Anda di halaman 1dari 24

MUQADDIMAH Penciptaan setiap yang hidup adalah mengikut sunnah Allah yang telah diintegrasikan serasi dengan fitrah

kejadiannya. Hakikat penciptaan yang maha hebat daripada Yang Maha Mencipta telah mengaturkan kehidupan dengan begitu sistematik dan saling berhubungan amat memerlukan bentuk-bentuk peraturan yang bersesuaian. Maha Suci Allah yang maha Bijaksana telah memberi garis panduan dalam menetapkan peraturan peraturan tertentu sebagaimana termaktub di dalam Al Quran. Peraturan atau undangundang yang telah Allah S.W.T. tetapkan dan ditentukan kepada manusia adalah lengkap, iaitu dengan meliputi aspek akhlak, ibadat, muamalat, politik dan sosial. Hal tersebut kerana Allah S.W.T. yang mencipta manusia dan amat mengetahui apa yang diperlukan dan sesuai dengan manusia itu. Dalam hal itu, segala peraturan agama dan hukum yang datang daripada Allah dinamakan hukum syarak ( Abd Latif Muda 1997). Para ulama Islam membahagikan hukum syarak iaitu apa yang terhasil daripada Al-Quran dan As-sunnah sebagai "Ketetapan dari Allah ke atas perbuatan perbuatan hamba yang mukallaf sama ada ia perlu dilakukan atau perlu ditinggalkan atau diberi pilihan untuk melakukannya atau meninggalkannya.Pembahagian hukum syarak yang disepakati oleh jumhur ulama terdiri daripada dua bahagian iaitu hukum taklifiyy dan hukum wadiyy. Hukum taklifiyy adalah perbuatan yang dituntut oleh Allah ke atas mukallaf supaya melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan atau memilih sama ada melakukan atau tidak perbuatan tersebut. Hukum wadiyy pula merupakan tuntutan menjadikan sesuatu itu sebagai sebab atau syarat atau penghalang ke atas wujudnya sesuatu hukum. Tugasan ini, akan membincangkan mengenai ;I. II. III. IV. V. Definisi Mazhab,Pengenalan mazhab Jumhur dan Mazhab Ahlul Usul. Sejarah Perkembangan mazhab dan Imam-Imam Mazhab Muktabar. Pembahagian hukum menurut Mazhab Jumhur dan Mazhab Ahlul usul. Perselisihan dalam Mazhab Jumhur dan Mazhab Ahlul usul Kesimpulan mengenai perbezaan pendapat dalam hukum syarak.

1. DEFINISI MAZHAB Maksud mazhab jika dilihat dari kalimah "Zahaba" ertinya pergi.Dari segi bahasa pula ialah tempat untuk berjalan ataupun jalan itusendiri (Kamus al-Marbawi 2000).Dari segi istilahnya pula mazhab membawa maksud hukum-hukum yang terdiri dari himpunan masalah.Mazhab boleh juga diistilahkan sebagai mengikut sesuatu yang dipercayai atau dasar pendirian yang diikuti sebagaimana menurut kata-kata Imam AsSyafiie: Apabila telah sah hadis, maka itulah mazhabku. (Apabila ada hadis yang sahih, itulah mazhab atau dasar pendirian beliau.)Jadi,mazhab seharusnya difahami sebagai sebuah disiplin ilmu (manhaj) untuk kita memahami al-Quran dan al-Sunnah.Di Malaysia,kita berpegang kepada mazhab Syafiie khususnya dalam bab ibadat dan munakahat atau disebut juga fardhu ain.Namun dalam bidang-bidang lain seperti muamalat, jinayat, kehakiman dan perundangan serta isu-isu kontemporari, jelas menunjukkan kerajaan dan umat Islam tidak terikat hanya kepada mazhab Syafiie. 1.1 SEJARAH KEMUNCULAN MAZHAB Kewafatan Rasulullah s.a.w meninggalkan syariat Islam yang terus

berkesinambungan dan dipraktikkan oleh para sahabat.Sebab itu,pada zaman para sahabat ijtihad telah berkembang. Para sahabat mempunyai asas dan kaedah istinbat yang tersendiri dalam menentukan hukum-hukum tertentu. Kaedah sahabat ini diwarisi oleh para Tabiin dan dimantapkan lagi dengan perletakan kaedah/ metode/ manhaj yang lebih jelas dan tersusun.Manakala pada zaman Tabi al- Tabiin dengan perluasan wilayah Islam, perkembangan dan percampuran golongan Arab dengan masyarakat antarabangsa, kemahiran bahasa menjadi agak terjejas.Sedangkan keperluan kepada ijtihad semakin mendesak.Satu garis panduan yang jelas tentang kaedah memahami nas dan melaksanakan istinbat hukum perlu diwujudkan dan dipelajari oleh generasi ini. Maka, dari situlah lahirnya imam-imam yang mencetuskan aliran utama dalam memahami hukum dan mengeluarkan hukum-hakam feqah untuk diamalkan oleh kaum muslimin pada waktu itu. Metod ahli Iraq yang berpusat di Kuffah pila dikenali sebagai aliran ahli rakyi (menggunakan akal dan pendapat dalam mengeluarkan hukum-hakam dalam menyelesaikan masalah yang baru) yang diketuai oleh Imam Abu Hanifah.Metod ahli Hijaz pada waktu itu dikenali sebagai aliran ahli hadis Aliran ahli hadis kemudiannya dikenali melalui tokohnya, iaitu Imam Malik.

Perbezaan pendapat diantara kedua-kedua aliran ini pada asalnya harmoni.Tetapi menjadi keruh apabila diwarnai dengan ketaksuban para pengikutnya.Untuk menyelesaikan masalah ini, Imam al-Syafiie pula mambawa metod baru yang menggabungkan antara kedua-dua aliran tersebut.Aliran baru ini dapat dilihat dalam disiplin ilmu baru yang disusunnya, iaitu ilmu Usul al-Fiqh melalui karya agung beliau iaitu al-Risalah. Al-Risalah pada asalnya merupakan surat yang ditulis sempena permintaan rakannya iaitu Abdul Rahman al-Mahdi agar beliau dapat menyelesaikan pertelagahan yang wujud diantara kedua-dua aliran iaitu ahli hadis dan ahli rakyi. Surat itu menghimpunkan kaedah baru yang beliau susun dan dikirimkan kepada abdul Rahman al-Mahdi. Hal itu telah memeranjatkan al-Mahdi. Perasaan takjubnya terhadap Imam al-Syafiie dan juga surat itu telah dirakamkan pada mukaddimah surat tersebut yang akhirnya dikenali sebagai buku Usul alFiqh yang pertama dan ia dinamakan sebagai al-Risalah yang bermaksud surat. Metod Imam al-Syafiie akhirnya membentuk alirannya tersendiri dan mempunyai para pengikut setia.Aliran ini akhirnya membentuk aliran ketiga di kalangan kaum muslimin selepas dua aliran sebelumnya.Anak murid Imam al-Syafiie iaitu Imam Ahmad ibn Hanbal pula telah memulakan aliran yang keempat dengan memodifikasikan aliran Imam al-Syafiie dengan menumpukan kepada hadis dan periwayatannya.Ahmad Ibn Hanbal berjaya mendapat pengikut yang ramai melalui perjuangannya yang cekal mempertahankan akidah ahli sunnah dalam berhadapan dengan pihak penguasa yang beraliran Mutazilah. Sehingga kini, empat aliran yang dibincangkan tadi mendominasi aliran pemikiran umat Islam dalam usaha mereka beramal dengan hukum-hukum syara melalui dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah.Aliran-aliran pemikiran yang terbina melalui kaedahkaedah yang tersendiri inilah yang dikenali sebagai mazhab.Mazhab-mazhab ini akhirnya disandarkan kepada para pengasasnya.Contohnya, seperti Mazhab Maliki diambil sempena nama pengasasnya iaitu Imam Malik bin Anas, Mazhab Hanafi diambil sempena nama Imam Abu Hanifah bin Numan, Mazhab Syafie pula diambil sempena nama Imam Muhammad bin Idris al-Syafie dan Mazhab Hanbali dinisbahkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal. 1.2 PEMBAHAGIAN GOLONGAN MAZHAB Dalam Islam, istilah mazhab secara umumnya digunakan untuk dua tujuan iaitu dari sudut akidah dan dari sudut fiqh.Mazhab akidah ialah apa yang bersangkut-paut dengan soal keimanan, tauhid, qada dan qadar, hal-hal samiyat, kerasulan dan sebagainya. Antara contoh mazhab-mazhab akidah Islam ialah Mazhab Ahli Sunnah wa al-Jamaah,Mazhab

Syiah,Mazhab Khawarij dan Mazhab Mutazilah.Setiap daripada kumpulan mazhab akidah ini mempunyai mazhab-mazhab fiqhnya yang tersendiri. Hingga ke saat ini,mazhab yang digunakan terbahagi atas dua kelompok besar yang

menjadi ikutan atau taklid umat Islam seluruh dunia iaitu mazhab golongan Sunni (Ahlussunnah wal Jamaah) dan mazhab golongan Syiah.Mengikut pendapat ulama Sunni,mazhab muktabar yang boleh dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab yang mengikut qaul yang rajih iaitu Hanafi,Maliki,Syafiie dan Hanbali.Keempat-empat mazhab ini mempunyai peraturan, kaedah dan panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab masing-masing.Ianya juga bererti sejumlah fatwa atau pendapatpendapat seorang alim besar iaitu pelopor atau pengasas kepada setiap mazhab tersebut yang bergelar Imam dalam urusan agama,baik dalam masalah ibadah ataupun lainnya. Selain golongan Sunni, golongan Syiah juga memiliki mazhab mereka sendiri. Pada awalnya banyak mazhab yang terdapat pada golongan Syiah. Namun dalam perkembangannya, saat ii hanya ada tiga mazhab yang masih bertahan. Ketiga mazhab tersebut adalah Itsna Asyariah (paling banyak diikuti), Ismailiyah dan Zaidiyah . Di dalam keyakinan utama Syiah,Ali bin Abu Thalib dan anak-cucunya dianggap lebih berhak untuk memegang tampuk kepemimpinan sebagai khalifah dan imam bagi kaum muslimin.Di antara ketiga mazhab Syiah terdapat perbedaan dalam hal siapa saja yang menjadi imam dan pengganti para imam tersebut pada saat ini. 1.3 PENGENALAN MAZHAB JUMHUR Bagi Islam Sunnah, terdapat empat mazhab sahaja yang diiktiraf dan muktabar iaitu Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali.Keempat-empat mazhab ini mempunyai peraturan, kaedah dan panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab masing-masing.Ia menjadi bahan tidak ternilai dalam perbendaharaan undang-undang Islam.Kesemua mereka ini berada dalam bidang Usul al-Fiqh ataupun juga dikenali sebagai mujtahid mutlaq. Maka, sebab itulah keempat-empat mazhab ini dikenali sebagai Mazhab Jumhur yang bermaksud aliran mazhab yang terkenal dan muktabar serta mempunyai panduan lengkap dan menyeluruh. Ada juga mazhab-mazhab yang lain lagi selain daripada mazhab yang empat, tetapi tidaklah begitu terkenal dan lengkap dan tidak mempunyai kaedah-kaedah usul-usul dan tidak mempunyai kaedah-kaedah yang cukup yang dibukukan untuk dijadikan panduan dalam bidang perundangan sebagaimana yang empat tadi.

Para ulama selepas itu mengembangkan pula metod imam mazhab mereka dengan mengeluarkan pelbagai fatwa baru yang dikenali sebagai mujtahid mazhab.Aliran mazhab ini akhirnya bertambah luas apabila para pengikut mereka mula menyebarkan mazhab dan ajaran imam masing-masing dengan mengeluarkan pelbagai fatwa baru untuk menyelesaikan masalah semasa.Fatwa-fatwa mereka ini akhirnya memperkayakan khazanah hukum-hakam yang dikenali sebagai pendapat mazhab mereka. Mereka tidak membina aliran mereka tersendiri tetapi sebaliknya, mereka berlindung dibawah payung mazhab imam masing-masing dan menggunakan metod mereka dalam memahami al-Quran dan al-Sunnah untuk mengeluarkan hukum-hukum syara. 1.4 PENGENALAN MAZHAB AHLUL USUL Mazhab ahlul usul ini sebenarnya adalah terdiri daripada mazhab fiqh yang masyhur iaitu Mazhab Ahli Sunnah Waljamaah yang terdiri daripada Mazhab Maliki, Hambali, Syafie dan Hanafi. Mazhab ahlul usul secara ringkasnya bermaksud satu golongan atau ahli yang pakar dan mahir dalam perkara pokok atau dasar yang digunakan berasaskan sumber yang sahih iaitu Al-Quran dan Hadith Hadith rasulullah S.A.W dalam memecahkan masalah, atau mengistinbatkan hukum-hukum Islam. Namun, ketiga-tiga Mazhab iaitu Maliki, Hambali dan Syafie lebih dikenali sebagai Mazhab Jumhur yang mengklasifikasikan hukum syarak kepada lima bahagian sahaja iaitu ijab , nadb, tahrim, karahah dan ibahah, manakala mazhab Hanafi pula tetap dikenali sebagai Mazhab Ahlul Usul. Ini disebabkan, ulama Hanafi menetapkan bahawa hukum taklifiyy terbahagi kepada tujuh bahagian iaitu fardu, ijab, nadb, tahrim, karahah tahrim, karahah tanzih dan ibahah. 2. PENGASAS MAZHAB Selepaspemergian Rasulullah s.a.w, para sahabat dan para Tabiien, maka lahirlah aliran-aliran Mazhab Fiqhiyyah yang dipelopori oleh Imam-Imam Mujtahid yang terdiri daripada Imam Abu Hanifah al-Numan, Imam malik bin Anas, Imam as-Syafiie dan Imam Ahmad Ibn Hanbal. Mereka meupakan pelopor kepada kepada empat mazhab ahli sunnah yang mashur iaitu mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafiie dan Mazhab Hanbali. Inilah mazhab-mazhab yang jumhur dan menjadi ikutan umat Islam di seluruh dunia hari ini. Mazhab lain yang ada selain daripada yang empat ini sehingga hari ini dan mempunyai pengikutnya adalah seperti mazhab Syiah Zaidiyyah dan Syiah Imamiyyah, namun ianya tidak jumhur dan bertentangan dengan aliran ahli sunnah wal jamaah.Selain

itu, mazhab-mazhab seperti mazhab al Auzaiy, mazhab al-tabari dan lain-lain sudah terhapus dan tidak berkesinambungan apabila tiada pengikutnya yang tinggal.

2.1 MAZHAB HANAFI Diasaskan oleh Nu`man Bin Tsabit. Lahir pada tahun 80 Hijrah. Beliau adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Juga beliau seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan. Cekap memberikan satu-satu keputusan bagi masalah-masalah yang dihadapi. Oleh kerana beliau seorang yang berpengetahuan, bijak dan berakhlak mulia, maka beliau dapat membuat perhubungan yang rapat dengan pembesar negara. Ia mendapat tempat yang baik dalam masyarakat dan berjaya menyandang jawatan yang tinggi dalam pemerintahan. Iman Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di negeri Iraq. Dan beliau juga sebagai ketua ahli fikir (ahli ra`u). Golongan cerdik pandai pada masa itu menyifatkan beliau sebagai "akal dalam ilmu pengetahuan". Semasa hidupnya, beliau dapat menuruti bermacam-macam pertumbuhan dan perkembangan ilmu pengetahuan, baik di bidang ilmu dan politik mahupun ilmu agama. Zaman beliau memang dikenali sebagai zaman pertumbuhan politik, agama dan ideologi-ideologi yang bermacam-macam. Beliau dapat hidup dalam dua zaman pemerintahan Umaiyah dan juga di zaman pemerintahan `Abasiyah. Sungguhpun Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak ilmu. Tetapi beliau sangat merendah diri. Beliau tidak terpedaya dengan fikirannya sendiri. Dan beliau pernah berkata "Bahawasanya pendapat kami adalah salah satu dari pendapat dan jika didapati pendapat yang lebih baik dan tepat maka pendapat itu lebih benar dan utama". Abu Hanifah seorang yang berperibadi tinggi dalam majlis perbahasan. Beliau tidak sekali-kali menghina mereka yang berbahas dengan mereka. Mereka tidak pernah mengkafirkan sesiapa yang berbahas dengannya, kerana beliau berpendapat : "Sesiapa yang mengkafirkan seseorang maka ia terlebih dahulu kafir dari orang itu." 2.2 MAZHAB MALIKI Pengasas mazhab Maliki ialah Malik Bin Anas, lahirnya di kota Madinah dalam tahun 93 hijrah. Beliau dilahirkan 13 tahun selepas lahirnya Iman Abu Hanifah. Semasa hidupnya, Iman Malik dapat menurut dua corak pemerintahan Umaiyah dan Abasiyah, di mana perlingkahan sengit dua pemerintahan sering terjadi. Di masa itu juga pengaruh ilmu pengetahuan Arab, Parsi dan Hindi tumbuh dengan suburnya dikalangan masyarakat di waktu itu. Iman Malik menghafaz Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W.

Ingatannya sangat kuat dan menjadi adat kepadanya. Manakala beliau mendengar hadithhadith daripada guru-guru, terus disimpulkan tali bagi menyenangkan perhitungan bilangan hadith-hadtih yang sudah beliau pelajari. Pada permulaan hidup Imam Malik bercita-cita menjadi biduan tetapi ibunya menasihatkan supaya beliau meninggalkan cita-cita itu, dan meminta beliau supaya mempelajari ilmu fiqh, beliau menerima nasihat ibunya dengan baik. Iman Malik adalah seorang guru yang miskin, pernah satu hari kayu bumbungnya rumahnya telah roboh, terus beliau menjual kayu itu untuk mendapat sedikit wang untuk perbelanjaan hidupnya, tetapi pada akhirnya beliau dimurahkan Allah akan rezekinya sehingga beliau menjadi seorang kaya. Setelah beliau menjadi seorang kaya, beliau memakai pakaian yang mahal dan memakai bau-bauan yang baik. Imam Malik adalah seorang yang aktif dalam menuntut ilmu. Beliau banyak membuat perhubungan dengan ahli-ahli hadith dan ulama. Imam Malik dianggap sebagai ketua atau imam bagi ilmu hadith. Sanad-sanad (sandararan-sandaran) yang dibawa oleh beliau termasuk salah satu sanad-sanad yang terbaik dan benar. Beliau seorang yang dipercayai, adil dan kuat ingatannya, cermat dan halus memilih rawi-rawi hadith. Pendek kata Imam Malik adalah orang yang tidak diragui dalam konteks ini. Imam Malik tetap berpegang teguh S.A.W. dalam menganggap hadith-hadith itu petunjuk, penyuluh kepada manusia. Tidak harus seseorang meninggalkan dan membelakangkannya. Sebelum Imam Malik menjadi guru, beliau lebih dahulu mendalami dalam bidang pelajaran sehingga kadang-kala beliau tidak tidur. Setelah fikiran beliau matang dan benar-benar berkebolehan barulah beliau mengajar. Hukum-hukum fiqh yang diberikan oleh Imam Malik adalah berdasarkan Al-Quran dan hadith. Imam Malik menjadikan hadith sebagai pembantu bagi memahami Al-Quran, Imam Malik sangat cermat dalam memberi penerangan dan hukum-hukum. Beliau berfikir panjang sebelum memberi satu-satu hukum atau fatwa. Beliau pernah berkata : "Kadangkala aku berjaga satu malam suntuk untuk mencari jawapan bagi satu-satu soalan yang dikemukakan kepada aku". Apabila beliau ditanya satu-satu hukum, beliau terus berkata kepada penanya "Pulanglah dahulu supaya aku dapat berfikir". Ramai manusia merendahrendahkan Imam Malik dengan sebab beliau melewatkan menjawab sebarang pertanyaan. Imam Malik menangis dan berkata "Aku bimbang kerana aku akan disoal satu hari nanti dalam ( hari kiamat)". 2.3 MAZHAB SYAFIIE Mazhab Syafie adalah diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 105 hijrah, sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin . Beliau

seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu. Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadith dan fikiran dan membentuk undangundang fiqh. Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan syair-syair, tetapi beliau mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadith hingga sampailah beliau ke kemuncak yang paling tinggi dalam bidang tersebut. Imam Syafie ialah imam yang ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran. Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadith dan pembaharu agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata : diceritakan kepada nabi muhamad S.A.W. bahawa Allah menghantar kepada umat ini seorang pembaharu kepada agama, Umar Bin Abdul Aziz dihantar untuk abad yang pertama dan aku harap Imam Syafie merupakan mujadid abad yang kedua. Nama asalnya ialah Muhamad Bin Idris, lahir di bandar Ghazah di Palestin pada tahun 105 hijrah, inilah tarikh paling masyur dikalangan ahli sejarah. Beliau adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah S.A.W pada datuk Rasulullah iaitu Abdul Manaf. Semasa muda Imam Syafie, hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu, belulang, pelepah tamar dan tulang-tulang untuk ditulis diatasnya, terkadangkadang beliau terpaksa pergi ke tempat-tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya. Imam Syafie menghafaz Al-Quran dengan mudah, iaitu semasa beliau masih kecil lagi, beliau menghafaz dan menulis hadith-hadith. Beliau sangat tekun mempelajari kaedahkaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk tujuan itu beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama dengan puak Hazyal selama 10 tahun. Kerana puak ( kabilah ) Hazyl terkenal suatu kabilah yang paling baik bahasa Arabnya. Imam Syafie banyak menghafaz syair-syair dan qasidah dari puak Hazyl, begitu juga beliau banyak menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya, tetapi Allah menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fiqh. Di antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil menunggang kuda bersama-sama beliau seorang lelaki. Lalu berkata lelaki itu Tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh menjatuhkan maruah. Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh. Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie. Dari sejak itu beliau menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh. Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadith ialah Imam Malik. Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah merupakan satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah perundangan Islam kerana beliaulah yang

menghimpunkan atau menyatukan ilmu fiqh ahli-ahli akal dan fikir dengan ilmu fiqh ahliahli akal dan hadith. Ilmu fiqh Imam Syafie juga merupakan ikatan sunnah dan qias, dan pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan sebagaimana ia juga ilmu fiqh yang menetapkan cara-cara atau peraturan untuk memahami Al-Quran dan Al-Hadith. Juga ia menetapkan kaedah-kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya. Lantaran itulah beliau berhak dianggap penaja bagi ilmu usul fiqh. 2.4 MAZHAB HANBALI Nama bagi pengasas Imam Hanbali ialah Ahmad Bin Mohamad Bin Hanbal. Lahir di bandar Baghdad pada tahun 164 hijrah. Ibnu Hanbal adalah dari keluarga miskin, kerana bapanya tidak meninggalkan di waktu matinya melainkan sebuah rumah yang kecil yang didiaminya. Untuk menampung kehidupannya, belaiu terpaksa bekerja di kedai jahit untuk mengambil upah. Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau tetap mempelajari hadith sehingga beliau menjadi seorang imam, orang pernah berkata kepadanya: "Sampai bilakah engkau nak menuntut ilmu? Padahal engkau sudah mencapai darjat paling tinggi dan engkau telah menjadi imam bagi seluruh umat Islam?" Imam Ibnu Hanbal menjawab: "Aku menuntut ilmu dari hujung dunia hinggalah ke pintu kubur." Memang benar beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Imam Syafie adalah salah seorang dari guru Ahmad Bin Hanbal. Ibnu Hanbal bertemu Imam Syafie semasa di Hijaz, sewaktu beliau menunaikan fardu haji, Imam Syafie mengajar di Masjidil Haram. Ibnu Hanbal mempelajari daripadanya, kemudian mereka bertemu pula pada kali kedua di Baghdad, Imam Syafie menasihatinya supaya beliau mengikutnya ke Mesir. Imam Ibnu Hanbal bercadang mengikutinya tetapi niatnya tak sampai.

3. PEMBAHAGIAN

HUKUM

SYARAK

MENGIKUT

PENDAPAT

MAZHAB

JUMHUR DAN MAZHAB AHLUL USUL. Hukum syarak ialah kalam (khitab) Allah S.W.T yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang mengandungi tuntutan ( )ke atas mukallaf supaya melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan, atau mengandungi pilihan ( )sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak atau berkaitan dengan perkara yang lebih umum dari perbuatan mukallaf dari segi menjadikan sesuatu sebagai sebab, syarat atau penghalang bagi adanya sesuatu yang lain, atau menjadikan keadaan sesuatu sebagai sah atau fasid. Ketetapan ini diketahui berdasarkan penelitian terhadap dalil-dalil Syara' iaitu al-Quran, as-

Sunnah, Ijma', Qias dan sebagainya oleh para ahli Fiqh atau Mujtahid. kepada dua jenis iaitu Hukum Taklifi dan Hukum Wadhi

Daripada

pengertian hukum syarak di atas dapatlah dirumuskan bahawa hukum syarak ini terbahagi

3.1 Hukum Taklifi Hukum Taklifi adalah hukum yang mengandung perintah, larangan, atau memberi pilihan terhadap seorang mukallaf untuk berbuat sesuatu atau tidak berbuat. Perbuatan; perbuatan hamba mengikut hukum taklifi berada dalam tiga kelompok besar iaitu i) Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan. Jika jenis tuntutan adalah jazam (yakni mesti), maka ia dinamakan Fardhu atau Ijab. Adapun jika jenis tuntutan adalah tidak jazam (tidak mesti), iaitu hanya galakan sahaja, maka ia dinamakan Nadb. ii) Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan. Jika jenis tuntutan supaya ditinggalkan itu adalah jazam (yakni mesti), maka ia dikategorikan sebagai Tahrim. Adapun jika jenis tuntutan adalah tidak jazam (tidak mesti), iaitu hanya galakan sahaja, maka ia dinamakan Karahah. iii) Perbuatan-perbuatan yang diberi pilihan Ini bermaksud terserah kepada manusia sama ada ingin melakukannya atau meninggalkannya dan ia dinamakan Mubah

3.1.1

Pembahagian Hukum Taklifi Menurut Mazhab Jumhur ( Maliki, Syafiie dan Hanbali ) Menurut mazhab jumhur, perbuatan-perbuatan mukallaf mengikut hukum Syarak

terbahagi kepada lima bahagian iaitu; I. Ijab Khitab Allah yang meminta supaya melakukan sesuatu perkara dengan tuntutan yang pasti.Iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang mesti atauwajib dilakukan

di mana jika ditinggalkan akan berdosa. Contohnya solat lima waktu dan zakat. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 110;


Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat

Ayat di atas menjelaskan bahawa solat dan zakat itu adalah Wajib kerana ia satu bentuk tuntutan yang pasti (jazmun) iaitu berdasarkan dalil qat'i, al-Quran al-Karim. II. Nadb Iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang digalakkan melakukannya oleh Syarak iaitu diberi pahala sesiapa yang melakukannya, namun tidaklah berdosa jika ditinggalkannya. Contohnya Solat sunat rawatib berdasarkan hadith Nabi s.a.w. Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; "Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan AtTurmuzi. Hadith di atas menunjukkan bahawa anjuran supaya bersolat sunat rawatib adalah Sunat (Mandub) bukannya Wajib. III. Tahrim Iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang mesti ditinggalkan di mana jika dilakukan akan berdosa.Contohnya seperti larangan meminum arak berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 90:

Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Ayat di atas menjelaskan bahawa perbuatan meminum arak itu adalah Haram kerana ia satu bentuk tuntutan yang pasti (jazmun) iaitu berdasarkan dalil qat'i iaitu al-Quran alKarim.

IV.

Karahah Menurut mazhab jumhur maksud hukum ini ialah amalan-amalan atau perbuatan-

perbuatan yang digalakkan meninggalkannya iaitu diberi pahala kepada orang yang meninggalkannya (kerana Allah), namun tidak dikira berdosa jika dilakukannya. Contohnya seperti duduk di dalam masjid sebelum solat tahayyatul masjid berdasarkan Sabda Rasulullah S.A.W :

) :: :)
Maksudnya : Apabila kamu masuk ke dalam masjid, janganlah duduk sehingga solat dua rakaat (solat sunat tahayyatul masjid). Dalil ini membawa kepada hukum makruh perbuatan tersebut kerana tuntutan yang tidak tegas ini dapat diketahui melalui lafaz larangan ( Nahi) tetapi terdapat Petunjuk (qarinah) yang meunjukkan tuntutan itu tidak secara keras. V. Mubah Iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang diserah kepada pilihan manusia samaada ingin melakukannya atau meninggalkannya di mana sebarang pilihannya tidak akan membawa implikasi dosa atau pahala. Misalnya, firman Allah swt dalam surah AlJumuah ayat 10;


Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa Yang kamu hajati dari

limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).

Ayat tersebut menunjukkan hukum kepada perbuatan berusaha mencari rezeki selepas Solat Jumaat adalah harus melalui lafaz suruhan (amr) kerana ada Petunjuk (qarinah) yang menunjukkan diberi kebebasan. 3.1.2 Pembahagian Hukum Taklifi Menurut Pendapat Mazhab Alul Usul ( Al-

Hanafiah) Golongan Hanafiyah pula membahagikan Hukum Taklifi kepada 7 bahagian iaitu:I. Fardhu Khitab atau titah Allah yang menuntut melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang pasti yang berdasarkan dalil Qati. Contohnya, membaca manamana surah dalam solat adalah Fardhu kerana ia berdasarkan dalil qat'i iaitu firman Allah s.w.t yang bermaksud : Maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al-Quran(Al-Muzammil 73:20) . II. Ijab Khitab atau perintah Allah yang menuntut melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang pasti berdasarkan dallil zhanni iaitu dalil yang sabit dengan jalan khabar atau hadis ahad. Contohnya membaca surah al-Fatihah pula adalah Wajib kerana ia berdasarkan dalil yang zanni iaitu Hadith Ahad dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tidak sah sembahyang orang yang tidak membaca al-fatihah III. Tahrim Iaitu khitab atau titah Allah yang menuntut meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang pasti berasaskan dalil Qati. Dengan demikian secara sederhana dapat dikatakan bila ditinggalkan perbuatan itu pelakunya akan mendapat pahala dan bila dilaksanakan berdosa. Haram ada dua macam, yaitu: a) Haram li-dzatihi, yaitu perbuatan yang diharamkan oleh Allah, karena bahaya tersebut terdapat pada perbuatan itu sendiri. Sebagai contoh makan bangkai, minum khamr, berzina, dll.

b) Haram li-ghairi/aridhi, yaitu perbuatan yang dilarang oleh syariat dimana adanya larangan tersebut bukan terletak pada perbuatan itu sendiri, tetapi perbuatan tersebut dapat menimbulkan haram li-dzatihi. Sebagai contoh jual beli memakai riba, melihat aurat wanita, dan lain-lain. IV. Karahah Tahrim Iaitu khitab atau perintah Allah yang menuntut meninggalkan sesuatu dengan tuntutan pasti berasarkan dalil zanni. Contohnya hukum memakai sutera dan emas bagi golongan lelaki menurut Mazhab Hanafi adalah Karahah Tahrim sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w dalam Hadith Ahad yang bermaksud Dihalalkan emas dan sutera bagi kaum wanita umatku, dan diharamkan ke atas kaum laki-laki. V. Karahah Tanzih Maksudnya ialah tuntutan syarak supaya meninggalkan sesuatu dengan tuntutan yang tidak tegas mereka namakan karahah tanzih. Menurut Mazhab Hanafi, makruh tanzih sama seperti hukum makruh pada pendapat mazhab jumhur iaitu tuntutan tidak pasti untuk meninggalkannya. Ia tidak mesti ditinggalkan, diberi pahala jika ditinggalkan dan tidak mendapat apa-apa siksa jika dilakukan.Misalnya seperti larangan syarak daripada berwudhu menggunakan air sisa minuman binatang buas. VI. Nadb Iaitu khitab atau titah perintah Allah yang menuntut melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang tidak pasti. Ahli ushul Hanafiyah tidak menyamakan antara sunnat dengan mandub (nafl). Menurut mereka, bahawa yang disuruh oleh syara' itu terbagi empat, yaitu (1) Fardlu; (2) Wajib; (3) Sunnah; dan (4) Nafl (Mandub). Mereka membagi sunnat kepada dua macam: 1. Sunnat hadyin, yaitu segala rupa pekerjaan yang dilaksanakan untuk menyempurnakan kewajiban-kewajiban agama, seperti adzan dan jama'ah. 1. Sunnat zaidah, yaitu segala pekerjaan yang bukan merupakan bahagian untuk menyempurnakan perintah agama, hanya termasuk terpuji bagi yang melakukannya, seperti pekerjaan yang dilakukan Rasulullah ketika makan, minum dan tidurnya yang menjadi kebiasaannya.

VII.

Mubah. Iaitu titah Allah yang membuatkan pilihan untuk melakukan sesuatu atau meninggalkannya. Dalam kata erti yang lain ialah jika melakukannya atau tidak maka tidak ada pahala atau dosa diberikan. Sama seperti penerangan mubah pada pendapat Jumhur Ulama.

3.2 Hukum Wadhi Hukum Wadhi ialah khitab Allah yang berkaitan dengan menjadikan sesuatu sebagai Sebab, Syarat, Mani (penghalang), Sah atau Fasid( Batal) sesuatu hukum. 3.2.1 Sebab. Iaitu sesuatu yg dijadikan oleh syariat sebagai tanda bagi adanya hukum. Sebagai contoh gelincir matahari menjadi sebab wajib solat Zuhur. 3.2.2 Syarat. Syarat ialah menetap atau menjadikan sesuatu sebagai syarat. Tidak adanya syarat berarti pasti tidak adanya hokum. Contohnya seperti hadis Nabi tidak solat mereka yang tidak ada wudhuk padanya. Disini menunjukkan wudhuk menjadi syarat sah solat dan sekiranya tidak ada wudhuk tidak sah solat. Melainkan disaat tidak terdapat air, sakit yang menyebabkan tidak dapat menyentuh air dan lain-lain yang menjadikan ganti kepada wudhuk adalah tayammum. 3.2.3 Al-Mani ( Penghalang). Al-Mani (penghalang) ialah perkara syara yang dengan adanya ia menafikan tujuan yang dikehendaki oleh sebab atau hukum. Contohnya seperti menjadikan haid dan nifas sebagai perkara yang menghalang sah solat atau puasa. 3.2.4 Sah. Iaitu sesuatu perbuatan yg telah dilakukan oleh mukallaf dengan cukup syarat-syarat dan rukun-rukun yang diminta oleh syarak seperti sah solat jika cukup syarat dan rukun. 3.2.5 Fasad (Batal) Iaitu sesuatu perbuatan yg telah dilakukan oleh mukallaf dengan syarat atau rukun yang tidak cukup seperti batal solat jika tidak cukup syarat dan rukun.

4. PERKARA KHILAF DALAM MAZHAB JUMHUR DAN AHLUL USUL Apabila membincangkan mengenai kekhilafan, perselisihan ataupun perbezaan pendapat tentang hukum sesuatu perkara antara ulama dan aliran mazhab adalah disebabkan terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada wujudnya perbezaan tersebut. Namun sesuatu yang pasti dan harus difahami ialah perbezaan yang berlaku tidaklah terkeluar daripada perkara dasar atau pokok sesuatu hukum itu, tetapi hanyalah dari sudut perkara cabang atau furu sahaja. Jika ditinjau dari sudut perselisihan antara mazhab jumhur dan ahlul usul ini, ianya lebih berkisar tentang pembahagian hukum taklifi yang mana jumhur berpegang kepada lima hukum taklifi, manakala ahlul usul tetap berpendirian hukum taklifi terbahagi kepada tujuh bahagian. Mazhab Hanafi membezakan perkara fardhu dan wajib, mengkelaskan perkara haram (Tahrim), perkara makruh yang mendekati haram ( Karahah tahrim) dan perkara makruh ( Karahah Tanzih) secara berasingan. Jumhur ulama berpendapat bahawa fardhu dan wajib adalah sama maknanya, Fardhu adalah wajib dan wajib adalah fardhu. Menurut Abd al-Rauf Mufdi Kharabisah ( 2005 ) Kedua-duanya adalah perintah Allah dengan tuntutan yang pasti dan mesti adalah wajib sama ada ia disabitkan dengan dalil yang qatiyy atau zanniyy. Sedangkan Ulama Hanafi tegas membezakan keduanya,menurut mereka kefardhuan sesuatu hukum disabitkan dengan dalil yang qatiyy melalui al-Quran, sunnah mutawatir atau ijma.Manakala wajib pula disabitkan dengan dalil zanni seperti hadith ahad dan qiyyas. Begitu juga dengan Tahrim dan Karahah Tahrim, menurut jumhur ulama keduanya adalah sama maknanya, sementara di sisi ulama hanafi adalah dua perkara yang berbeza. Sesetengah ulama seperti Al-Amidi dan Al-razi berpendapat bahawa perbezaan di antara dua golongan ini hanya dari segi bahasa sahaja kerana jelas adanya kesepakatan di antara kedua-dua mazhab ini berkaitan asas penetapan hukum bagi kedua-dua perkara fardhu dan wajib ini ialah kedua-duanya adalah melalui perintah yang tegas.Pada realitinya perbezaan ini membawa kesan yang berlainan.Menurut Hanafi keingkaran terhadap perintah fardhu seperti mengingkari perintah solat dan zakat membawa kepada hukum kafir, manakala tidaklah kufur jika mengingkari hukum wajib seperti mengerjakan solat tanpa membaca surah al-fatihah. Solatnya tetap sah,tetapi menanggung dosa.Jumhur ulama pula mengatakan tidak membaca fatihah di dalam sembahyang boleh mengakibatkan batal sembahyangnya. Sebenarnya apa yang dilihat sebagai perbezaan perletakan hukum fardhu dan wajib di antara mazhab jumhur dan ahlul usul hanafiyah adalah disebabkan perbezaan dalam pentafsiran firman Allah dalam surah al-muzammil 73:20 :


Oleh itu bacalah mana-mana Yang mudah kamu dapat membacanya dari AlQuran (dalam sembahyang)

Menurut pendapatImam Hanafi ayat ini adalah titah Allah yang menuntut melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang pasti,ianya bersifat umum yang bermaksud membaca apa-apa sahaja ayat dari al-Quran ketika solat adalah fardhu. Menurut Imam Syafiie yang dimaksudkan dengan ayat tersebut ialah surah alfatihah, kerana Rasulullah s.a.w selalu membaca surah al-fatihah ketika solat, kemudian Baginda s.a.w bersabda yang maksudnya: Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu lihat solatku. Manakala menurut ImamHanafi membaca al-fatihah dalam solat pula adalah perkara wajib. Walaubagaimanapun perbezaan pengertian fardhu dan wajib adalah perbezaan istilah, kerana jumhur ulama tidak mengingkari adanya perbezaan antara dalil qati dan dalil zanni dan tidak berbeza pendapat tentang orang yang ingkar suatu yang didasarkan kepada dalil qati adalah kafir. Sementara orang yang ingkar hukum berdasarkan dalil zanni adalah fasik.Oleh itu imam al-Amidi dalam bukunya berpendapat bahawa perbezaan menetapkan hukum wajib dan fardhu dari aspek jelas dan tidak jelas,atau dari aspek kuat dan lemah, tidak akan menimbulkan perbezaan adanya hakikat hukum wajib.

4.1

Punca perbezaan pendapat antara kedua-dua mazhab Menurut pandangan Dr. Yusuf Qaradhawi, Imam-imam berselisih kerana syariat

Allah diturunkan dalam bentuk nas-nas. Manusia tidak dapat lari daripada perselisihan di dalam memahami nas-nas. Ini adalah suatu yang tabi'e (semulajadi) dalam kehidupan. Manusia di dalam perselisihan mereka terbahagi kepada dua iaitu golongan yang mengambil berat tentang zahir lafaz dan golongan yang mengambil berat tentang maksud lafaz. Sebab-sebab berlakunya perbezaan pendapat antara para imam mazhab bukanlah disengajakan oleh mereka tetapi ia adalah sesuatu yang sememangnya wujud disebabkan faktor-faktor tertentu yang tidak dapt dielakkan. Adalah ditegaskan bahawa perbezaan itu hanyalah dalam hal-hal furu (cabang) dan tidak melibatkan prinsip. Secara umumnya perbezaan ini timbul kerana beberapa sebab iaitu: i) Faktor kemanusiaan. Manusia dicipta dengan kebolehan yang berbeza-beza, sama ada secara fizikal atau mental. Perbezaan mental lebih tepat diertikan

sebagai perbezaan seseorang itu menafsir sesuatu dalil al-Quran dan alSunnah untuk mengeluarkan sebuah hukum. Ini hanya berlaku terhadap dalil yang bersifat umum sehingga memungkinkan pemahaman yang berbeza. ii) Faktor sejarah. Pada zaman para imam mazhab, tidak terdapat suasana yang memudahkan mereka untuk memperolehi hadis-hadis atau duduk bersama membicarakan sesuatu hal agama. Para imam mazhab terpaksa berhijrah ke sana sini di seluruh dunia Islam untuk mencari hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Suasana ini ada hubung-kaitnya dengan hukum yang dikeluarkan oleh seseorang imam mazhab itu di mana setiap daripada mereka akan mengeluarkan pendapat berdasarkan hadis-hadis yang sempat mereka terima sahaja. iii) Faktor bahasa. Para Imam telah berselisih disebabkan oleh perselisihan mereka dalam menentukan maksud perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna. Begitulah juga dengan sebahagian perkataan yang membawa maksudnya yang hakiki dan `majazi' (bukan makna hakiki). Sebahagian Imam mengambil maknanya yang hakiki dan sebahagian yang lain mengambil maknanya yang `majazi'. Firman Allah: "Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga quru '. " Al-Baqarah: 228 Apakah yang dimaksudkan dengan quru'? Di dalam bahasa, perkataan ini memberi makna haid dan juga suci. Sebagai contohnya, firman Allah dalam surah Al-Maidah: 6:yang bermaksud: "Atau kamu sentuh perempuan. Adakah yang dimaksudkan di sini bersentuh, seperti pandangan Ibnu Omar atau ianya adalah kiasan bagi persetubuhan, seperti pandangan Ibnu `Abbas? Perbezaan dalam menafsir istilah-istilah bahasa inilah yang mendatangkan perselisihan pendapat dalam memutuskan hukum sesuatu keadaan tersebut. iv) Faktor penilaian dan pengkelasan sesuatu dalil. Perselisihan antara imamimam mazhab juga berlaku dalam penilaian dan pengkelasan sesuatu dalil. Misalnya Istihsan pula menjadi sumber hukum mazhab Hanafi sedangkan tiga mazhab lagi tidak mengambilnya sebagai sumber hukum. Istihsan ialah kebaikan umum atau yang lebih baik sebagai contoh perempuan yang berjunub dilarang membaca Al-Quran sepertimana didalam hadith Nabi. Dengan dalil ini adakah perempuan yang sedang haidh termasuk didalam larangan ini atas jalan qias.Maka mazhab Hanafi membolehkan perempuan

sedang haidh membaca Al-Quran kerana yang lebih baik baginya dibenarkan membaca Al-Quran kerana masa haidh adalah panjang sedangkan masa junub boleh ditamatkan dengan mandi. v) Perbezaan dalam memahami al-Qur'an. Al-Qur'an adalah pegangan pertama semua Imam Mazhab dan ulama. mereka hanya berbeza dalam memahaminya, disebabkan: a. Ada sebahagian lafaz al-Qur'an yang mengandung lebih dari satu erti (musytarak) b. Susunan ayat Al-Qur'an membuka peluang terjadinya perbezaan pendapat Huruf "fa", "waw", "aw", "illa", "hatta" dan lainnya mengandung banyak fungsi yang tergantung konteksnya. c. Perbezaan memandang lafaz 'am - khas, mujmal-mubayyan, mutlakmuqayyad, dan nasikh-mansukh. Lafaz al-Qur'an adakalanya mengandung makna umum vi) Berbeza dalam memahami dan memandang kedudukan suatu hadis. Mereka juga berbeza pandangan dalam: a. Kedudukan hadith. b. makna suatu hadith

5. KESIMPULAN Kepelbagaian pendapat di antara ulama hanya mencakupi perselisihan


dan perbezaan pendapat dalam masalah furuiyyah, sebaliknya mereka utuh bersatu mempertahankan perkara dasar dan pokok sesuatu perintah yang disyariatkan dalam al-Quran dan assunnah.Dalam mencari titik kesaksamaan perlu kepada perbahasan dan pengkajian secara menggabungkan setiap melalui dan menyeluruh dalam usaha

pendapat yang paling rojih(kuat) secara terperinci

kaedah usul fiqh,ijtihad dan qias serta memperhalusi percanggahan fiqh muqarin(fiqh perbandingan)yang

tarjih antara dalil yang digunapakai oleh para imam Mujtahid Mutlaq
ini dinamakan juga

tersebut.Kajian

merupakan salah pengkhususan di Universiti al-Azhar,Mesir.Ia merupakan satu


jalan untuk kita perolehi

pendapat yang terkuat tanpa mengira pendapat haruslah dirobohkan untuk menerima fiqh ini

mazhab manapun selagi mana ia menepati Al-Quran danAs-sunah.Tembok yang terbina di sekeliling minda kita apatah lagi

ada antara kita yang masih taksub dengan satu-satu mazhab.

Perselisihan terkandung

satu

pendapat rukhsah-rukhsah

adalah
yang

suatu

hikmah

yang
dengan

didalamnya

banyak,sesuai

perinsip islam itu sendiri sebagai satu agama yang mudah.Nabi sendiri telah
menunjukkan kepada

kita satu uswah yang baik contohnya seperti dalam yang bertayamum kerana tiada air,maka sholatnya,sedangkan seorang lagi tidak Rasulullah berkata kepada

sirah,terdapat dua orang sahabat

setelah selesai sholat mereka telah menjumpai air,maka salah seorang dari mereka berwudhu dan mengulangi

mengulanginya,apabila dirujuk

kepada Nabi s.a.w,

yang tidak mengulangi shalatnya, Kamu telah mengikuti sunnah dan shalat yang kamu lakukan telah cukup bagimu. Sedangkan kepada yang mengulangi wudhu dan shalatnya beliau berkata, Kamu mendapatkan dua pahala. (HR. Abu Dawud dan an-Nasai, dishahihkan oleh syaikh al-Albani) Allah memberikan keluasan di dalam agama bagi pandangan dan pemahaman yang berbeza. Sesuatu yang sesuai untuk satu suasana mungkin tidak sesuai untuk suasana lain dan suatu yang sesuai untuk satu zaman mungkin tidak sesuai untuk zaman yang lain. Sebagai contoh cuba kita lihat masalah wudhuk bagi mereka yang hendak tawaf, mengikut Mazhab Syafie batal wuduk dengan sebab bersentuh perempuan yang halal berkahwin, dengan itu telah kita ketahui di dalam Masjid Haram orang terlalu ramai, jadi kita yang bermazhab Syafie sukar memelihara wudhuk kita, maka di haruskan bagi kita bertaklid mazhab Hambali yang mengatakan tidak batal wudhuk dengan sebab bersentuh perempuan yang halal nikah. Perselisihan dan perbezaan pendapat di kalangan fuqaha bukanlah disebabkan nafsu sehingga lahirnya fahaman mengikut mazhab. Mereka hanya berbeza bukan berpecah dalam beberapa perkara yang dipanggil sebagai furu'iyyah (perkara cabang) mengenai masalah fiqh(hukum) yang tidak jelas disebabkan tidak ada nas yang qat'i (putus) atau adanya kesamaran dari segi hukum. Para imam yang empat juga tidak menyuruh
pengikut-pengikutnya mereka berpegang teguh dengan menasihatkan sunah dan Syafiie pengikutnya membandingkan pendapat sholat qaul yang subuh saling ketika menghormati mengimamkan

pendapat mereka bahkan


dengan kitab dan Imam contoh,Imam

mereka

lain.Sebagai bersama

pengikut

Ahmad,beliau tidak membaca doa qunut kerana menghormati imam mereka.

Perbezaan fiqhiah ini bukanlah suatu kekurangan.Bahkan ia merupakan satu kebaikan, rahmat dan nikmat dari Allah kepada para hambaNya yang beriman dan merupakan kekayaan perundangan terbesar dan keistimewaan yang patut dibanggakan oleh umat Islam. Jalan terbaiknya ialah umat Islam harus bersatu dalam mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang mencerminkan pemikiran Islam yang benar di mana Rasulullah

SAW dan khulafa Ar-Rasyidin yang telah diumumkan oleh Nabi SAW sebagai kesinambungan dari Sunnahnya sebagaimana sabda baginda s.a.w yang bermaksud: Kamu harus mengikut Sunnahku dan sunnah para khulafa yang dipilih sesudahku. Berpegang teguhlah kepadanya dan gigitlah ia dengan gerahammu. Bayangkanlah apa yang akan terjadi sekiranya semua umat Islam bersepakat menerima hanya satu pandangan sahaja dalam semua perkara (menolak pandanganpandangan lain). 6. PENUTUP Dalam hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Thabarani , "Bahawa pada akhir zaman, umat ku terbahagi pada 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang dapat memasuki syurga manakala yang lain terjun kedalam neraka. Maka sahabatnya pun bertanya, siapakah golongan yang satu tersebut , ya RasuluLlah? Jawab baginda Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Maka kita selaku ummat Muhammad s.a.w wajib berpegang dan memasukkan diri ke dalam kelompok yang dianjurkan oleh baginda s.a.w iaitu golongan Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Para imam mazhab fiqh Islam yang empat tidak sekali-kali mempunyai tujuan untuk memecah-belahkan umat Islam. Mereka hanya berusaha untuk menyampaikan ajaran agama bagi memudahkan umat Islam mencapai ketaatan kepada Allah dan RasulNya. Keempat-empat Imam tersebut bila memberi fatwa atau berijtihad atau mengeluarkan hukum, mereka merujuk kepada Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Kalau ada mana-mana pihak yang mengikuti salah satu dari 4 mazhab tersebut, ertinya mereka juga telah mengikut Al-Quran dan Hadis. Tidak boleh dikatakan tidak mengikut AlQuran dan hadis. Justeru itu, kita janganlah sesekali memperlekeh mazhab saudara islam kita yang lain. Biarpun berbeza mazhab tapi matlamat hidup kita adalah sama, iaitu untuk mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata. Wujudnya 4 mazhab adalah kerana sayangnya Allah kepada kita. Allah memberikan kita keringanan (rukhsah) dalam beribadat jadi bersyukurlah atas kurniaan Allah. Mengikut mazhab tidak bermaksud tidak mengikut Nabi s.a.w,ini kerana pendapat Imam-Imam Mazhab hanya berpandukan al-Quran dan hadith,kita seorang manusia yang cetek ilmu pengetahuan agama tentunya tidak mampu berijtihad dengan sendiri. Maka berpeganglah kepada salah satu daripada mereka ini dan juga satu syarat yang perlu diketahui, kita harus tahu apakah dalil yang dipegang oleh

mereka dalam penilaian sesuatu hukum bukanlah bertaklid secara sembrono sahaja. Pendek kata kita perlu mempunyai asas dan mengkaji tentang tatacara penetapan sesuatu hukum. (6338patah perkataan)

7. SENARAI RUJUKAN Abd. Latif Muda [&] Rosmawati Ali@Mat Zin(1997) Pengantar usul fiqh.Kuala Lumpur. Pustaka Salam. Akmal Haji Muhammad Zain.(1998) Bimbingan Lengkap Fardhu Ain.Kampung Baru Kuala Lumpur. Darul Numan. Fath al-Bayanuni(1994) Memahami Hakikat Hukum Islam (edisi terjemahan oleh Zaid Husein) Surabaya, Mutiara Ilmu. Hafiz Firdaus Abdullah( 2003)Pedoman-pedoman bermazhab Dalam Islam. Atas Talian : http://hafizfirdaus.com/ebook/PedomanMazhab/index.php [ 8 Februari 2011]

Imam Az-Zabidi (2004).Ringkasan Shahih Al-Bukhari.Selangor:Crescent News (KL) Sdn. Bhd. Khairul Azhar Abd. Aziz.(2010).Perkembangan Mazhab Dalam Sejarah Islam. Atas Talian:http://azharazizblog.blogspot.com/2010/01/perkembangan-mazhab-dalam-sejarahislam.html[3 Mac 2011] Mohamad Rozali Jamil al-Hafiz (2010) Fatwa Dr.Yusuf Al-Qaradawi-Bertaklid Pada Mazhab. Atas Talian: http://tahfiz.net/madrasah/?p=127. [ 23 Februari 2011].

Muhammad Ramzi bin Omar.(1999). Pembahagian Akidah Ahli Sunnah Waljamaah. Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Pustaka ilmi. Mustofa Muhammad Asy-Syakaah.(1995) . Islam Tidak Bermazhab . Kuala Lumpur.Syarikat S. Abdul Majeed & Co. Mustafa Said al-Khin.(2000)Al-Kafi Wal Wafi fi Usulil Fiqh al- Islami.Lubnan. Muassasah ar-Risalah. Salamon, Husin and Mustari, Mohd Ismail and Mohamed, Ahmad Kilani and Jasmi , Kamarul Azmi and Sayed Ahmad, Sayed Mahussain (2003) Kesan Perbezaan Aliran Mazhab Terhadap Kesatuan Masyarakat Islam. Satu Kajian Kes Ke atas Kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Skudai, Johor. Project Report. Centre for Islamic Studies and Social Development. (Unpublished) Nurdinie, Syahirah, Ainun Mardziah, Nur Syuhaidah.(2010) Pengenalan Usul Fiqh.Atas Talian: http://usulfiqh20102011.blogspot.com/2010/11/pengenalan-usul-fiqh.html [2 Februari 2011] Sofiah Abu Bakar, Norashikin Abd. Halim, Hurul Farahin, Norshahira.(2010). Fardhu dan Wajib:Antara Jumhur Ahli Usul dan Mazhab Hanafi.Atas Talian: http://usulfiqh20102011.blogspot.com/2010/11/fardhu-dan-wajib-antara-jumhur-ahli.html. [2 Februari 2011] Tafsir Pimpinan al-Rahman (1995). Kuala Lumpur, Jabatan Perdana Menteri. Yanggo, Huzaemah Tahido.(2003). Pengantar Perbandingan Mazhab. Jakarta. Logos, Cet. III. Yusof al-Qardhawi.(1998) . Panduan Memahami Syariat Islam. Batu Caves Selangor,

Pustaka Ilmi

Anda mungkin juga menyukai