Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN ISLAM
Tarikh
Masa

:
:

Tingkatan
Bilangan Murid

:
:

8.00-9.20 pagi

Tajuk Umum

Adab & Akhlak Islamiyah

Tajuk Pelajaran

Menghayati Adab Berjiran

Objektif Am

Pelajar akan dapat menghayati dan mengaplikasi konsep berjiran di dalam Islam di
dalam kehidupan seharian.

Hasil Pembelajaran

Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:


(1) Menyatakan definisi berjiran di dalam konteks Islam.
(2) Menyatakan 3 jenis jiran dan hak-hak mereka
(3) Menjelaskan 3 adab berjiran
(4) 3 hikmah menjaga adab berjiran
KOMPONEN PENGAJARAN

Induksi Set
1.

Menayangkan pantun Teka-Teki

2.

Menyoal para pelajar soalan:


- Apakah jawapan bagi teka-teki itu?

3.

Menghubungkannya dengan topik Adab Berjiran.

Pantun Teka-teki
Kak Siti membuat ukuran,
Ukuran untuk baju sulaman,
Tinggal di depan, belakang,kiri, dan kanan,
Siapa gerangan empunya badan

Perkembangan Isi
Isi Pelajaran
Definisi berjiran:
- Orang yang tinggal
berdekatan dengan rumah
kita iaitu di kanan, di kiri,
1.
di depan, di belakang, di
tingkat atas, & di tingkat
bawah yang meliputi 40
buah rumah dari setiap
penjuru.
2. Menyatakan jenis-jenis jiran
Menyatakan hak-hak jiran
Cara beradab kepada jiran:
- Menziarahi jiran pada
waktu yang sesuai.
- Menghantar makanan
- Menghormati dan
bersangka baik.
- Menjauhi sifat hasad
dengki
- Membantu jiran ketika
mereka memerlukan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

- Bersoaljawab mengenai definisi jiran.


- Memberi penerangan tentang definisi jiran
menggunakan slide yang disediakan.

- Menerangkan tentang jenis-jenis jiran dan


hak-hak mereka.
- Membahagikan para pelajar kepada 6
kumpulan yang dianggotai oleh 6 orang ahli.

- Meminta para pelajar membincangkan adabadab berjiran.


- Wakil kumpulan diminta membentangkan
hasil perbincangan

Catatan

pertolongan.
- Mengadakan rumah
terbuka pada hari perayaan.
- Tidak menyakiti hati jiran.
- Memberikan hadiah pada
hari lahir, mendapat cahaya
mata, & sebagainya.

Hikmah beradab kepada


jiran:
- Kehidupan aman dan
damai.
- Masyarakat hidup dalam
keberkatan & keredhaan
3.
Allah.
- Masyarakat mencapai taraf
hidup yang baik &
berkualiti.
- Setiap individu mendapat
kehidupan yang selesa
kerana mendapat
pembelaan.

- Bersoaljawab mengenai hikmah


mengamalkan adab-adab berjiran
- Membuat rumusan

Rumusan
1.
2.

Guru menegaskan kepentingan menghormati jiran sama ada sesama Islam atau pun yang bukan
Islam.
Guru menegaskan kepentingan berbuat baik dengan jiran sebagai salah satu cara berdakwah kepada
yang bukan Islam.

Penilaian
Bertanya kepada para pelajar soalan untuk menilai hasil pembelajaran 1:
- Apakah yang dimaksudkan dengan berjiran di dalam Islam?
1. - Apakah jenis-jenis jiran dalam Islam dan hak-haknya
- Apakah adab-adab berjiran
- Apakah hikmah mengamalkan adab berjiran
2. Hasil pembelajaran 2 & 3 telah dinilai sewaktu perkembangan isi.
Latihan Susulan
Pelajar dikehendaki membuat satu karangan pendek mengenai Perbuatan baik yang pernah saya
1.
lakukan kepada jiran saya.
Penilaian Kendiri

Anda mungkin juga menyukai