Anda di halaman 1dari 26

TERAPI BERCERITA

Amir Zulsyazw an Bin Zulkifli 7pismp Pbm I

PENDAHULUAN
suatu aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan peristiwa dengan menggunakan perkataan, imej dan suara. Cerita sering digunakan oleh setiap budaya masyarakat sejak permulaan tamadun sebagai hiburan, pendidikan, pengekalan budaya dan pemupukan nilai-nilai moral. Elemen-elemen penting yang terkandung dalam cerita ialah plot, watak dan perwatakan, pandangan dan nilai-nilai murni.

BERCERITA UNTUK TERAPI


Sebagai suatu teknik dalam pembelajaran, bercerita bermanfaat bagi murid-murid dalam memperkembangkan aspek kognitif, afektif mahupun psikomotor. melalui cerita, murid-murid boleh mendapatkan maklumat tentang fakta, konsep mahupun pengetahuan yang digabungjalinkan dalam sesuatu kisah. Cerita juga menampilkan model-model tingkahlaku yang ditunjukkan oleh para pemegang watak atau tokoh dalam cerita.

KEGUNAAN CERITA UNTUK TERAPI


CERITA MENGGAMBARKAN HIDUP EMOSI DALAMAN

Cerita merangkumi pengalaman emosi. Mereka memberi kanak-kanak perkataan yang diperlukan untuk menyatakan perasaan dan suatu konteks untuk menolong mereka memahami perasaan tersebut. Oleh itu, kanak-kanak tersebut menjadi lebih yakin, kreatif dan cergas sewaktu menghadapi masalah harian.

KEGUNAAN CERITA UNTUK TERAPI


CERITA MENGAJAR PENYELESAIAN MASALAH SECARA KREATIF

Lazimnya setiap cerita mempunyai masalah atau

konflik yang harus diselesaikan.


Cerita membawa pendengar menghayati setiap

langkah untuk menyelesaikan masaalah atau konflik tersebut. Dengan cara yang demikian, cerita mengajar kreatif dan ketabahan.

KEGUNAAN CERITA UNTUK TERAPI


CERITA MENUNJUKKAN TINDAKAN DAN AKIBAT.

Cerita memberikan contoh kegagalan dan

kejayaan, kesedihan dan kegembiraan. Mereka mencerminkan akibat setiap keputusan watak samaada positif atau negatif.
Ini memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak untuk

membuat keputusan positif pada masa kelak

Matlamat
Membolehkan kanak-kanak yang mengalami

pengalaman traumatik memproses pengalaman yang diceritakan.


Supaya kanak-kanak dapat belajar sifat

kepercayaan dan perasaan keselamatan dengan menggunakan prose modeling atau peniruan.

Hanya boleh dicapai di bawah keadaan tanpa

defensif

Kanak-kanak yang mempersepsikan watak cerita

yang berjaya menangani halangan yang serupa akan mendorong keyakinan bahawa kejayaan boleh dicapai dan perubahan positif adalah realistik.

Sensitif
Galakkan kanakkanak reka cerita

Teknik
terapi bercerita

Kreatif

Positif

1. Sensitif

Terapis yang berpengalaman akan menggunakan teknik supaya cerita itu tidak seakan-akan menyamai situasi yang dialami klien.

2. Kreatif

kreatif,semangat dan sepenuh perasaan. Seeloknya pemilihan nada dan bahan sokongan juga perlu ada.

Cerita haruslah disampaikan dengan penuh

3. Positif

dengan peristiwa positif dan kejayaan watak menyelesaikan masalah.

Sentiasa mengakhiri cerita

4. Menggalakkan kanak-kanak mereka cerita

kanak digalakkan untuk mereka cerita serupa dengan tema cerita yang tadi.

Selepas mendengar cerita,kanak-

1. Memilih cerita yang sesuai dengan minat,kebolehan,umur dan pengalaman murid serta objektif pelajarannya.

2. Sebelum sesi bermula, guru harus menghafal isi-isi penting yang terkandung dalam cerita itu.

3. Alat bantu mengajar juga harus disediakan dan diikuti dengan soalan-soalan.

4. Pastikan murid sudah bersedia sebelum memulakan cerita.

5. Guru boleh berdiri atau duduk.

6. Mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi.

7. Pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir.

8. Pastikan suara guru jelas, lantang dan adanya variasi suara.

9. Kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami cerita dengan lebih jelas. 10. Guru boleh menanyakan soalan untuk menggalakkan murid meramal perkembangan cerita yang selanjutnya. 11. Pastikan pemilihan perkataan dan ayat boleh difahami oleh murid. 12. Isi cerita haruslah disampaikan dengan gerak-geri semulajadi. 13. Selepas bercerita,aktiviti susulan harus dijalankan. Cth: soal-jawab

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SESI BERCERITA

1. Perancangan dan Persediaan


Guru bermula memilih tajuk cerita yang sesuai.

Kriteria :
a. Tema : mengandungi nilai moral yang murni. b. Isi : menarik dan perkataan yang dipilih sesuai

dengan pengalaman murid. c. Tempoh : panjang cerita sesuai dengan peruntukan masa.

1. Perancangan dan Persediaan


Selepas cerita dipilih, guru hendaklah:

a. Cuba berlatih menghafaz dan bercerita sendiri

tanpa pendengar. b. Menyediakan alat bantu mengajar semasa bercerita. c. Menyediakan beberapa soalan untuk menguji kefahaman murid.

1. Perancangan dan Persediaan


Sebelum mula bercerita, guru hendaklah:

a. Menyusun tempat duduk murid agar murid dapat

mendengar dan melihat ekspresi guru. b. Tempat bercerita dihias dengan alatan atau gambar yang sesuai.

2. Sesi Bercerita
Dimulakan dengan satu set induksi yang menarik

dan berkaitan. Guru menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian murid. Pastikan setiap murid telah memberi perhatian sepenuhnya. Guru boleh melibatkan murid dalam sesi bercerita dengan menggunakan soalan-soalan membimbing.

3. Penutup
Tujuan: membantu murid mengukuhkan nilai murni

yang diterapkan. Pelbagai aktiviti boleh digunakan. Antaranya: a. Menyoal murid-murid tentang isi cerita yang disampaikan. b. Menyuruh murid mengulang isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri.

3. Penutup
c. Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai

murni yang terkandung dalam isi cerita. d. Membimbing murid berlakon berdasarkan isi cerita yang telah disampaikan. e. Menyuruh murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telah didengar.

Anda mungkin juga menyukai