Anda di halaman 1dari 25

KUMPULAN 3

KOMATHI A/P KRISNAN


NGU KEH HEE
PUNGKODI A/P KRISHNAMANI
PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI

IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI
TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI
IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
1. Bantu pelajar menilai permasalahan yang mereka sedang dan akan
hadapi.

Bincang secara terbuka dengan murid tentang permasalahan emosi
mereka seperti perasaan cemburu terhadap adik-beradik dan rakan,
ejekan, prejudis, pilih kasih, terpinggir dan lain-lain

2. Bantu pelajar menilai berdasarkan perspektif orang lain.

Minta murid terangkan perasaan/perspektif orang lain terhadap sesuatu
isu/situasi.
Buat simulasi atau main peranan. Pelajar membawa peranan yang lain
dari watak dirinya supaya dapat memahami dan menilai orang lain.

3. Bantu murid membuat hubung kait antara nilai yang dinyatakan dengan
tingkah laku yang dibuat.

Beri kesedaran kepada murid tentang ketidakseragaman antara tingkah laku
mereka dengan nilai yang mereka sebut.

4. Pastikan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid saling
mendengar antara satu sama lain.

Dalam aktiviti kumpulan atau semasa pembentangan, pastikan murid-murid
lain mendengar jawapan dan hujah rakan yang membentang.
Beri peneguhan kepada mereka yang menjadi pendengar yang baik.

5. Pastikan kelas menunjukkan kesedaran dan keprihatinan terhadap isu-isu
moral dan nilai-nilai sejagat.

Bincangkan dan buat tindakan terhadap isu-isu semasa yang melibatkan nilai-
nilai moral dan emosi.
Pastikan keadilan dan layanan sama rata kepada semua murid dalam kelas.
Pastikan murid dapat membezakan antara undang-undang yang menjaga
keselamatan dengan undang-undang yang melibatkan nilai-nilai moral.
IMPLIKASI ASPEK PENDEKATAN, STRATEGI & KAEDAH
1. Mengelolakan banyak
aktiviti berkumpulan

2. Amal sikap kepimpinan
demokratik


3. Menggunakan teknik
menyoal

4. Menggunakan strategi
memusatkan murid
Dapat memberi banyak peluang kepada
murid-murid berinteraksi antara satu
sama lain.
Contoh : Aktiviti pengayaan, pemulihan,
lakonan, pertandingan, atau kerja projek.
Murid akan melibatkan diri secara aktif
dengan memberi tindak balas, demi
mewujudkan interaksi dua hala yang sihat
di antara guru dan murid.
Guru boleh mewujudkan interaksi 2
hala dan membawa suasana sosioemosi
yang sihat, mesra dan harmonis antara
guru dengan murid-muridnya.

Digunakan bagi melibatkan murid secara
aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka
dan interaksi antara murid akan dibentuk
secara tidak langsung.
Kaedah perbincangan dan kaedah
penyelesaian masalah boleh digunakan.

5. Menggunakan banyak alat
bantu mengajar


6. Mewujudkan suasana
interaksi yang kondusif
dalam bilik darjah


7. Membantu murid
bermasalah


8. Gunakan ganjaran
sebagai galakan dan
motivasi pembelajaran

Dapat menarik perhatian murid-murid
serta menimbulkan minat mereka untuk
belajar.
Dapat membentuk interaksi.
Mengadakan sesi kaunseling kepada
murid-murid yang mempunyai masalah
supaya dapat membantu mereka
mengatasi masalah tersebut.
Iaitu dengan menyusun keadaan
fizikalnya seperti menyusun tempat
duduk murid-murid mengikut bentuk
kumpulan.
Elakkan hukuman dan gunakan
bimbingan yang wajar untuk murid-
murid.

9. Mengajar dengan sikap
penyayang


Bertujuan merapatkan hubungan guru
dengan murid.
Murid digalakkan mengemukakan
soalan, termasuk soalan masalah peribadi
dengan harapan dapat diselesaikan oleh
guru yang disayangi oleh mereka.

Percakapan guru harus boleh
menggalakkan murid mengemukakan
pendapat mereka.
Menggunakan teknik memuji atau
menerima pendapat murid-murid dengan
hati terbuka.
10. Menggunakan
percakapan yang sesuai
PERINGKAT
UMUR
CADANGAN AKTIVITI BBM
0-3 bulan Ibu bapa/penjaga dicadangkan kerap memeluk bayi
kerana keadaan akan dapat menimbulkan rasa selesa dan
selamat pada bayi dan secara tidak langsung akan membantu
perkembangan emosi yang sihat.
Memandang ke arah bayi dengan penuh kasih sayang.
Menyentuh bayi dengan lembut dan membuat urutan pada
badan bayi.


3-6 bulan Memandang ke arah bayi dengan penuh kasih sayang.
Respon kepada bunyi yang dikeluarkan oleh bayi dan
bercakap-cakap dengan bayi.
Mengangkat atau memeluk bayi yang menangis dan
memberikan sentuhan yang lembut pada bayi. Jika tangisan
berlarutan, cuba tepuk dan usap belakangnya.
Bayi akan menunjukkan reaksi apabila ditunjukkan wajahnya
di hapadan cermin.
CADANGAN AKTIVITI MENGIKUT PERINGKAT UMUR
6-9 bulan Sesetengah bayi sudah mampu memegang objek tertentu di
tangannya. Pada masa inilah, bayi akan suka memegang barang
mainan seperti anak patung dan bola yang lembut.
Berikan barang mainan yang berbunyi apabila ditekan kerana
bayi akan menunjukkan perasaan gembira atau takut apabila
mendengar bunyi tersebut.
Banyakkan bermain dan bercakap dengan bayi pada tahap ini.
Contohnya seperti, mencium jari bayi dan tangan kedua-dua
bayi ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa
gembira.
9-12 bulan Pada tahap ini kanak-kanak gemar mendengar dan melihat
buku cerita yang berwarna warni. Apabila membaca buku
cerita, anda digalakkan membuat mimik muka bagi
menunjukkan perasaan samada sedih, gembira atau
terperanjat. Kanak-kanak pada tahap ini sudah mula
memahami mimik muka anda.
Berikan bayi permainan yang mempunyai pelbagai saiz dan
bentuk. Sebenarnya pada tahap ini sudah dapat menilai dan
membezakan saiz objek walaupun berada pada jarak yang jauh
dan telah dapat menggunakan daya ingatan bagi
mengaplikasikan mimik muka bagi mewakili emosinya.
1-3 tahun Bawa kanak-kanak melawat kawasan persekitaran tempat jagaan.
Galakkan kanak-kanak pada tahap ini berkongsi permainan dengan
kanak-kanak lain.
Perkenalkan kepada kanak-kanak lain.
Dedahkan mereka kepada aktivti seperti menari atau mendengar
lagu. Nyanyikan
3-4 tahun Sediakan permaianan olok-olok seperti berlagak sebagai doktor atau
ayah ibu.
Galakkan kanak-kanak bermain permainan blok-blok. Permaianan ini
akan member hiburan berjam-jam kerana mengambil masa yang lama
untuk mereka bentuk apa saja keinginan mereka seperti rumah, kereta
dan sebagainya.
Berikanlah kata-kata pujian, pelukan, ciuman, hadiah atau senyuman
setiap kali kanak-kanak tersebut menunjukkan kebajikan.
Lakukan aktivti nyanyian dalam pelbagai bahasa dengan kanak-kanak
tersebut.
Kanak-kanak akan muah mengikut dan menghafal walaupun tidak
memahami.

Peringkat
Umur
Cadangan Aktiviti Alat Bantu
Mengajar
(ABM)
4-8 tahun Menyanyi Laptop,
speaker, LCD,
alat muzik
8-10 tahun Main peranan Kostum.
Boneka,
laptop,
speaker
11-12 tahun Lawatan, mencerita penamat untuk sebuah cerita _
OBJEKTIF

Melatih kanak kanak supaya mempunyai keyakinan diri.
Mengikis sifat malu dan sikap rendah diri dalam diri kanak-
kanak.
Melahirkan emosi gembira melalui aktiviti nyanyian.


Mengajar kanak kanak supaya pandai bergaul dalam
masyarakat.
Memupuk sifat kepimpinan dalam diri kanak-kanak.
Mengenalpasti makna emosi positif dan negatif.




Menyanyi
Main peranan/ Berlakon

Menarik minat murid-murid untuk belajar
melalui program lawatan sambil belajar.
Menimbulkan suasana yang seronok dalam
kalangan murid-murid semasa belajar.
Membina daya pemikiran yang kreatif dalam
diri murid-murid.
Lawatan, mencerita penamat untuk sebuah cerita
BAHAN BANTU MENGAJAR
Dibahagikan kepada 3 kategori:

a) BBM bukan elektronik

BBM bukan elektronik seperti buku rujukan, papan
pengajaran, gambar, grafik, model, surat khabar, lukisan,
majalah, risalah, kad imbasan, kad cantuman, peta, glob,
boneka, bahan-bahan permainan seperti sahibba,carta
dan sebagainya

b) BBM berbentuk elektronik

Contohnya: Filem tayangan, filem jalur, filem slaid,
projektor LCD, pita video, pita rakaman, piring hitam, kad
audio, lutsinar OHP, TV, cakera padat audio, komputer,
internet dan disket komputer.









c) Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar
daripada alam sekitar

Contohnya: Lakonan, pantomin, lawatan, projek
pameran dan sebagainya.


Bahan bantu mengajar yang terlibat dalam sesuatu
aktiviti ialah:

Alatan muzik
Gitar, seruling dan lain-lain.
Alatan sukan
Bola, gelung rotan, tali dan lain-lain.
Alatan permainan
Congkak, dam, catur dan lain-lain.
KESAN MENGGUNAKAN ALAT BANTU
MENGAJAR DALAM P&P
Pelajar akan dapat memahami sesuatu konsep, fakta atau idea
dengan lebih jelas.
Pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar akan dapat terus mengikuti setiap perkembangan
proses pengajaran yang dijalankan.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dipelbagaikan.
Pelajar menaruhkan keyakinan terhadap pengajaran guru.
Aktiviti pembelajaran akan lebih menarik.
Konsep, fakta dan idea yang diterima akan lebih kekal dalam
ingatan.
Menggalakkan penglibatan pelajar di dalam bilik darjah.
Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur.



Aktiviti 1 (Menyanyi)
Melahirkan ekspresi gembira dalam diri murid.
Melatih murid supaya dapat bersosial dengan baik bersama rakan-
rakan.

Aktiviti 2 (Menyanyi dan menari)
Melahirkan sifat kreativiti dalam diri murid.
Meningkatkan keyakinan diri murid di hadapan khalayak ramai.

Aktiviti 3 (Menyanyi dan berlakon dengan menggunakan topeng)
Mengenalpasti haiwan dan bunyi haiwan.
Melatih murid dengan kemahiran bersosial melalui aktiviti simulasi.



AKTIVITI P&P
KONSEP MOTIVASI
Keadaan dalaman yang merangsang, mengarah
dan mengekalkan tingkah laku.
Satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk
melakukan sesuatu tindakan demi mencapai
matlamat.
Seseorang yang mempunyai motivasi bermakna
telah memperoleh kekuatan untuk mencapai
kecemerlangan dan kejayaan dalam kehidupan.
JENIS MOTIVASI
MOTIVASI
INTRINSIK
MOTIVASI
EKSTRINSIK
MOTIVASI INTRINSIK
MAKSUD : Dorongan dan minat yang terdapat pada diri
seseorang pelajar untuk melakukan sesuatu
tanpa mengambil kira ganjarannya.

Motivasi yang berkait dengan aktiviti yang merupakan
ganjaran tersendiri .
(berpunca daripada gerakan dalaman)

CONTOH : Saya gemar melukis atau berkarya. Saya mungkin
tidak mahir dan walaupun saya tidak pernah
diberikan pengiktirafan daripada mana-mana
pihak, saya masih gemar dan berasa seronok
melaksanakan kegemaran saya.


MOTIVASI EKSTRINSIK
MAKSUD : Faktor luaran seperti ganjaran dan dendaan.
Punca motivasi wujud daripada persekitaran.
(Pujian, hadiah, markah, gred, wang, pengiktirafan)

Seseorang itu mungkin tidak begitu berminat dalam aktiviti
tersebut, tetapi lebih menggemari tentang keuntungan yang
diperoleh daripadanya.

CONTOH : Keinginan untuk memperoleh A memotivasikan
seseorang untuk belajar atau keinginan untuk
mendapat ganjaran dalam bentuk lawatan ke luar
negeri menggalakkan seseorang untuk hadir
bersama untuk melaksanakan tugasan yang
diberikan majikan.
CONTOH MOTIVASI
Membantu pelajar menilai permasalahan yang mereka
sedang akan hadapi.
Membantu pelajar manilai berdasarkan perspektif orang
lain.
Membantu murid membuat hubungkait antara nilai yang
dinyatakan dengan tingkahlaku yang dibuat.
Memastikan semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran murid saling mendengar antara satu sama
lain.
Memastikan murid menunjukkan kesedaran dan
keprihatinan terhadap isu-isu moral dan nilai-nilai
sejagat.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai