tercapai.

Anda mungkin juga menyukai