Anda di halaman 1dari 14

Bab 7

Pendekatan Islam Hadhari

Pengenalan
Pendekatan baharu dalam memacu agenda pembangunan negara ke arah merealisasikan negara maju berdasarkan acuan sendiri. Diperkenalkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi di Perhimpunan Agung Umno kali ke-55 pada 23 September 2003.

Konsep Islam Hadhari

Makna Hadhari
yang bertamadun atau Islam yang menekankan aspek tamadun
Istilah hadharah keseimbang kemajuan antara aspek material dan spiritual.

Islam Hadhari Islam yang mempunyai sifatsifat kemajuan tamadun yang tinggi yang membei penekanan aspek fizikal dan spiritual Islam Hadhari Menekankan nilai-nilai positif seperti keadilan, keamanan dan berkasih sayang.

Tujuan Islam Hadhari

Menjana kemajuan manusia untuk pembangunan fizikal, spiritual, pembangunan insan, pembangunan ilmu demi kemajuan hidup di dunia dan akhirat. Menjadikan Malaysia sebuah negara Islam contoh mengikut acuan sendiri Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang

Pendekatan Islam Hadhari yang digariskan oleh kerajaan berhasrat membina sebuah negara/masyarakat yang mengikat dua ciri iaitu sebuah negara/masyarakat madani dan umrani. Sebuah negara/masyarakat madani adalah tamadun yang membangun dari segi kemanusiaannya. Negara/masyarakat umrani pula membangun dari segi fizikal atau materialnya.

Islam Hadhari menggabungkan kedua-dua ciri itu. Oleh itu, prinsip Islam Hadhari mengukuh dan memastikan nilai dalam Rukun Negara dan Wawasan 2020 tidak dipinggirkan.

Prinsip Islam Hadhari

Kekuatan pertahanan

Keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi.

Kerajaan adil dan beramanah.

Pemeliharaan alam semula jadi.

Keutuhan budaya dan moral.

10 Prinsip

Rakyat berjiwa merdeka.

Penguasaan ilmu pengetahua n. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif.

Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.

Kehidupan berkualiti.

Pelaksanaan prinsip itu dalam sistem berkerajaan membentuk sebuah negara yang berintegriti. Hal ini kerana jentera pentadbiran akan dipandu dengan penuh tanggungjawab sosial berlandaskan takwa kepada Maha Pencipta. Kesannya adalah suatu hari nanti, Malaysia akan dihormat dan dicontohi di peringkat antarabangsa.

Semua kebaikan bermula dari dalam diri kita. Dalam konteks yang lebih luas ia bermula dari dalam negara itu sendiri.

Oleh itu, pelaburan paling berkesan untuk meningkatkan kebaikan adalah dengan menghayati ajaran agama. Tidak ada kepuasan dan ketenangan paling tinggi dapat dicapai melainkan pendekatan/takwa diri kepada yang Maha Pencipta.
Sebagai insan yang memimpin masyarakat, negara, menjaga alam persekitaran dan sebagainya, manifestasinya adalah satu order antarabangsa yang kondusif dalam pembinaan Hadharah (tamadun).

Bersambung.

Anda mungkin juga menyukai