Anda di halaman 1dari 7

SYIRIK

Ahli Kumpulan:
1. Muhamad Azizul Hakim Bin Mohd Zain
2. Abdul Hadi Bin Kader
3. Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin
DEFINISI
Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah S.W.T dalam apa juga bentuk sama ada
perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang
lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.
Firman Allah yang bermaksud: Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah
dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga
dan tempat kembalinya ialah ke neraka. (Surah al-Maidah, ayat 72)
Firman-Nya lagi yang bermaksud: Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan
mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan
mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik.
Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa
yang besar. (Surah an-Nisa, ayat 48)
JENIS-JENIS SYIRIK

SYIRIK BESAR
SYIRIK KECIL
SYIRIK BESAR

Mengambil tandingan selain Allah dan menyamakannya dengan Rabbul alamin.


Pelakunya terkeluar daripada Islam, kekal dalam Neraka jika tidak bertaubat
Bernadzar pada selain Allah, thawaf keliling kubur dan berdoa meminta pada penghuni
kubur, berdoa pada orang yang sudah mati, mencintai selain Allah sebagaimana
kecintaannya pada Allah, meminta perlindungan (istiadzah) pada selain Allah,
menjadikan perantara selain Allah antara dirinya dengan Allah dan bertawakkal padanya.
SYIRIK KECIL

Disebut syirik dalam dalil namun tidak sampai darjat syirik besar atau disebut oleh para
ulama sebagai perantara menuju syirik besar
Secara prinsipnya tidak menyebabkan pelakunya terkeluar dari Islam, tetapi boleh
membawa kepada Syirik besar.
Bersumpah dengan selain Allah, mengangungkan makhluk yang tidak sampai darjat
ibadah, memakai azimat yang meyakini dapat mencegah ain (pandangan hasad), solat
menghadap kiblat untuk Allah namun menganggap lebih afdhol jika dilakukan di sisi
kubur.
BAHAYA SYIRIK

Syirik akan Menghancurkan Segala Amalan


Pelakunya Semakin Jauh dari Allah
Dosa yang tidak Terampuni
Diharamkan Syurga bagi Pelaku Kesyirikan
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai