Anda di halaman 1dari 10

1.

PENGENALAN

Peningkatan kualiti akademik telah dikenal pasti sebagai satu cara utama dalam
usaha 1menjadikan sesebuah negara untuk maju kehadapan. Oleh itu, status
pendidikan

adalah

antara

faktor

mengapa

kebanyakan

individu

begitu

menitikberatkan tentang kelangsungan pembelajaran mereka. Pembelajaran


akan mempengaruhi status seseorang individu dalam bidang pekerjaan dan lainlain. Tetapi dalam bidang pembelajaran terdapat antara dalam kalangan pelajar
yang kebarangkalian yang terlibat dengan plagiat samaada secara langsung
atau secara tidak langsung. Sehubungan dengan itu,dalam konteks penulisan
akademik,gejala

plagiat

harus

diambil

kira

kerana

gejala

inilah

yang

membantutkan peningkatan kualiti akademik.

2.0DEFINISI PLAGIARISM
Menurut

kamus

dewan

Edisi

ke-2,

plagiat

atau

plagiarism

bermaksud

pengambilan hasil pengkaji lain tanpa kebenaran bertulis. Plagiat dalam bahasa
mudahnya adalah mencedok karya atau tulisan orang lain yang akan disiarkan
kembali sebagai karyanya sendiri. Plagiat ini merupakan penipuan akademik
yang berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri. Plagiat ini berasal daripada
perkataan Latin iaitu plagiarius yang membawa maksud sebagai penculik atau
perompak. Kegiatan ini berlaku dalam penulisan akademik seperti penulisan
tesis, kertas kerja, tugasan dan hasil kajian dengan meniru keseluruhan atau
sebahagian daripada hasil kerja orang lain tanpa merujuk sumber rujukan yang
asal serta mengaku sebagai hasil kerja sendiri sedangkan pada hakikatnya
golongan ini sebenarnya mempersembahkan perkataan atau idea hasil kajian
pengkaji lain.2

1 Ariedd Salleh Rosman, Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap Plagiarism,
Jurnal Teknologi, Johor: Universiti Teknologi Malaysia, 2008, hlm. 2.

2 Wan Zah Wan Ali & Habsah Ismail, Plagiat, Teknologi, Johor: UTM Press, 2012, hlm. 5.

Page 1
SEJARAH ( AJ20403 )

TATACARA PENYELIDIKAN DAN PENULISAN

3.0MENGAPA KELAKUAN PLAGIAT INI DIANGGAP KETERLALUAN DAN


BURUK
Plagiat sinonim dengan golongan pelajar universiti. Hal ini kerana mereka adalah
golongan yang menghasilkan kerja berbentuk ilmiah yang merujuk kepada buku
dan juga jurnal yang telah diterbitkan oleh penulis atau pengkaji sebelumnya.
Bagi sesetengah Sarjana, mereka mengklasifikan bahawa plagiat ini adalah
sebagai satu Dosa Besar kerana melanggar hak moral seseorang pengarang
tersebut.3 Pensyarah Sejarah Fakulti Kemanusiaan Seni Dan Warisan, Encik Eko
Prayitno Joko berkata bahawa plagiat dapat diertikan sebagai

Kecurangan

dalam konteks akademik. Antara kerja individu yang boleh di anggap sebagai
plagiat adalah apabila idea seseorang diambil kata demi kata dari artikel atau
buku yang telah pun diterbitkan.
Selain

itu,

Idea

seseorang

diambil

ketika

perbincangan

samaada

persidangan forum atau ceramah tanpa meminta kebenaran kepada individu


tersebut.Data,diagram,jadual dan foto atau apa saja bahan ilustrasi yang berasal
dari orang lain tetapi diambil dan digunakan seolah-olah seperti kepunyaan
sendiri. Selain itu,Meniru tugasan orang lain tanpa pengetahuan atau dengan
pengetahuannya dan juga copy paste maklumat daripada laman web.4 Oleh
itu,Kegiatan ini telah diambil serius oleh pihak kerajaan Malaysia khususnya
kerana melanggar Undang-Undang Malaysia sehinggakan Kerajaan mewujudkan
Akta Hak Cipta 1987. Hak Cipta bagi seseorang individu dapat dilindungi di
bawah Seksyen 25(2) dan Seksyen 43 yang mana telah memperuntukkan
hukuman:5
3 Mohd Sidin Ahmad Ishak, Ketrampilan Menulis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999,
hlm. 82.

4 Ariedd Salleh Rosman, op.cit, hlm. 20.

5 Malaysia, Akta Hak Cipta 1987: Akta 332, 1999, hlm. 20.

Page 2
SEJARAH ( AJ20403 )

TATACARA PENYELIDIKAN DAN PENULISAN

mana-mana orang yang melakukan kesalahan dibawah Akta ini atau manamana peraturan yang dibuat di bawahnya yang baginya tiada penalti khas
diperuntukkan,apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi dua
puluh lima ribu ringgit atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun
atau kedua-duanya.

4.0CONTOH-CONTOH PLAGIAT YANG KONKRIT.


James A.Mackay,seorang ahli sejarah Scotland,dipaksa menarik kembali semua
buku biografi Alexander Graham Bell yang ditulisnya pada tahun 1998 kerana dia
menyalin dari sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 1973. Dia juga dituduh
melakukan plagiat kepada biografi Mary Queen Of Scots,Andrew Chanegie dan
Sir William Wallace. Pada tahun 1999 dia juga menarik kembali buku biografi
John Paul Jones tulisannya dengan alasan yang sama. 6
Ahli Sejarah Stephen Ambrose dikritik kerana mengambil banyak ayat
daripada karya penulis-penulis lain. Dia dituduh buat pertama kalinya pada
tahun 2002 oleh dua penulis kerana menyalin sebahagian fakta mengenai
juruterbang pesawat pengebom dalam perang dunia 11 dari buku karya Thomas
Childers The Wings Of Morning ke dalam bukunya iaitu The Wild Blue. 7
Plagiat juga turut berlaku dalam penulisan cerpen berjudul Mimpi Syahwal
oleh Salina Ibrahim dalam naskah Al-Islam pada tahun 2002 yang ditiru oleh
Noraini Beran menggunakan judul yang sama tetapi diterbitkan oleh naskah
Dewan Siswa pada tahun 2003.8
6 Mohd Sidin Ahmad Ishak, op.cit, hlm. 88.

7 Mohd Sidin Ahmad Ishak, op.cit, hlm. 88.

8 Mohd Sidin Ahmad Ishak, op.cit, hlm. 88.

Page 3
SEJARAH ( AJ20403 )

TATACARA PENYELIDIKAN DAN PENULISAN

5.0FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PLAGIAT


5.1

Tidak Ada Kesedaran Tentang Masalah Plagiat

Hampir keseluruhan universiti mengalami masalah plagiat dalam kalangan


pelajar mereka. Antara faktor masalah plagiat adalah disebabkan kurangnya
kesedaran dalam kalangan mahasiswa tentang kesan plagiat tersebut kepada
hasil kerja mereka. Hal ini berlaku dalam kalangan pelajar universiti kerana
mereka tidak tahu akan implikasi negatif yang akan mempengaruhi hasil kerja
mereka dan lebih teruk lagi apabila ada di antara mereka yang mengganggap
plagiat

ini

sebagai

suatu

masalah

yang

tidak

serius

serta

kurangnya

pengetahuan tentang peraturan-peraturan dan pengawalan pihak pengajian


tinggi tentang salah laku plagiat dalam kalangan penuntut universiti. 9
5.2Sikap Peribadi
Sikap peribadi merupakan perkara yang menyumbang kepada kesalahan plagiat
kerana sesetengah pelajar amat gemar menyiapkan kerja pada saat-saat akhir
kerana mereka lebih suka membuang masa dan malas untuk menyiapkan terus
tugasan yang diberikan. Selain itu, mereka juga tidak berminat untuk belajar
atau tidak berminat dengan topik tugasan yang diberikan. Hal ini menyebabkan,
mereka menggunakan jalan mudah untuk menyiapkan kerja mereka dengan cara
plagiat.10
5.3Kemudahan Internet
Antara hal yang mendorong kepada masalah plagiat adalah disebabkan oleh
meluasnya penggunaan kemudahan Internet. Hal ini kerana amat mudah bagi
mereka untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang ingin

9 Karen Kow Yip Cheng, Kesan dan Faktor Plagiat, Berita Harian, 22 Mei 2009.
10 Lee Cuba & John Cocking, How To Write About The Social Science, England: Longman Malaysia,
1993, hlm. 6.

Page 4
SEJARAH ( AJ20403 )

TATACARA PENYELIDIKAN DAN PENULISAN

mereka siapkan.

11

Mereka tidak perlu datang ke perpustakaan untuk mencari dan

meminjam buku yang berkaitan dengan tugasan mereka. Oleh itu, jika mereka
menemui maklumat di laman sesawang,dengan mudahnya mereka akan
menyalin maklumat tersebut keseluruhan tanpa mengubah ayat-ayat maklumat
tersebut (copy paste) kerana cara tersebut mudah dan juga cepat. Selain itu,
dengan cara mencari dan memuat turun maklumat dari laman sesawang adalah
mudah dan tidak perlu menyiapkan tugasan menggunakan usaha mental.

12

5.4Keyakinan Diri
Keyakinan diri juga menjadi pendorong mengapa sesetengah pelajar menyiapkan
kerja dengan cara plagiat. Hal ini kerana, sebahagian daripada mereka masih
ada yang tidak berkeyakinan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan
baik dan lemah dalam bidang penulisan dan juga pengolahan ayat. Selain
itu,tidak memahami artikel yang berkaitan dengan tugasan dalam bahasa
Inggeris dan sukar untuk mengolah ayat dalam bahasa Inggeris juga mendorong
kepada masalah plagiat.

13

5.5Tekanan
Tekanan yang dimaksudkan mendorong kepada masalah plagiat adalah tekanan
daripada orang sekeliling dan juga persekitaran mereka. Tekanan merujuk
kepada tekanan yang dihadapi akibat daripada kelemahan pengurusan masa
menyebabkan masa tidak mencukupi untuk menyiapkan tugasan kerana masa
yang ada cukup terhad kerana mereka mempunyai banyak tugasan yang pelu
disiapkan pada waktu yang sama. 14 Sesetengah pelajar juga tidak memahami
11 Lee Cuba & John Cocking, op.cit, hlm. 7.

12 Lee Cuba & John Cocking, op.cit, hlm. 8.

13 Doris D, Plagiarism in High School, English Journal: 75(2), England: Longman Malaysia, 1998,
Hlm. 6.

14 Ibid., hlm. 7.

Page 5
SEJARAH ( AJ20403 )

TATACARA PENYELIDIKAN DAN PENULISAN

kehendak soalan yang diminta di dalam tugasan mereka. Selain itu, boleh jadi
juga tekanan yang dialami disebabkan oleh harapan yang tinggi datangnya
daripada ibubapa. Apabila mereka merasakan mereka tidak mampu untuk
menyiapkan kerja dengan baik, hal ini akan mendorong mereka terjerumus ke
arah masalah plagiat.
5.6Pelajar Kurang Mahir Mencari Maklumat
Bagi Kebanyakan pelajar mereka akan menghadapi kesulitan untuk menyiapkan
tugasan mereka kerana mereka agar kurang mahir mencari maklumat di
perpustakaan universiti disebabkan buku yang terlalu banyak. 15 Oleh itu, mereka
menggunakan jalan pintas untuk mendapatkan maklumat dengan cara mencari
maklumat tersebut di laman sesawang dan menyalin serta merta maklumat
tersebut. Situasi ini menyebabkan berlakunya plagiat dalam kalangan pelajar.
Pihak universiti atau kolej harus mendedahkan kemahiran mencari maklumat
kepada pelajar supaya mereka mendapat fakta yang tepat dan betul. Dengan
cara ini pihak universiti atau kolej akan dapat melahirkan mahasiswi dan
mahasiswa yang lebih kreatif dan berkualiti.

6.0KESAN-KESAN PLAGIAT
6.1

Mencemarkan Imej Institusi Pengajian

Masalah plagiat ini akan menyebabkan Institusi pengajian mengalami masalah


persepsi pihak luar terhadap sesebuah institusi tersebut. Hal ini kerana,
bagaimana seseorang yang menuntut di sesebuah institusi boleh diiktiraf
sedangkan hasil kerja ilmiah yang dihasilkan tersebut adalah plagiat dan hasil
kerja orang lain.16 Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan Prestasi dan
kebolehan sesebuah institusi tersebut diragui oleh pihak lain.

15 Ariedd Salleh Rosman, op.cit, hlm. 25.

Page 6
SEJARAH ( AJ20403 )

TATACARA PENYELIDIKAN DAN PENULISAN

6.2Menghasilkan Karya Dan Sumber Rujukan Yang Tidak Berkualiti.


Masalah plagiat ini akan menyebabkan karya yang dihasilkan tidak berkualiti dan
maklumat yang digunakan tidak sahih serta tidak boleh dipercayai. Hal ini
menyebabkan kebanyakan hasil karya juga tidak berkembang dari segi kualiti
pengetahuan atau kajian yang dihasilkan dan menyebabkan tidak banyak
pembaharuan ilmiah yang dapat dilakukan. Secara tidak langsung karya yang
dihasilkan juga tidak mempunyai kualiti yang baik dan akan menyebabkan
terciptanya kajian,pengetahuan ataupun makluamt yang salah berkaitan dengan
ilmu pengetahuan.17
6.3Pengetahuan Tidak Berkembang Dengan Baik
Masalah ini akan menjerumuskan kepada pengetahuan yang tidak mampu
berkembang dengan baik. Malah pengetahuan itu juga tidak boleh diguna pakai
dalam bidang pembelajaran atau rujukan. 18 Hal ini kerana kajian dan ilmu yang
dijadikan rujukan juga tidak mampu mengangkat nilai atau kandungan ilmu yang
baik dan memberi sumbangan dan juga manfaat kepada orang lain.

6.4Menjejaskan Integriti Akademik


Plagiat

juga

boleh

berlaku

apabila

ada

diantara

ahli

akademik

yang

menggunakan hasil penyelidikan orang lain dan mengatakan hasil penyelidikan


tersebut adalah hasil kerjanya. Hal ini akan menyebabkan ahli akademik itu juga
diragui kebolehan dan kewibawaannya dalam menghasilkan sesuatu tugasan
atau penyelidikan.19
16 Mohd Sidin Ahmad Ishak, op.cit, hlm. 93.

17 Kamalia Abdullah, Ways to Tackle Plagiarism, New Straits Times, 22 November 2011.

18 Mohd Sidin Ahmad Ishak, op.cit, hlm. 94.

19 Plagiat, http://www.ukessays.com/essays/education/plagiarisme-bukanlah-satu-isu-yangbaharu.php, Di akses pada 20 Mac 2015.

Page 7
SEJARAH ( AJ20403 )

TATACARA PENYELIDIKAN DAN PENULISAN

7.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PLAGIAT


7.1 Diri Sendiri
Bagi mengatasi masalah ini pelajar perlu merujuk serta berbincang terlebih
dahulu dengan pensyarah atau rakan-rakan mengenai penulisan yang ingin
dilaksanakan. Sebagai seorang pelajar juga mereka perlu bijak merancang
penulisan dengan membuat rangka atau menyatakan Thesis Statement agar
dapat membantu penulis untuk menjadi lebih jelas dengan topik penulisan
akademiknya dan mengelakkan tugasan kerja disiapkan pada saat akhir. 20
Selain itu,bagi mengatasi masalah plagiat ini apabila pelajar merujuk
sesuatu sumber mereka perlu menyatakan sumber suatu maklumat tersebut
atau pernyataaan bagi mengelakkan dari melakukan plagiat. Apabila maklumat
tersebu dirujuk dengan seorang individu. Individu tersebut perlu dinyatakan
sebagai sumber kepada maklumat tersebut. Di samping itu, pelajar perlu
menyatakan

maklumat

yang

diperoleh

menggunakan

menganalisis serta menilai semula sumber yang diperolehi.

21

ayat

sendiri

dan

Antara penggunaan

sumber rujukan adalah seperti menggunakan nota kaki ataupun nota akhir,
menyertakan Bibliografi ataupun rujukan dan memohon izin daripada penulis
asal.

7.2Tanggungjawab Pensyarah
Sebagai seorang pensyarah mereka harus memastikan pelajar mereka tidak
mengamalkan gejala plagiat ini. Mereka adalah orang yang bertanggungjawab
untuk memberikan kefahaman kepada pelajar tentang tugasan pelajar tersebut
agar pelajar tidak berasa sukar untuk menyiapkan tugasan tersebut. Hal ini
20 Mohd Sidin Ahmad Ishak, op.cit, hlm. 70.

21

Muhammad
Ali
Atan,
Pendekatan
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y
=2009&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=rencana&pg= re_08.htm.
2015.

Page 8
SEJARAH ( AJ20403 )

Menangani

Plagiat.

Di akses pada 20 Mac

TATACARA PENYELIDIKAN DAN PENULISAN

kerana,pelajar yang ingin menyiapkan tugasan mereka tetapi sukar mereka


fahami akan menyebabkan tugasan tersebut tidak dapat disiapkan dengan baik.
Pensyarah juga boleh menggunakan sistem atau aplikasi komputer pemeriksaan
tugasan yang mampu mengesan tugasan pelajar yang disiapkan secara copy
paste.22
7.3Pihak Universiti
Pihak universiti juga mempunyai tanggungjawab mereka yang tersendiri iaitu
memberi pendedahan tentang definisi plagiat dan kaedah penulisan akademik
yang standart secara meluas. Selain itu pihak universiti perlu mengenakan
tindakan undang-undang tatatertib di bawah jagaan Jawatankuasa fakulti. Antara
denda yang boleh diberikan ialah:
1.
2.
3.
4.
5.

8.0

Denda yang tidak melebih Rm 200 ringgit


Dilarang terlibat dalam aktiviti universiti yang telah ditetapkan
Pemecatan dari universiti.
Amaran
Penggantungan menjadi pelajar dalam tempoh yang ditetapkan

ANALISIS

Masalah plagiat ini lebih cenderung berlaku disebabkan olem masalah pelajar
yang suka menangguhkan tugasan yang diberikan kepada mereka. 23 Hal ini
kerana mereka merasakan tugasan yang diberikan sukar untuk disiapkan dan
mereka tidak cuba untuk menyiapkan tugasan tersebut. Hal ini menyebabkan
berlakunya pelbagai kesan terhadap pelajar dan juga pihak pusat pengajian
tersebut kerana mempengaruhi kualiti dan imej sebuah institusi tersebut. Kesan
ini akan menyebabkan pusat pengajian tersebut diragui kualiti dan keberhasilan
dalam mengeluarkan pengiktirafan kepada pelajar mereka.

22 Keburukan Plagiat, http://www.dakwatuna.com/2014/11/28/60791/plagiat-adalah-tindakanyang-buruk/#axzz3VNPUGtAK, Di akses pada 20 Mac 2015.

23 Ariedd Salleh Rosman, op.cit, hlm. 36.

Page 9
SEJARAH ( AJ20403 )

TATACARA PENYELIDIKAN DAN PENULISAN

9.0KESIMPULAN
Rumusan, dalam konteks akademik di taraf pengajian di universiti,kita sebagai
pelajar memainkan peranan penting dalam menghindarkan gejala ini. Kejayaan
ataupun keputusan peperiksaan yang baik tidak menjanjikan kebahagiaan. Jika
hasil kerja yang berasal dari plagiat. Tetapi gejala ini tidak terbatas pada tulisan
sahaja tetapi turut ada dalam bidang seni dan juga budaya. Plagiat ini terjadi
beraneka bentuk dan bukan bermakna kita tidak boleh memetik sesebuah
maklumat

tersebut

tetapi

jika

kita

mengakhirkan

dengan

sebuah

pendokumentasian, kita tidak akan diketogerikan sebagai plagiat. Oleh itu, usaha
perlu dijalankan untuk meningkatkan tahap kefahaman pelajar berinstitusi
pengajian tinggi di Malaysia untuk memastikan integriti akademik dilaksanakan.

Page 10
SEJARAH ( AJ20403 )

TATACARA PENYELIDIKAN DAN PENULISAN

Anda mungkin juga menyukai