Anda di halaman 1dari 15

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan
limpah dan kurnianya, saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Pedagogi yang ini dengan
sempurna dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Pn. Sharidah Binti Abdul Rashid selaku pensyarah Pedagogi yang telah
banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta berkongsi maklumat dalam membantu
saya menyiapkan kerja kursus pendek ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi atas kemudahan yang telah
disediakan kepada para guru pelatih seperti kemudahan pusat sumber bagi mendapatkan buku
rujukan yang berkaitan dengan tugasan dan kemudahan Wifi bagi memudahkan saya untuk
mendapatkan maklumat yang berkaitan dangan kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas
kerana sudi memberi tunjuk ajar dan dorongan serta berkongsi maklumat dan tidak lokek dalam
menyalurkan pandangan dan maklumat yang sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini.

1
PENGENALAN DOKUMENTARI CHILDREN FULL OF LIFE

Children Full of Life adalah dokumentari pendek, yang mengesahkan tentang


pembelajaran di sekolah yang dijalankan oleh Toshiro Kanamori iaitu guru sekolah rendah
darjah 4 di Kanazawa, barat laut Tokyo. dokumentari ini memaparkan kaedah pembalajaran
dan pengajaran guru bersama murid, membuatkan penonton melalui detik-detik drama dan
emosi di dalam bilik darjah dan aktiviti luar bilik darjah. Melalui dokumentari ini Toshiro
Kanamori membantu guru-guru untuk menghadapi cabaran mempersiapkan para pelajar untuk
menjalani kehidupan bagi membentuk masa depan pelajarnya. Dokumentari Children Full of
Life telah memenangi anugerah Global Television Grand Prize pada ulang tahun ke 25
Festival Banff Television, dan ianya adalah pertama kali Jepun menerima anugerah utama
festival tersebut.

Beliau bukan sahaja mengajar kurikulum biasa tetapi mengajar bagaimana untuk
menjalani kehidupan. Matlamat kelasnya adalah mahu anak muridnya gembira dan saling
memahami perasaan antara satu sama lain. Seperti pada episod 3 dokumentari ini, Tuan
Kanamori sangat kagum dengan kematangan anak muridnya yang berumur 10 tahun. Mereka
ditugaskan untuk membina rakit di kolam renang secara bekerjasama, semasa proses
membuat rakit terdapat sebilangan murid bernama Yuto dan rakan-rakan tidak memberi
kerjasama yang baik dalam menyiapkan rakit. Pada sesi kelas seterusnya Yuto bersama-sama
rakan-rakan dikenakan denda oleh Tuan Kanamori dengan tidak dibenarkan merakit bersama-
sama rakan di kolam renang. Bagi mengembangkan pemikiran anak muridnya, beliau memberi
peluang kepada murid lain untuk membela Yuto agar dibenarkan merakit, Semasa sesi
pembelaan Yuto, ada beberapa murid bangun dan membela Yuto antaranya adik Yo memohon
agar diberi peluang kerana Yuto telah berubah menjadi seorang yang bertanggungjawab, selain
itu adik Maruka merasakan Yuto adalah sebahagian daripada mereka dan memerlukan Yuto
dalam kumpulan itu, selepas itu, seorang murid lelaki bangun menyatakan tidak adil
menghukum Yuto seorang kerana kesalahan itu adalah kesalahan mereka bersama. Adik Yo
membuat kesimpulan bahawa tugasan menyiapkan rakit adalah tugasan mereka bersama dan
berharap Tuan Kanamori memberi peluang kepada Yuto dan rakannya-rakannya. Akhirnya
Tuan Kanamori berpuas hati dengan hujah yang diberi dan memberi peluang kepada Yuto
untuk berakit di kolam. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada adik Yo kerana penyampaian

2
yang baik semasa membela Yuto dan rakan-rakan . Antara ungkapan adik Yo "Kami datang ke
sekolah untuk berseronok, jadi mari kita semua gembira bersama!".

Dalam sesi tersebut Tuan Kanamori berjaya memupuk kerja berpasukan,


tanggungjawab, dan melatih murid bercakap bagi mencari penyelesaian yang sepadan dengan
masalah dan anak-anak muridnya benar-benar memahami bagaimana untuk bergembira dan
menjaga hubungan antara orang lain. Dokumentari ini membantu menyelesaikan masalah
pendidikan dalam bentuk mesej yang mudah dan ringkas.

Antara kata-kata Toshiro Kanamori "Biarkan orang hidup dalam hatimu. Apabila orang benar-
benar mendengar, mereka tinggal di hatimu selama-lamanya. "-

3
TEORI PEMBELAJARAN

1. TEORI KOGNITIF

Pada pemerhatian saya terdapat teori kognitif yang diasaskan oleh Jean Piaget pada
sesi pembelajaranTuan Kanamori. Perkara ini dapat dilihat pada anak muridnya mengkaji
bagaimana kemahiran mental dibina dan berubah mengikut kematangan fisiologi dan
pengalaman seorang sepanjang pembalajaran. Teori kognitif ialah pembelajaran bergantung
kepada bagaimana seseorang memikir dan mengamati sesuatu, maklumat diproses dalam
minda, dan pengalaman disusun dan dibezakan dalam pemikiran dan persepsi. Antara tokoh-
tokoh teori kognitif ialah Wertheimer & Kohler - Teori Kognitif-Gestalt, perkembangan makna,
celik akal; Piaget - Teori perkembangan kognitif, pembelajaran aktif; Bruner - Pemikiran induktif,
pembelajaran penemuan; Ausubel - pemikiran deduktif, advance organisers, pembelajaran
bermakna, peta konsep; dan Gagne - jenis pembelajaran, pembelajaran Mastery analisis
tugasan

perhatian kanak-kanak dipengaruhi persekitaran dalam konteks hubungan dan interaksi


dengan ahli- ahli keluarga dan rakan-rakan. Dengan adanya hubungan ini, mereka berjaya
mewujudkan peluang-peluang melalui pengaruh daripada persekitaran. Kanak-kanak
menggunakan peluang-peluang pembelajaran yang sedia ada di persekitaran hidup mereka
untuk meningkatkan kemahiran, pengalaman dan pembelajaran melalui hasil interaksinya. Ini
dapat dilihat adik Yo dan rakan-rakan cuba membela, mengeluarkan hujah dan fakta bagi
menyelamatkan rakannya Yuto dari didenda kerana gagal memberi kerjasama yang baik ketika
membuat rakit.

Kaedah pengajaran kognitif membolehkan pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir


seperti membanding dan membeza, membuat generalisasi, membuat keputusan, membuat
ramalan, mencipta metafora, menerangkan sebab dan menyelesaikan masalah (Meister &
Rosenshine 1992).

4
1.1 TEORI BELAJAR JEROME BRUNER

teori belajar juga terdapat pada dokumentari ini, Tuan Kanamori mengemukakan pujian
dan hukuman iaitu pujian kepada adik Yo dan hukuman kepada adik Yuto dalam proses
pembelajaran. Jerome Bruner mengatakan bahawa suatu ketika hadiah atau hukuman mampu
berubah menjadi dorongan kepada murid tersebut untuk belajar. dengan ini dapat
membolehkan tujuan pembelajaran tersebut menjadikan kanak-kanak merasa dirinya sedang
menjalani sesi pembelajaran.

Discovery Learning amat ditekankan dalam teori pembelajaran Jerome Bruner. Teori ini
diangkat dari teori Piaget yang mengatakan bahawa seseorang harus berperanan aktif dalam
proses pembelajaran. Ini merupakan pemberian kesempatan kepada seseorang kanak-kanak
untuk menjadi seorang penyelesai masalah. Keadaan ini membolehkan mereka menemukan
erti bagi dirinya sendiri serta memungkinkan mereka untuk mempelajari konsep-konsep dalam
bahasa mereka sendiri (Kamarudin Hj. Husin 1997).

Secara kesimpulannya dalam teori belajar Jerome Bruner, mata pelajaran dapat
diajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan
anak, serta untuk mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif adalah dengan
mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara di mana anak dapat mempelajari bahan
itu sesuai dengan tingkat kemajuan anak, dan guru harus memberikan kesempatan kepada
muridnya dalam menemukan erti bagi diri mereka sendiri dan mempelajari konsep-konsep di
dalam bahasa yang dierti oleh mereka.

5
1.2 IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOHLER

Seperti yang dinyatakan Mok Soon Sang (2002), Kohler menyarankan bahawa
kebolehan mental (celik akal) juga terdapat pada manusia yang membolehkan pelajar
mempelajari perkara-perkara baru. Implikasi teori Kohler yang terpenting ialah guru perlu
menggalakkan pemikiran celik akal di kalangan pelajar. Perkara ini diguna pakai oleh Tuan
Kanamori

Beliau menggalakkan murid agar menggunakan celik akalnya untuk menyelesaikan


masalah Yuto dan rakan-rakan. Murid bersama-sama mengeluarkan hujah dengan tutur kata
yang tersusun bagi menyelamatkan rakannya dari didenda.

Selain itu, membimbing murid menggunakan persepsinya untuk menghubungkaitkan


unsur-unsur dalam persekitaran. Hal ini memerlukan murid menjalankan ujikaji atau
pemerhatian untuk mereka memahami dan melihat sendiri perkaitan antara unsur-unsur yang
relevan dalam sesuatu masalah

Implikasi Teori Pembelajaran Kohler

1. Kohler menyarankan bahawa kebolehan mental (celik akal) juga terdapat pada
manusia yang membolehkan pelajar mempelajari perkara-perkara baru.

2. Implikasi teori Kohler yang terpenting ialah guru perlu menggalakkan pemikiran celik
akal di kalangan pelajar.

6
1.2.1 Bagaimana Tuan Kanamori Menggalakkan Pemikiran Celik Akal Di Kalangan
Anak Muridnya

i. Tuan Kanamori memberi arahan dan kenyataan yang jelas, mudah difahami dan
dibantu dengan pengalaman langsung murid dalam pengajarannya.

ii. Tuan Kanamori tidak memberi terlalu banyak penerangan tetapi perlu memberi
panduan dan bimbingan dalam proses pemikiran celik akal.

iii. Tuan Kanamori menggalakkan pemikiran kritikal dengan memastikan muridnya


a) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas.
b) Berfikiran terbuka
c) Dapat membuat rumusan.

7
2. TEORI BEHAVIORIS

Teori behavioris juga terdapat didalam sesi pemebelajaran yang dijalankan oleh Yuan
Kanamori. Teori behavioris diasaskan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan
Skinner menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala
perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan
bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Menurut ahli-ahli psikologi
behavioral, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang
individu yang disebabkan oleh pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan
sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan memisahkan antara
pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling berkaitan.
Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh
diperhatikan dan boleh diukur (Crow and Crow (1983)

Burhus Frederic Skinner seorang ahli psikologi di Amerika Syarikat, juga merupakan
pelopor dalam bidang kajian pelaziman operan dan telah mengkaji dan memperbaiki lagi teori-
teori behaviorisme. Menurut beliau, pembelajaran akan berlaku jika ada rangsangan dan tindak
balas yang berulangan.Skinner memulakan pengajiannya dalam bidang biologi dan didedahkan
kepada penulisan Watson dan Pavlov. Pada tahun 1931, dia memperolehi ijazah kedoktoran
(PhD) dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard. Skinner telah menjalankan berbagai
kajian dan buku pertamanya The Behavior of Organisms ditulis pada tahun 1938 yang
menghuraikan prinsip-prinsip utama pelaziman operan (operant) (Ee Ah Meng 2003).

8
2.1 PRINSIP-PRINSIP ASAS PELAZIMAN OPERAN YANG TERDAPAT PADA SESI
PEMBELAJARAN TUAN KANAMORI

Menurut Skinner, pelaziman operan terdiri daripada empat konsep utama (Rahil hj. Mahyuddin
2002):
1. Peneguhan (reinforcement) yang terbahagi kepada peneguhan positif dan peneguhan
negatif.
2. Denda (punishment)

2.1.1 PENEGUHAN POSITIF (POSITIVE REINFORCEMENT)

Pengukuhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu


ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. peneguhan
positif meningkatkan berlakunya sesuatu bentuk tingkah laku dengan adanya rangsangan
tertentu. Perlu diingat bahawa sesuatu peneguhan boleh merupakan benda, sosial (seperti
pujian) atau token (seperti markah ujian). Apa jua rangsangan yang boleh menambahkan
kebarangkalian sesuatu tingkah laku itu akan berlaku disifatkan sebagai peneguhan positif
contohnya :

Tingkah Laku Kesan / Akibat Tingkah Laku Masa Hadapan

Tuan kanamori
Adik Yo menyampaikan
Memuji kaedah Pelajar kemukakan
hujah dalam pembelaan
penyampain adik penyampaian yang lebih baik
Yuto dengan baik
YO

(Tang, Chee Yee 1988)

9
2.1.2 PENEGUHAN NEGATIF (NEGATIVE REINFORCEMENT)

Peneguhan negatif adalah meningkatkan tingkah laku melalui penarikan keluar


sesuatu rangsangan terutama yang tidak menyenangkan. Apa jua rangsangan yang
menyakiti atau yang mewujudkan keadaan tidak selesa boleh menambahkan
kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku. Organisme kemungkinan mengulang
tingkah laku yang dapat mengelak atau mengurangkan keadaan yang negatif contohnya :

Tingkah Laku Kesan / Akibat Tingkah Laku Masa Hadapan

Adik Yuto gagal memberi


Tuan kanamori Adik Yuto akan memberi kerjasama
kerjasama yang baik ketika
menegur adik yang baik pada sesi kelas yang
menyiapakan rakit secara
Yuto seterusnya.
berkumpulan

(Tang, Chee Yee 1988)

10
2.1.3 DENDA (PUNISHMENT)

Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan
berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang
membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Ia juga
bertujuan untuk menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. Skinner berpendapat
bahawa denda hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu,
tingkah laku yang tidak diingini akan berulang lagi. Apa jua rangsangan yang menyebabkan
kebarangkalian sesuatu gerak balas atau tingkahlaku yang terhasil berkurangan atau langsung
dihapuskan. Contohnya seperti di bawah :

Tingkah Laku Masa


Tingkah Laku Kesan / Akibat
Hadapan

Adik Yuto gagal


Tuan kanamori Adik Yuto akan memberi
memberi kerjasama
melarangnya berakit kerjasama yang baik
yang baik ketika
bersama rakan di pada sesi kelas yang
menyiapakan rakit
kolam renang seterusnya.
secara berkumpulan

(Tang, Chee Yee 1988)

Dendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pertama dendaan persembahan dan
kedua dendaan penyingkiran, bagi situasi Tuan Kanamori menggunakan dendaan
Penyingkiran. Contohnya :

Dendaan Penyingkiran

11
Dendaan penyingkiran (removal
punishment) berkaitan dengan
penyingkiran rangsangan. Contohnya,
Tuan kanamori adik Yuto berakit bersama
rakan di kolam renang

Rujukan

1. Tang, Chee Yee (1988) "PanduaN Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

2. Kamarudin Hj. Husin (1997). Psikologi Bilik Darjah-Asas Pedagogi. Kuala Lumpur. Utusan
Publication dan Distributors Sdn.Bhd.

3. Crow and Crow (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Rosenshine. B. & Meister, C. (1992) The Use Of Scaffolds For Teaching Higher-Level
Cognitive Strategies, Educational Leadership.

5. Mook Soon Sang (2002).Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester
Satu. Kuala Lumpur. Percetakan Sentosa Sdn.Bhd.

6. Rahil hj. Mahyuddin (2002), Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan Siri Pendidikan
Perguruan. Kuala Lumpur. Karisma Publication Sdn. Bhd

7. Ee Ah Meng (2003). Ilmu pendidikan: Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas (Semester


1). Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

12
REFLEKSI : PENGAJARAN DAN PEMUDAH CARA (PdPc) DI DALAM KELAS DAN
KAEDAH TUAN KANAMORI

PdPc DI DALAM KELAS

Sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dijalankan pada setiap hari mengikut
jadual yang ditetapkan. Guru menjalankan proses pengajaran yang berpusatkan murid. Murid
diajar mengikut tahap pemahaman masing-masing. Bagi guru yang mengajar kelas yang akan
menduduki sijil pelajaran Malaysia (SPM) pula menekankan proses pembelajaran kepada
subjek utama seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, dan lain-lain
lagi.

Bagi pelajar kelas lemah pula guru menekankan proses pembelajaran berkaitan
kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan harian seperti mengenal duit, cara mengenal
barang-barang harian yang digunakan di dalam kehidupan harian serta cara untuk berinteraksi
dengan masyarakat luar. Iklim bilik darjah juga dititik beratkan untuk memberi keselesaan
kepada para pelajar. Susunan meja yang teratur memudahkan guru untuk berinteraksi dengan
para pelajar. Bahan bantu mengajar guna penting. Guru-guru menggunakan bahan bantu
mengajar untuk mudah memberi pemahaman kepada pelajar melalui simbol-simbol dan
gambar-gambar yang tertentu. Penggunaan flashcard kerap kali digunakan kerana ia menarik
dan mudah untuk difahami. Proses pengiraan pula menggunakan bahan bantu mengajar seperti
benda maujud yang memberi pemahaman yang lebih kepada mereka.

Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di sekolah ini dapat saya
perhatikan para pelajar kurang memberi tumpuan serta mereka mudah bosan. Guru perlu
mempelbagaikan cara pengajaran serta para pelajar perlu diajar dengan cara yang berbeza-
beza supaya menjadi lebih menarik serta tidak membosankan. Sesetengah pelajar juga mudah

13
mengikut arahan guru di dalam bilik darjah. Pengajaran yang dijalankan tidak berpusatkan
tahap pencapaian yang tinggi tetapi lebih menekankan penguasaan mereka dalam menguasai
persekitaran kehidupan untuk memastikan mereka dapat berdikari. Para pelajar ini juga turut
memerlukan bimbingan secara individu bagi memahami sesuatu perkara.

PdPc TUAN KANAMORI

Proses PdPc Tuan Kanamori menggabungkan dalam bilik darjah dan luar bilik darjah.
PdPc luar bilik darjah dijalankan di kolam renang, dilakukan secara parktikal dimana murid
ditugaskan untuk mencipta rakit secara berlumpulan. Tuan Kanamori memberi penerangan
tentang aspek keselamatan ketika menjalankan tugas. Seterusnya guru menerangkan cara
penggunaan alatan yang digunakan semasa mencipta rakit. Guru juga mendedahkan kepada
murid kerja secara berpasukan dan kerjasama. Aplikasi-aplikasi ini diajar bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada pelajar kepentingan kerjasama dalam menyiapkan tugasan serta
mendidik pelajar berdikari pada waktu yang diperlukan nanti.

Di dalam kelas pula, sesi PdPc lebih kepada refleksi kepada tugasan mencipta rakit di
kolam. Tuan Kanamori memberikan masalah iaitu terdapat beberapa orang murid tidak
memberi kerjesama yang baik ketika menjalankan tugas dan dikenakan denda, tidak
dibenarkan berakit bersama rakan-rakan yang lain. Sehubungan dengan itu, beliau meminta
anak-anak muridnya menyelesaikan masalah tersebut bersama-sama degan membuat
pembelaan atas kesalahan rakan-rakannya. Mereka menyampaikan hujah penuh kritis dan
emosi. Pada sesi ini mereka sekelas bersatu menampilkan hujah bagi menyelamatkan
rakannya dari didenda tidak dibenarkan berakit oleh Tuan Kanamori. Beliau berjaya
menerapkan sifat kerjasama dan kekitaan dalam diri murid-muridnya.

Dapat saya perhatikan kebanyakkan pelajar suka melakukan kerja-kerja seperti ini
kerana mereka lebih santai dan tidak terkurung didalam bilik darjah. Pada pendapat saya, para
pelajar perlu didedahkan secara praktikal tentang sesuatu perkara kerana mereka akan lebih
faham berbanding diajar secara teori.

14
KESIMPULAN

Kaedah pengajaran adalah sesuatu yang boleh ditentukan oleh guru sendiri secara
fleksibel. Yang penting murid dapat belajar ilmu pengetahuan dan dapat mencapai objektif
pengajaran tajuk pada hari itu. Oleh itu, guru hendaklah bijak merancang PdPc supaya murid
dapat menguasai tajuk yang diperlajari. Guru yang mengetahui kelemahan dan kekuatan murid,
pandangan, teguran rakan-rakan dan murid boleh membantu memperbaiki kelemahan
pengajaran guru pada masa yang akan datang.

15

Anda mungkin juga menyukai