Anda di halaman 1dari 1

Contoh penulisan refleksi PnP Pendidikan Islam

Alhamdulillah proses pembelajaran berjalan dengan baik . Hasil pembelajaran yang di rancag tercapai .
Murid-murid berasa sangat seronok ketika set induksi pada hari ini sangat menarik minat murid dan
menjadikan murid bersedia menghadapi pembelajaran . Saya akan sentiasa berusaha menyediakan set
induksi yang menarik dan kreatif pada masa akan dating .

Walaubagaimanapun terdapat beberapa kekurangan dan kelemahan ketikan sesi pembelajaran dan
pengajaran berlangsung iaitu ketika aktiviti berkumpulan . Aktviti kumpulan agak tidak teratur dan
terarah . Ini adalah kesilapan saya sendiri . Ini kerana ketika aktiviti kumpulan saya sepatutnya
memastikan murid telah berada dalam kumpulan masing-masing . Setelah murid bersedia barulah
arahan pelaksanaan aktiviti diberikan , supaya murid-murid tahu apa yang mereka perlu laksanakan dan
aktiviti kumpulan berjalan seperti yang dirancang .

Ketika aktiviti kumpulan juga , saya dapati ada di antara murid-murid tidak memberikan kerjasama dan
tidak mengindahkan aktiviti yang dilakukan oleh ahli kumpulan tersebut . Ini mungkin disebabkan aktiviti
itu agak susah iaitu membina dan menulis berdasarkan perkataan yang diberi menggunakan tulisan jawi
. Melalui pemerhaatian saya , mereka yang tidak mengindahkan aktivti ini ialah murid yang tidak pandai
membaca tulisan jawi . Hanya mereka yang pandai membaca dan menulis tulisan jawi sahaja yang
melaksanakan aktiviti ini . Begitu juga ketika sesi pembentangan aktiviti kumpulan , hanya yang mahir
menulis dan membaca jawi sahaja mebentangnya .

Untuk itu , saya perlu memikirkan atau menyediakan satu aktiviti yang lebih sesuai mengikut tahap
penguasaan murid tersebut dan melibatkan semua murid . Saya juga perlu mempelbagaikan aktiviti
berkumpulan seperti belajar sambir bermain aktiviti yang melibatkan didik hibur dalam pembelajaran .
Oleh sebab itu , saya akan berjumpa dengan guru pembimbimng saya untuk mendapatkan tunjuk ajar
mengenai aktivit-aktiviti yang sesuai untuk dijalankan memandangkan kelas yang saya ajar ini adalah
terdiri dari murid yang agak lemah dalam semua mata pelajaran . Saya juga akan sentiasa berhubung
dengan guru mata pelajaran lain untuk mendapatkan pandangan dan tunjuk ajar dari mereka . Begitu
juga dari pesyarah pemimbing saya sendiri iaitu Ustaz Norhafiah Zakaria .

Saya berharap supaya sepanjang saya berrada di sekolah ini iaitu selama 3 bulan , akan menaikkan
bilangan murid yang mampu membaca tulisan jawi . Saya juga akan memanggil murid-murid yang lemah
ini dan memberikan bimbingan secara peribadi di luar sesi PdP . Semoga segala pengalaman dan usaha
saya ini akan memberikan nilai tambah kepada diri saya sendiri dan kepada anak didik saya .

Anda mungkin juga menyukai