Anda di halaman 1dari 28

EDUP3043

7. INTERVENSI DALAM
MENANGANI TINGKAH LAKU
BERMASALAH

iii. Terapi Bermain


iv. Terapi Bercerita

Oleh;
Dr. Mashira binti Yahaya
Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru
Kampus Darulaman
TERAPI

Video tera
pi

2
Definisi Terapi

• Menurut kamus perubatan Mosby


(2001), terapi didefinisikan sebagai
rawatan pemulihan ke atas pesakit yang
pernah menghidapi sebarang penyakit
dengan tujuan mengembalikan fungsi
badan secara normal.
Definisi Terapi

• Dalam konteks pendidikan, terapi


merupakan satu bentuk terapi yang
menggunakan kaedah bermain
untuk membantu kanak-kanak
meluahkan cabaran psikososial
yang dihadapi.
TERAPI BERMAIN

Bermain merupakan cara yang terbaik


kepada murid-murid untuk belajar tentang
persekitaran,
- . memahami tugas dan
tanggungjawab, meluahkan perasaan dan
emosi, mengembangkan kemahiran fizikal,
mental dan memupuk kemahiran bersosial
serta membina hubungan.

5
TERAPI BERMAIN

Pelajar akan dapat belajar berkomunikasi


dengan orang lain, meluahkan perasaan,
mengubah kelakuan dan membina
kemahiran penyelesaian masalah

6
TERAPI BERMAIN
- Bermain yang dilakukan secara spontan bertujuan
untuk mendapat kepuasan, keseronokan dan
kegembiraan bersama murid-murid lain.

- Hal ini akan membaiki kemahiran sosial seperti


hubungan dengan murid-murid lain, belajar
menguruskan kumpulan dan bermain ikut aturan.

- Murid-murid akan banyak menggunakan imaginasi


dan berfantasi semasa bermain.
7
TERAPI BERMAIN

• Murid-murid akan meneroka alam dengan


perasaan dan fikiran mereka. Hal ini akan
menggalakkan murid-murid menyatakan
pemikiran dan perasaannya. Guru akan
menganalisis perkara-perkara yang berlaku
dalam hidup murid tersebut.

8
CONTOH TERAPI BERMAIN

9
TERAPI BERCERITA

• Terapi bercerita ialah suatu aktiviti


yang digunakan untuk menyampaikan
peristiwa dengan perkataan, imej dan
suara.

• Elemen-elemen penting yang


terkandung dalam cerita ialah plot,
watak-watak serta pandangan dan
nilai-nilai murni.
TERAPI BERCERITA
- Semasa murid menyampaikan cerita, murid akan berkongsi maklumat penting
tentang diri, keluarga dan rakan-rakan dan secara tidak langsung akan
meluahkan perasaan emosi yang terpendam.

- Keadaan ini akan memberi peluang kepada guru untuk menganalisis dan
memahami konflik dalam diri muridnya serta hubungan dalam keluarga murid
tersebut.

- Cerita yang menggambarkan tingkah laku bermasalah yang dialami, punca


dan akibat daripada tingkah laku tersebut sekiranya diceritakan dengan
berkesan akan dapat membantu murid yang bertingkah laku bermasalah ini
menyedari masalah tersebut.

- Seterusnya membantu murid ini mengubah tingkah laku berdasarkan tindakan


yang dicadangkan dalam cerita tersebut.
•  
11
TEKNIK MELAKSANAKAN
TERAPI BERCERITA

1. Guru perlu mencari sumber yang berkaitan


dalam masalah yang sedang dihadapi atau
pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh
murid kerana murid yang bermasalah
kadang-kadang sukar untuk meluahkan
perasaan mereka secara terbuka kepada
guru atau kaunselor.
TEKNIK MELAKSANAKAN
TERAPI BERCERITA

2. Berdasarkan sumber tersebut, guru perlu


mereka dan mencipta jalan cerita yang
sesuai supaya berkaitan dan sesuai dengan
masalah yang dihadapi.
TEKNIK MELAKSANAKAN
TERAPI BERCERITA

3. Jika murid masih malu atau tiada


keyakinan untuk bercerita kepada
kaunselor, guru perlulah
menyatakan pengakhiran cerita yang
baik yang boleh dijadikan panduan
dan pengajaran kepada murid
tersebut.
TEKNIK MELAKSANAKAN
TERAPI BERCERITA
4. Murid-murid akan diminta berkumpul
membentuk bulatan atau sebagainya. Semasa
proses penyampaian, sesi soal jawab akan
berlaku antara murid dengan guru.

• Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru untuk


menyediakan suasana pembelajaran sosial
yang sihat dan positif dalam kalangan murid-
murid.
TERAPI BERCERITA

• Kegunaan cerita untuk terapi ialah


cerita menggambarkan hidup emosi
dalaman.

• Dengan mendengar cerita, kanak-


kanak menjadi lebih yakin, kreatif dan
cergas sewaktu menghadapi masalah
harian.
TERAPI BERCERITA

• Bercerita dengan cara yang berkesan atau


melibatkan secara keseluruhan minda,
deria dan emosi pendengar.

• Kesannya, pendengar lebih bersedia untuk


menghadapi situasi yang serupa dalam
kehidupannya.
TERAPI BERCERITA
• Cerita dapat mengajar cara penyelesaian masalah
secara kreatif.

• Lazimnya, cerita mengandungi masalah atau


konflik yang harus diselesaikan.

• Cerita membawa pendengar menghayati setiap


langkah untuk menyelesaikan masalah konflik
tersebut.

• Cara ini mengajar kanak-kanak lebih kreatif, pintar


akal dan ketabahan.
TERAPI BERCERITA
• Cerita juga menunjukkan tindakan
dan akibat.

• Cerita memberi contoh kegagalan


dan kejayaan, kesedihan dan
kegembiraan.

• Mereka mencerminkan akibat


setiap keputusan watak, sama ada
positif atau negatif.
TERAPI BERCERITA
• Cerita juga mencerminkan keadaan manusia
yang universal.

• Melalui peristiwa yang distruktur secara


emosi, cerita memberi persepsi dalam emosi
pendengar dan pengalamannya, dan
mengingatkan pendengar walaupun wujud
perbezaan antara satu sama lain, semua
manusia menghadapi rintangan hidup yang
sama.
TERAPI BERCERITA

• Tujuan bercerita yang lain juga ialah


untuk menerapkan nilai murni,
pengajaran dan unsur-unsur teladan
yang baik kepada murid.

• Seorang pencerita hendaklah bijak


membuat pemilihan jalan cerita
supaya kanak-kanak dapat dipupuk
dengan nilai-nilai yang positif.
CONTOH CERITA

22
CIRI-CIRI CERITA
• Jalan cerita yang baik untuk kanak-kanak
adalah cerita yang ringkas.

• Mudah difahami.

• Menarik.

• Menggunakan bahasa yang sesuai.

• Mempunyai nilai moral yang tinggi


supaya murid dapat menghayati
pengajaran yang ingin disampaikan pada
akhir sesi bercerita.
CIRI-CIRI CERITA

• Nilai-nilai murni boleh


diserapkan secara
langsung dan juga tidak
langsung.
KELEBIHAN TEKNIK TERAPI
BERCERITA

1. Murid dapat menambah keyakinan diri


untuk mengekspresikan perasaan dan
idea di mana pendekatan ini memerlukan
penglibatan murid secara aktif.
KELEBIHAN TEKNIK TERAPI BERCERITA

2. Murid juga dapat meluahkan


perasaan dan idea mereka dengan
cara yang sihat di mana mereka tidak
perlu bergaduh, menjerit atau
merosakkan harta benda jika mereka
berhadapan dengan masalah.
KESIMPULAN
• Nilai-nilai moral terkandung dalam cerita.

• Menerapkan motivasi intrinsik kepada kanak-


kanak yang suka mendengar cerita.

• Dengan terapi bercerita, mereka dapat


mengaitkan diri mereka dalam cerita tersebut
dan sekali gus menyelesaikan masalah dengan
bimbingan dan pendapat guru dan kawan-
kawan.
TERIMA KASIH

28

Anda mungkin juga menyukai