Anda di halaman 1dari 11

Konsep Talfiq dalam Ibadat Haji: Satu Kajian Kefahaman terhadap

Jemaah Haji Malaysia

BAB 1- PENDAHULUAN
1.1 LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN

Ibadat haji adalah rukun Islam kelima yang wajib ditunaikan bagi umat Islam seluruh
dunia. Umat Islam yang datang dari seluruh pelusuk dunia akan berkumpul di Makkah dan
Madinah untuk menunaikan ibadat haji. Maka disinilah tempat bertemunya semua umat Islam
tanpa mengira bangsa,keturunan,darjat,pangkat,jawatan ,warna kulit dan juga mazhab.

Saban tahun kita melihat berjuta-juta umat Islam sanggup meredah dan bersesakan
dengan lautan manusia demi mengabdikan diri pada Allah s.a.w. Dalam keadaan yang padat
sebegitu, maka tidak mudah bagi jemaah haji untuk menunaikan ibadah dengan sempurna
tanpa mengambil pilihan kedua yang lebih memudahkan untuk mereka.Oleh itu, ada
sebilangan jemaah haji yang cuba mencampurkan pendapat dari pelbagai mazhab dan
mengambil fatwa dari mazhab lain walaupun telah bertaklid dengan satu mazhab.Mereka
beranggapan ia dibolehkan tanpa meletak satu garis panduan yang jelas sehingga membawa
kepada pengabaian hukum syara.Maka timbul kekeliruan bagi sebahagian lagi jemaah haji
yang tidak menerima talfiq dalam amalan mereka.

Ini adalah polimik yang timbul bagi masyarakat awam kerana mereka hanya bertaklid
tanpa sandaran ilmu dan tidak mengetahui talil sesuatu hukum.Pada pengamatan
pengkaji,kefahaman mengenai talfiq dalam ibadat haji di kalangan jemaah haji Malaysia
masih kabur.Manifestasi dari kekaburan inilah amalan ibadat dipakai secara taklid buta dan
tidak berlandaskan kefahaman yang sebenar.Oleh itu satu kajian diperlukan untuk melihat
kefahaman talfiq bagi jemaah haji kerana amalan talfiq ini dilihat dekat dengan mereka.

Selain itu pengkaji juga akan menyentuh aspek kefahaman talfiq t para ilmuan semasa
secara umum dan khusus dalam ibadat haji . Ini kerana pendapat dan buah fikiran mereka
dilihat akan dijadikan panduan dan rujukan serta membentuk kefahaman umum dalam isu
talfiq ini

Justeru satu analisis terhadap kefahaman talfiq dalam ibadat haji perlu dilakukan.Kajian
ini diharap dapat memberikan gambaran tahap kefahaman talfiq di kalangan jemaah haji
Malaysia agar kefahaman mereka terbimbing dan berada pada jalan yang benar.

1.2 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN


Pemilihan tajuk ini berdasarkan kekeliruan yang dialami oleh Jemaah haji terhadap garis
panduan pengamalan talfiq dan tatabu al-rukhos. Bertolak dari kekeliruan ini maka pengkaji
merasakan ia suatu keperluan untuk kita mewujudkan satu garis panduan dalam menangani
masalah ini. Ini kerana ibadat haji bukanlah ibadat sunat yang kita tidak ditaklifkan padanya,
tetapi ia adalah rukun Islam yang wajib ke atas umat Islam yang cukup syaratnya. Dengan ini
kajian yang akan dilakukan diharap dapat menjawab pelbagai persolan dan kekeliruan yang
dialami bagi para Jemaah haji.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti konsep talfiq secara terperinci yang menjadi permasalahan di kalangan


masyarakat awam.
2. Mengkaji kefahaman talfiq bagi jemaah haji Malaysia.
3. Mengenalpasti permasalahan talfiq yang sering berlaku bagi jemaah haji.
4. Mengkaji pandangan para ilmuan semasa terhadap konsep talfiq dalam ibadat haji.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah talfiq?
2. Apakah kefahaman talfiq bagi jemaah haji Malaysia?
3. Apakah pandangan para ilmuan dan sarjana semasa terhadap konsep talfiq dalam
ibadat haji?
4. Apakah permasalahan talfiq yang sering dilihat berlaku di kalangan jemaah haji?

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kertas kerja ini penting untuk memberikan gambaran yang jelas tentang kefahaman jemaah
haji Malaysia terhadap permasalahan talfiq dalam ibadat haji yang dilihat sering berlaku di
kalangan jemaah haji yang dating dari seluruh dunia.

Kajian ini penting untuk dibincangkan kerana belum ada lagi suatu kajian yang memfokuskan
kefahaman talfiq dalam ibadat haji di kalangan jemaah haji Malaysia. Ia penting agar satu
tindakan dapat dilakukan bersesuaian dengan permasalahan ini.

Selain itu,ia juga penting sebagai panduan terhadap jemaah haji agar mereka tidak
bermudah-mudah dalam mengamalkan talfiq ketika melaksanakan ibadat haji atau terlalu
mengikat kepada satu mazhab sahaja sehingga menyusahkan diri mereka.

BAB 2- SOROTAN LITERATUR


2.1 ULASAN KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Sebelum kajian ini dilakukan, pengkaji telah melakukan sorotan literatur terhadap kajian-
kajian lepas berkaitan dengan permasalahan talfiq. Memandangkan isu talfiq adalah istilah
baru yang timbul pada dunia Islam kontemporari maka di dalam kitab-kitab terdahulu tidak
menjelaskannya secara asing melainkan membahaskan tentang tajuk hukum beriltizam
dengan satu mazhab,hukum memilih pandangan dari mazhab berlainan,tatabu al-rukhas dan
seumpama dengannya.Antara karya yang menyentuh isu talfiq antara lainnya al-Bahr al-
Muhit karangan al-Zarkashi, al-Muwafaqat oleh Imam al-Shatibi, Jam al-Jawami karangan
al-Subki dan juga kitab-kitab yang menghuraikannya. Hanya pada kurun ketiga belas hijriah
barulah perbincangan mengenai talfiq ini dibahaskan secara utama iaitu dalam kitab Umdah
al-Tahqiq Fi Hukm al-Taqlid wa al-Talfiq hasil karangan Muhammad Said al-Bani dan lain-
lain lagi.

Terdapat beberapa kajian semasa tentang tajuk talfiq namun perbincangan kajian tersebut
tidak menjurus secara tepat terhadap perbincangan kefahaman talfiq di kalangan jemaah haji
Malaysia. Antara kajian tersebut ialah:

Saifuddin Salleh (2003) dalam disertasi beliau yang bertajuk

Talfiq Dalam Perkara Ibadat di Kalangan Masyarakat Islam di Malaysia: Satu Penilaian
Hukum1 membincangkan talfiq dan hubungannya dengan taqlid dan tatabu al-rukhas
.Beliau juga membincangkan hukum talfiq dalam Islam dari sudut penerimaan dan penolakan
dengan memberikan justifikasi dalil dan hujah berkaitan seterusnya melakukan pentarjihan ke
atas hukum talfiq.Penulis juga membincangkan praktikaliti amalan talfiq dalam perkara
ibadat seperti dalam bab bersuci,berpuasa,ibadat haji dan sebagainya.

Bagaimanapun kajian ini tidak membincangkan kefahaman masyarakat awam tentang konsep
talfiq khususnya bagi jemaah haji.Di akhir kajian ini dapat disimpulkan bahawa amalan talfiq
dalam amalan ibadat yang menjadi perbincangan beliau adalah harus untuk memudahkan
umat Islam melaksanakan ibadat.

Anisah Ab. Ghani, Abd Karim Ali, Noor Naemah Ab. Rahman, Raihanah Hj. Azahari,
Saadan Man, Luqman Abdullah dan Shahidra Binti Abdul Khalil (2007) dalam Jurnal Fiqh
APIUM yang bertajuk Penerimaan Masyarakat Islam Di Malaysia Terhadap Amalan
Percampuran Mazhab Dalam Isu-isu Ibadat 2membincangkan kefahmana masyarakat Islam
Malaysia terhadap amalan talfiq yang majoritinya bermazhab Syafie.Kajian telah dibuat ke

1
Saifuddin Salleh (2003), Talfiq Dalam Perkara Ibadat di Kalangan Masyarakat Islam di Malaysia: Satu
Penilaian Hukum, Disertasi Sarjana, Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.
2
Anisah Ab. Ghani, Abd Karim Ali, Noor Naemah Ab. Rahman, Raihanah Hj. Azahari, Saadan Man, Luqman
Abdullah dan Shahidra Binti Abdul Khalil (2007) yang bertajuk PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM DI
MALAYSIA TERHADAP AMALANPERCAMPURAN MAZHAB DALAM ISU-ISU IBADAT, dalam Jurnal Fiqh
APIUM,Kuala Lumpur.
atas masyarakat awam yang berada secara rawak di seluruh Malaysia termasuklah negeri
Kelantan, Terengganu,Perlis,Kedah dan Johor yang dianggap mempunyai darjah keterikatan
mazhab yang berbeza. Kajian ini menggunakan metodologi persampelan sebagai cara
mengumpul data.Kajian ini telah menerangkan bentuk-bentuk percampuran mazhab yang
boleh berlaku selain talfiq seperti tatabu al-rukhas,takhayur, dan tarjih.Pengkaji telah
mengasingkan konsep tarjih sebagai amalan ijtihad yang mempunya perbezaan dengan
konsep talfiq,takhayur dan tatabu al-rukhas yang memiliki ciri taqlid dalam pengamalannya..

Walaubagaimanapun kajian ini tidak membincangkan kefahaman masyarakat awam terhadap


amalan talfiq yang menjadi tujuan utama kajian penulis. Pada akhir kajian, dapatan analisis
menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia sebenarnya telah menerima amalan talfiq dalam
kehidupan seharian mereka dengan sebab-sebab yang dinyatakan.

Maszlee bin Malik(2004), Hukum Talfiq Dalam Muamalat: Kajian Terhadap Bay al-
Murabahah Li al-Amir Bi al-Syira Di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)3 . Kajian ini
mengupas isu talfiq dalam bidang muamalat dengan menjadikan produk bay al-murabahah
li al-amir bi al-syira di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sebagai sampel kajian beliau.
Beliau telah menerangkan konsep talfiq dan mendatangkan istilah-istilah lain yang berkaitan
dengan talfiq seperti taqlid, ittiba, tarjiah, tatabu al-rukhas dan takhayur seperti mana yang
juga diterangkan dalam disertasi Saifuddin bin Salleh.Namun beliau tidak membahaskan
konsep talfiq dalam amalan ibadat tetapi membincangkannya dalam bidang muamalat yang
dianggap lebih terbuka dan dan lebih dekat dengan konsep maqasid syariah iaitu menarik
kemaslahatan dan menolak mafsadah.Metodologi kajian beliau berbentuk kepepustakaan dan
kajian lapangan dengan menjadikan bay al-murabahah li al-amir bi al -syira di BIMB
sebagai sampel kajian.

Kajian ini walaupun memiliki konstruk yang sama iaitu talfiq namun fokus yang dikaji dalam
kajian ini sangat berbeza dengan penulis yang memfokuskan amalan ibadat haji. Secara
umumnya kajian ini lebih menekankan konsep talfiq dalam produk yang dihasilkan oleh
dunia perbankan.Di akhir kajian dapat disimpulkan bahawa produk-produk berasaskan bay
al-murabahah di BIMB terdapat amalan talfiq yang bertentangan dengan lajnah fatwa Dallah
al-Barakah Holdings.Beliau telah mencadangkan penambahbaikan untuk produk-produk
tersebut untuk masa akan datang.

2.2 LANDASAN TEORI BERKAITAN

Talfiq merupakan kata nama terbitan dari fil bahasa Arab laffaqa yang bermaksud
mencantumkan.Iaitu mencantumkan antara dua bahagian kain di antara satu dengan yang lain untuk
dijadikan pakaian.Talfiq juga membawa maksud yang lebih luas dan tidak terikat dengan pakaian

3
Maszlee bin Malik (2004),Hukum Talfiq Dalam Muamalat: Kajian Terhadap Bay al-Murabahah Li al-Amir Bi al-
Syira Di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB),Disertasi Jabatan Fiqh dan Usul,Bahagian Pengajian
Syariah,APIUM,Kuala Lumpur.
sahaja tetapi juga semua maksud yang membawa maksud mencantumkan adalah dikategorikan
sebagai talfiq4.

Manakala talfiq menurut Doc Wahbar al-Zuhaili pula ialah mendatangkan satu perkara yang tidak
disebut oleh mujtahid ,iaitu dengan cara bertaqlid pada mazhab, dan mengambil satu perkara pada
satu rukun atau juzuk dan menjadikan ia satu gabungan yang tidak disebut oleh sesiapa5.

BAB 3- METODOLOGI KAJIAN

3.1 REKA BENTUK KAJIAN


Kajian yang bakal dilakukan penulis adalah kajian berbentuk metodologi campuran kualitatif
dan kuantitatif .Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk mendapatkan
data yang seimbang di antara teori dan juga aplikasi kefahaman terhadap permasalahan yang
dikaji. Untuk memastikan kajian ini lancar, penulis akan memilih dua metod bagi
menyiapkan disertasi ini.

i)Metod Pengumpulan Data

ii)Metod Analisis Data

3.2 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

3.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA


A) Kajian Perpustakaan

Kaedah pengumpulan data bagi penyelidikan ini sebahagian akan dilakukan secara penyelidikan
kepepustakaan kerana dalam memahami teori dan konsep talfiq dalam masalah ibadat ,khususnya
ibadat haji,tidak dapat tidak kita perlu kembali kepada sejarah warisan turath dan pandangan para
sarjana yang muktabar. Metod ini digunakan kerana kestabilan sumber rujukan yang diyakini
kebenaran faktanya.

Antara sumber ilmiah cadangan yang akan menjadi tumpuan pengkaji adalah;

4
Maszlee bin Malik (2004),Hukum Talfiq Dalam Muamalat: Kajian Terhadap Bay al-Murabahah Li al-Amir Bi al-
Syira Di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB),Disertasi Jabatan Fiqh dan Usul,Bahagian Pengajian
Syariah,APIUM,Kuala Lumpur.
5
Duktur Wahbah al-Zuhaili,Usul al-Fiqh al-Islami,Damshik,Darl al-Fikr,1987,h.1134
1)al-Quran

2)Buku-buku hadith

3)Buku-buku usul-fiqh

4)Jurnal

5)Kertas kerja seminar yang berkaitan talfiq dan ibadat haji

B)Temu bual

Selain itu,penulis juga akan menemu bual para sarjana dan ilmuan semasa untuk melihat pandangan
dan kefahaman mereka terhadap konsep talfiq dalam amalan ibadat haji . Pendekatan ini digunakan
bagi menampung dan mengumpul data-data yang tidak terdapat dalam senarai rujukan. Kaedah ini
digunakan untuk memperoleh pandangan para sarjana semasa terhadap konteks talfiq yang berlaku
dalam masyarakat hari ini.Dapatan terhadap kefahaman mereka penting kerana kefahaman mereka
dilihat mempengaruhi kefahaman masyarakat awam terhadap konsep talfiq.. Soalan-soalan yang
dikemukakan ada lah berbentuk separa terbuka agar jawapan yang diterima tidak terikat dengan
pola pemikiran pengkaji.Di samping itu, ada beberapa soalan yang agak terikat supaya dapat
memandu informan memberi jawapan yang tidak bercanggah dengan tajuk kajian.

Untuk mendapatkan maklumat kajian yang tepat,pengkaji telah meletakkan beberapa kriteria bagi
informan .Antara kriteria-kriteria tersebut adalah:

1)Latar belakang pendidikan informan mestilah mempunyai latar belakang agama yang tinggi
khususnya dalam bidang fiqh ibadat dan hukum islam semasa.

2)Informan juga mestilah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dengan masalah berkaitan
haji.

3)Informan mestilah mempunya kedudukan yang tinggi yang dipercayai masyarakat sebagai tempat
rujukan bagi isu-isu agama.

4)Informan pernah menguruskan hal ehwal jemaah haji.

iii) Borang kaji selidik

Selain itu, kajian ini juga akan menggunakan kaeda borang kaji selidik sebagai metod pengumpulan
data .Penulis akan mengedarkan borang kaji selidik kepada masyarakat awam khususnya kalangan
jemaah haji yang akan menunaikan ibadat haji .Ini kerana mereka adalah sasaran utama bagi kajian
ini.Penulis akan membuat soalan secara berstruktur secara penuh agar jawapan yang diperolehi
tidak terlalu mencapah dan memudahkan penganalisaan data nanti. Borang akan diedarkan di
kursus-kursus haji yang diadakan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sebagai wakil sampel
kajian.Kawasan ini dipilih kerana menganggap rakyat yang berasal dari pelbagai negeri
kebanyakannya telah menetap di Kuala Lumpur.
3.3 KAEDAH ANALISIS DATA
Setelah data-data diperolehi, pengkaji akan menganalisis data dengan menggunakan beberapa
metode iaitu metode induktif, metode deduktif dan metode komparatif.

i)Metode Induktif

Kaedah ini merupakan satu cara menganalisis data dan maklumat yang bersifat khusus untuk
mendapatkan kesimpulan yang bersifat umum.Melalui kaedah ini pengkaji akan mengumpulkan
maklumat-maklumat yang didapati dan melihat secara keseluruhan data tersebut. Seterusnya
menyeseuaikannya dengan teori talfiq umum yang telah digariskan.Contohnya penulis mendapati
terdapatnya unsur talfiq dalam ibadat haji dan menyesuaikannya dalam teori umum.

ii)Metode Deduktif

Kaedah ini merupakan satu cara analisis data dan maklumat yang umum terhadap perkara-perkara
khusus.Dengan ini pengkaji akan cuba mendapatkan teori umum talfiq dengan cara mengemukakan
dalil-dalil dari al-Quran, al-sunnah,kaedah fiqh mahupun fatwa kemudian mengkhususkannya
kepada pengaplikasiannya dalam ibadat haji .

iii)Metode Komparatif

Pengkaji akan melakukan perbandingan terhadap data-data yang diperoleh dan menggariskan
kefahaman jemaah haji dan ilmuan semasa dalam mengamalkan talfiq dalam ibadat haji.Pengkaji
akan membentangkan kes-kes talfiq yang pernah berlaku dan mengkategorikannya pada bahagian
talfiq yang boleh diamalkan ataupun tidak.
BAB 4- PECAHAN BAB
BAB 1- PENDAHULUAN

1.1 Latar belakang kajian

1.2 Pernyataan masalah

1.3 Objektif kajian

1.4 Persoalan kajian

1.5 Kepentingan kajian

1.6 Metodologi kajian

1.7 Sorotan Literatur

1.8 Sumbangan kajian

1.9 Penutup

BAB 2 KONSEP TALFIQ DALAM ISLAM

2.1 Konsep talfiq

2.1.1 Pengertian talfiq dari segi bahasa

2.1.2 Pengertian talfiq mengikut fuqaha

2.1.3 Sejarah kemunculan talfiq

2.2 Hukum talfiq

2.2.1 Pandangan fuqaha terhadap hukum talfiq

2.2.2 Dalil-dalil keharusan talfiq

2.2.3 Dalil-dalil larangan talfiq

2.3 Syarat berlaku talfiq

2.4 Syarat sah talfiq

BAB 3 Kefahaman Jemaah Haji Malaysia Terhadap Konsep Talfiq


3.1 Kefahaman masyarakat awam dikalangan jemaah haji Malaysia terhadap konsep

talfiq dalam ibadat haji.

3.2 Kefahaman ilmuan semasa terhadap konsep talfiq

3.3 Kefahaman aplikasi konsep talfiq di kalangan ilmuan semasa


BAB 4- KEFAHAMAN SEBAHAGIAN AMALAN TALFIQ YANG DILIHAT BERLAKU DALAM
IBADAT HAJI DI KALANGAN JEMAAH HAJI

4.1 Bersentuhan antara ajnabi bagi lelaki/wanita yang berwuduk ketika tawaf

4.2 Wanita yang didatangi haid sewaktu melakukan tawaf

4.3 Tidak melakukan tawaf secara berturut-turut

4.4 Talfiq kepada mazhab Hanafi semasa melakukan ibadah sai

BAB 5- PENUTUP

Kesimpulan

Sarananan

BAB 5- PERANCANGAN MASA

1 NOV-1 DIS 1 DIS-1 JAN 1 JAN 1 FEB 1 FEB 1 MAC 1 MAC 1 APR
2015

kump mklmt 3hb hntr proposal CUTI SEM Hantar tajuk dan cr Jumpa penyelia
Lit review penyelia
13hb bentang Ty pendpt doc2 di Cari bahan di libry
Jumpa lec um proposal jordan dn um tntg Candidature dfense um,ukm,uia tntg
dan individu talfiq,rukhsah n haji setiap mazhab
berkaitan utk ty Mulakan kajian manasik haji ckt2
tntg tajuk lengkap Mula tulis bab 2
Bc kitab Tulis plg kurang
Bina proposal EXAM 29-31dis talfiq,rukhsah,haji Bt borang kaji selidik sehari 2 perenggan
sec lengkap dan hntar pd sarjana
Baiki proposal utk um dan jordan Siapkan bab 2
dijdkan bab 1

1 APR-1MEI 1MEI- 1 JUN 1 JUN 1 JULAI 1 JULAI 1 OGOS 1 OGOS 1 SEPT

Jumpa penyelia Jumpa penyelia Jumpa penyelia Jumpa penyelia Jumpa penyelia

Analisis Cari bahan dan Cari maklumat di Bykkan bca kitab Tulis bab 5
maklumat dr hadiri seminar libry Penutup
borang soal tntg haji dll Siapkan bab 4 Bibiliografi
selidik
Kump mklmat Msuk libry Temubual gol2
tntg haji bg um,ukm,uia,usim bijak pndai ty
setiap mzhb pndpt
Siapkan bab 3
Mula tulis bab Mula tulis bab 4;
3; fokus pada bgaimana yg
manasik haji 4 mmbezakan antra
mazhab talfiq dan tatabu
al-rukhos dlm
menunaikan haji

1 SEPT -1 OKT 1 OKT -1 NOV 1 NOV 1 DIS

Baiki apa yang kurang pada Submit tesis dan GOT


tesis tunggu utk viva

Semak dari bab 1 hga 5 pd


penyelia

BAB 6- PENUTUP

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan kasih
sayangnya dapat juga cadangan kertas kerja ini disiapkan.Semoga kajian ini mendapat manfaat dan
faedah bagi pembaca.

BAB 7 BIBILIOGRAFI

Kitab Arab

1.Abd al-Rahman al-Jaziri,Kitab al-Fiqh ala al-Mazahib Arbaah,Kaherah,Dar Ibn Jauzi,2014

2.Sheikh Islam Burhan al-Din Abi al-Hassan Abi Bakar,Kitab al-Hidayah Syarah Bidayah al-
Mujtahid,Kaherah,Darl al-Hadith,2008

Tesis dan Disertasi

1.Saifuddin Salleh (2003), Talfiq Dalam Perkara Ibadat di Kalangan Masyarakat Islam di Malaysia:
Satu Penilaian Hukum, Disertasi Sarjana, Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.

2. Maszlee bin Malik (2004),Hukum Talfiq Dalam Muamalat: Kajian Terhadap Bay al-Murabahah Li
al-Amir Bi al-Syira Di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB),Disertasi Jabatan Fiqh dan Usul,Bahagian
Pengajian Syariah,APIUM,Kuala Lumpur.
Artikel dalam Jurnal

1. Anisah Ab. Ghani, Abd Karim Ali, Noor Naemah Ab. Rahman, Raihanah Hj. Azahari, Saadan Man,
Luqman Abdullah dan Shahidra Binti Abdul Khalil (2007) yang bertajuk PENERIMAAN MASYARAKAT
ISLAM DI MALAYSIA TERHADAP AMALANPERCAMPURAN MAZHAB DALAM ISU-ISU IBADAT, dalam
Jurnal Fiqh APIUM,Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai