Anda di halaman 1dari 7

Gaya Kepimpinan Guru Besar Dan Kaitan Dengan Teori Kepemimpinan 3.

0 PENGENALAN Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada gaya kepimpinan yang wujud dalam kalangan pemimpin. Para pemimpin ini haruslah bersedia untuk memberikan komitmen kepada tugas mereka. Kesemua ini bergantung kepada keupayaan pemimpinan dalam mempengaruhi dan menyakini mereka yang berada di bawahnya untuk bertindak dalam memajukan organisasi berkenaan. Mengikut Jemaah Nazir (2003), kepimpinan guru besar menjadi salah satu eleman dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Antara garis panduan dalam standard ini adalah berkenaan aspek guru besar hendaklah menerajui dan menggerakkan seluruh warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi sekolah dengan cara menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan visi dan misi kementerian serta mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi. Hal ini jelas menunjukkan bahwa persoalan berkaitan kepimpinan ini menjadi perkara yang utama dalam menentukan kajayaan dan kecemerlangan generasi pada masa hadapan. Dalam menetukan kejayaan sesebuah sekolah, guru besar haruslah bijak dalam bertindak dan mentadbir warga sekolah yang berada di bawahnya. Segala tindakan ini boleh dilaksanakan mengikut teori kepimpinan yang bersesuaian dengan keadaan dan situsi yang dialaminya. Perkara ini dapat saya lihat melalui pemerhatian yang telah saya lakukan semasa menjalani Program Internship di salah sebuah sekolah di daerah Nilai negeri Sembilan. Saya dapat membuat perkaitan antara tindakan yang dilakukan oleh guru besar di sekolah berkenaan dengan teori teori kepemimpinan yang saya pelajari. Maka secara tidak langsung, saya telah berjaya melihat bagaimana cara pengaplikasian teori berkenaan dalam situasi sebenar. 3.1 Teori Kepimpinan Tret Berdasarkan kepada pemerhatian saya, Guru besar di sekolah berkenaan mengaplikasikan teori kepemimpinan tradisonal dengan gaya kepemimpinan semula jadi. Berdasarkan kepada teori ini, mereka berpendapat bahawa manusia sedia memiliki ciri ciri atau tret tret yang diwarisi dan hanya trey tret tertentu sahaja yang sesuai untuk menjadi pemimpin yang berkesan. Oleh itu, teori ini cuba mengesan tret tret seorang pemimpin yang berkesan. Melalui kajian terhadap tret yang dimiliki oleh pemimpin yang telah berjaya maka mereka mengandaikan bahawa pemimpin lain yang mempunyai tret yang sama juga akan menjadi seorang pemimpin yang berjaya juga. Berdasarkan kepada pemerhatian saya terhadap guru besar berkenaan saya dapat menyesuaikan dua tret utama yang dapat dilihat iaitu yang pertama adalah beliau merupakan seorang yang mudah menyesuaikan diri

dalam pelbagai situasi dan yang kedua adalah beliau merupakan seorang yang peka kepada persekitaran sosial. Merujuk kepada tret yang pertama iaitu guru besar sekolah berkenaan merupakan seorang yang mudah untuk menyesuaian diri dalam pelbagai situasi. Keadaan ini dapat dilihat apabila beliau berada dalam situasi yang berbeza dalam mengendalikan sesuatu hal. Situasi pertama yang wujud adalah ketika mula mula guru pelatih hadir ke sekolah berkenaan. Beliau sebagai seorang guru besar sangat peramah dalam memastikan bahawa setiap guru pelatih dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah. Beliau sering bersoal jawab bersama guru pelatih dalam memastikan bahawa wujudnya rasa selesa dalam diri kami. Beliau juga memperkenalkan kami kepada seluruh warga sekolah termasuklah kepada pengawal keselamatan dan juga tukang kebun. Menurut beliau, perkara ini bertujuan untuk membantu kami sekiranya kami memerlukan perkhidmatan mereka di lain masa nanti. Situasi kedua pula adalah ketika mengendalikan mesyuarat guru untuk tujuan membincangkan hal berkaitan mesyuarat PIBG yang akan dijalankan tidak lama lagi ketika itu. Beliau mempengerusikan majlis dengan penuh dedikasi dan mengambil kira setiap suara pendapat dari setiap guru termasuklah guru pelatih sendiri. Beliau menyedari bahawa keadaan guru pelatih yang kurang yakin dalam menyampaikan buah fikiran namun dengan sikap beliau itu secara tidak langsung para guru pelatih turut terlibat sama dalam menjayakan program berkenaan. Situasi ketiga adalah ketika Program Ihya Ramadhan. Dalam program ini seluruh warga sekolah terlibat dalam menyediakan bubur lambuk yang akan dibawa pulang oleh murid murid dan juga warga sekolah. Program ini juga melibatkan para ibu bapa dan penjaga murid. Semasa aktiviti ini berlangsung, guru besar berkenaan tidak segan untuk turun padang dan bersama sama menyediakan bubur lambuk berkenaan. Beliau juga turut sama beramah mesra bersama - sama ibu bapa yang hadir malahan beliau sendiri yang mengagihkan bubur lambuk kepada para ibu bapa yang ingin pulang ke rumah dengan segera. Tiga situasi ini cukup menggambarkan bahawa guru besar di sekolah berkenaan merupakan seorang guru besar yang bijak menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi. Beliau memainkan peranan sebagai penyambut kepada tetamu yang hadir, beliau juga memainkan peranan sebagai ketua dalam sesebuah organisasi dan juga beliau memainkan peranan dalam menjadi tuan rumah kepada sesuatu program. Sikap beliau ini sangat mengkagumkan saya kerana dalam kesibukan beliau menguruskan hal ehwal pengurusan sekolah tetapi beliau masih lagi dapat melaksanakan perkara seperti yang dinyatakan di atas. Saya melihat

beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak mengawal dirinya dalam pelbagai situasi. Merujuk kepada tret yang kedua iaitu peka kepada persekitaran sosial. Perkara ini dapat dilihat ketika Program Mesyuarat PIBG yang dijalankan di sekolah. Ketika mesyuarat ini berlangsung, telah berlaku satu insiden dimana timbulnya aduan daripada seorang penjaga berkaitan dengan seorang guru. Maka guru yang terlibat juga memainkan peranan untuk mempertahankan dirinya daripada tuduhan yang dilemparkan. Akibat tindakan penjaga dan guru tadi maka telah timbul adegan bertikam lidah hingga hampir mengganggu kelancaran majlis berkenaan. Apa yang dilakukan oleh guru besar berkenaan adalah dengan merehatkan majlis seketika kemudian memanggil penjaga berkenaan bersama guru tadi secara peribadi ke dalam biliknya. Beliau tidak memanjangkan cerita pada hari berkenaan namun beliau terus menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk duduk berbincang berkenaan aduan yang diterima. Akhirnya kejadian ini dapat ditangani dengan baik dan majlis dapat diteruskan dengan lancar. Apa yang menariknya disini adalah, beliau sendiri memohon maaf kepada para ibu bapa yang lain kerana tindakan beliau menangguhkan majlis untuk seketika. Namun jika dilihat semula, tindakan beliau itu sangatlah wajar kerana beliau mengambil kira perasaan ibu bapa dan penjaga yang lain juga dalam masa yang sama beliau cuba mengelakkan dari maruah guru tadi tercemar kerana menjadi buah mulut para ibu bapa pula. Sikap beliau ini menjadikan situasi sekolah kembali aman dan tidak lagi wujud persengketaan antara guru dan ibu bapa murid. 3.2 Teori Tingkah Laku Selain itu, saya dapat melihat gaya kepemimpinan teragih yang wujud dalam diri guru besar di sekolah berkenaan yang dikaitkan dengan teori tingkah laku. Teori ini mengandaikan kepemimpinan yang berjaya merupakan tingkah laku yang boleh dilatih atau dipelajari secara formal dan tidak formal. Menurut Moorhead dan Griffin (1998), bentuk tingkah laku kepemimpinan yang membawa kepada keberkesanan prestasi kumpulan adalah: pertamanya, pemimpin yang lebih berkesan

berkecenderungan membina hubungan mesra dengan pekerjanya yang juga menyokong pucuk pimpinan. Keduanya, pemimpin yang lebih berkesan

menggunakan kaedah penyeliaan dan proses membuat keputusan berbentuk kumpulan dan ketiganya adalah pemimpin yang lebih berkesan berkecenderungan menetapkan matlamat organisasi yang lebih tinggi. Ketiga tiga tingkah laku ini

dapat dihuraikan melalui pemerhatian saya terhadap guru besar di sekolah berkenaan. Perkara berkaitan beliau cenderung untuk membina hubungan mesra bersama pekerjanya. Hal ini bukan sahaja dapat dilihat melalui hubungan mesra guru besar bersama guru guru lain namun juga dapat dilihat melalui hubungan beliau dengan para pekerja am di sekolah. Menjadi kebiasaan beliau untuk menjamu para guru di pentri bilik guru pada setiap hari Jumaat. Pada setiap hari Jumaat pasti beliau akan menyediakan juadah juadah untuk dimakan bersama guru guru dan para pekerja di sekolah. Sepanjang waktu pada hari Jumaat beliau akan menjemput pengawal keselamatan, tukang kebun mahupun tukang masak di kantin sekolah untuk merasai juadah yang dibawa. Kadang kala beliau sendiri akan membungkus juadah berkenaan untuk dihantara kepada pengawal sekolah dan mak cik kantin memandangkan mereka sibuk menguruskan tempat bekerja mereka. Sekiranya beliau tidak dapat menyediakan juadah seperti biasa beliau akan menyerahkan sejumlahkan wang kepada pengusaha kantin sekolah untuk digunakan bagi menyediakan juadah untuk guru guru dan para pekerja. Beliau juga telah menyumbangkan kismis untuk diserahkan kepada murid murid tahun enam untuk dimakan pada setiap pagi sebelum sesi P&P bermula. Walaupun apa yang dilakukan hanyalah satu perkara yang mudah iaitu menyediakan makanan namun ianya dapat mengeratkan hubungan beliau dengan seluruh warga sekolah. Keduanya adalah beliau cenderung untuk menggunakan kaedah penyeliaan dan proses membuat keputusan adalah secara berkumpulan. Perkara ini jelas kelihatan apabila beliau sendiri akan meronda kawasan sekolah pada setiap hari diwaktu kelapangan beliau. Telah menjadi kebiasaan beliau untuk memantau pergerakan murid murid pada waktu pagi dan pulang dari sekolah. Pada waktu pagi beliau akan berdiri sama dengan pengawal keselamatan di hadapan pintu pagar sekolah dan menyambut kedatangan murid murid ke sekolah. Seterusnya apabila locenga berbunyi dan sesi P&P bermula beliau akan memantau sesi P&P dari setiap kelas. Sekiranya terdapat guru yang masuk ke kelas lewat beliau langsung tidak menunjukkan rasa tidak berpuas hati tetapi beliau sendiri akan masuk ke kelas berkenaan dan melaksanakan aktiviti bersama sama murid. Tindakan dan teguran halus beliau ini menimbulkan rasa segan dalam diri guru dan menyebabkan guru guru di sekolah berkenaan akan masuk ke kelas dengan menepati masa. Merujuk kepada agenda membuat keputusan pula, sebagai contoh ketika guru pelatih membentangkan kertas kerja untuk melaksanakan aktiviti di sekolah berkenaan, beliau tidak menyerahkan sepenuh tanggungjawab kepada guru penolong kanan

malahan beliau sendiri mengadakan mesyuarat bersama sama guru pelatih dan beberapa orang guru lain dalam usaha memilih aktiviti yang bersesuaian dengan sekolah. Beliau juga mengambil kira tahap kemampuan dan kekangan yang dialami oleh kami sebagai guru pelatih. Maka dengan itu, segala persetujuan dapat dicapai dan pelaksanaan aktiviti dapat dijalankan dengan mudah. Ketiganya adalah berkenaan kecenderungan beliau untuk matlamat

organisasi yang lebih tinggi. Penetapan matlamat ini adalah sangat jelas. Pada setiap kali beliau berucap di hadapan murid murid, beliau sentiasa menyatakan bahawa murid murid di sekolah berkenaan adalah murid murid yang cemerlang dan bijak. Beliau sentiasa menanamkan kata kata ini dalam diri murid murid agar mereka sentiasa berfikiran positif walaupun pada hakikatnya murid di sekolah berkenaan masih wujud lagi yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Beliau juga tidak pernah membezakan murid dari kelas cemerlang dengan murid dari kelas tercorot. Beliau sentiasa menetapkan bahawa dalam setiap ujian yang dilaksanakan pasti wujudnya peningkatan dan bukannya penurunan. Sekiranya berlaku penurunan, beliau akan cuba mengenalpasti murid murid yang lemah dan cuba mengendalikan kelas tambahan buat mereka. Apa yang menariknya adalah, beliau sendiri yang menjadi tenaga pengajar bagi kelas tambahan berkenaan. Beliau juga menyediakan lembaran latihan kepada murid murid yang lemah ini untuk disiapkan pada setiap hujung dan beliau akan mengutip semula lembaran berkenaan pada setiap hari Isnin. Usaha beliau ini menampakkan hasil apabila sekolah berkenaan berjaya memperolehi Anugerah Lonjakan Saujana hasil daripada keputusan UPSR yang lalu. Matlamat beliau ini bukan sahaja terhad kepada bidang kurikulum malahan juga dalam bidang kokurikulum. Beliau cuba menetapkan untuk menjadikan murid sekolah berkenaan sebagai atlet sukan pada peringkat kebangsaan. Walaupun usaha ini masih belum menampakkan hasil namun beliau masih lagi berbangga apabila terdapat murid dari sekolah berkenaan yang berjaya mewakili pasukan daerah dalam acara bola jarring, bola baling, sepak takraw dan lontar peluru. Bagi meningkatkan lagi semangat murid murid ini, beliau telah menaja satu set pakaian sukan bagi setiap murid berkenaan. Melihat kepada keazaman beliau inilah yang menyebabkan sekolah berkenaan sentiasa mendapat bantuan daripada pihak pihak yang berkenaan.

3.3 Teori Transformasi Gaya kepemimpinan yang juga diamalkan oleh guru besar di sekolah berkenaan juga berunsurkan kepada gaya kepemimpinan birokratik dengan mengambil kita teori transformasi. Pemimpin yang mengamalkan teori ini berupaya untuk menggerakkan pengikut pengikutnya untuk bertindak mencapai matlamat tertentu berdasarkan nilai dan motivasi, keperluan dan kehendak, aspirasi dan jangkaan kedua dua pihak iaitu pemimpin dan pengikut. Pemimpin yang mengamalkan teori ini merupakan seorang pemimpin yang sangat bijak dalam memujuk pengikutnya untuk mengikut rentaknya. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, guru besar di sekolah berkenaan sering memotivasikan murid murid dengan kata kata yang positif setiap kali beliau berucap. Perkara yang sama juga dilakukan terhadap guru guru di sekolah. Beliau sering memotivasikan guru guru dengan perkara yang positif. Sebagai contoh, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) ada menganjurkan pertandingan guru inovasi bagi setiap guru di daerah berkenaan. Guru besar di sekolah berkenaan dengan bersemangat menyokong guru guru yang menyertai pertandingan berkenaan. Beliau juga tidak lokek dalam menyumbangkan idea kepada inovasi yang dihasilkan oleh guru guru ini. Walaupun pada awalnya penyertaan pertandingan berkenaan mendapat sambutan yang agak hambar namun setelah mendapat suntikan semangat dari guru besar penyertaan meningkat terhadap pertandingan tadi. Boleh dikatakan hampir kesemua ketua panitia di sekolah berkenaan cuba menghasilkan inovasi untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan. Beliau sendiri hampir hampir ingin menyertai pertandingan yang dianjurkan namun oleh kerana masalah kesihatan beliau terpaksa menangguhkan niatnya itu. Semangat dan nilai motivasi yang cuba disuntik dalam diri guru secara tidak langsung telah berjaya membantu guru guru berkenaan dalam meningkatkan kualiti diri mereka. 3.4 PENUTUP Kesimpulannya, berdasarkan pemerhatian yang telah saya laksanakan semasa menjalani latihan di sekolah berkenaan, guru besar di sekolah berkenaan merupakan seorang pemimpin yang berjaya. Beliau berjaya memikul

tanggaungjawab yang diberikan dengan baik walaupun pada usia yang semakin meningkat. Tiada sebarang halangan yang boleh memyanggah segala usaha yang cuba beliau lakukan demi sekolah berkenaan. Walaupun kadang kala usaha berkenaan hanya dilihat sebagai satu usaha yang kecil namun hasil yang diperolehi adalah satu hasil yang sangat membanggakan. Sikap dan contoh tauladan seperti

inilah yang harus diambil oleh para guru pelatih untuk memulakan kerjaya mereka sebagai seorang guru permulaan. Asam garam dalam dunia pendidikan haruslah dijadikan sebagai satu norma hidup sebelum berjaya mencapai satu kejayaan besar yang diimpikan.

Anda mungkin juga menyukai