Anda di halaman 1dari 1

Contoh Penulisan Refleksi PnP Pendidikan Islam

Alhamdullillah proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan baik. Hasil


pembelajaran yang dirancang tercapai. Murid-murid berasa sangat seronok ketika set
induksi. Set induksi pada hari ini sangat menarik minat murid dan menjadikan murid
bersedia menghadapi pembelajaran. Saya akan sentiasa berusaha menyediakan set
induksi yang menarik dan kreatif pada masa akan datang.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa kekurangan dan kelemahan ketika sesi


pembelajaran dan pengajaran berlangsung iaitu ketika aktiviti berkumpulan. Aktiviti
kumpulan agak tidak teratur dan tidak terarah. Ini adalah kesilapan saya sendiri. Ini
kerana ketika aktiviti kumpulan saya sepatutnya memastikan murid telah berada dalam
kumpulan masing-masing. Setelah murid bersedia barulah arahan pelaksanaan aktiviti
diberikan, supaya murid-murid tahu apa yang mereka perlu laksanakan dan aktiviti
kumpulan berjalan seperti yang dirancang.

Ketika aktiviti kumpulan juga, saya dapati ada di antara murid-murid yang tidak
memberikan kerjasama dan tidak mengindahkan aktiviti yang dilakukan oleh ahli
kumpulan tersebut. Ini mungkin disebabkan aktiviti itu agak susah iaitu membina dan
menulis ayat berdasarkan perkataan yang diberi menggunakan tulisan jawi. Melalui
pemerhatian saya, mereka yang tidak mengindahkan aktiviti ini ialah murid yang tidak
pandai membaca tulisan jawi. Hanya mereka yang pandai membaca dan menulis jawi
sahaja yang melaksanakan aktiviti ini. Begitu juga ketika sesi pembentangan aktiviti
kumpulan, hanya yang mahir menulis dan membaca jawi sahaja membentangnya.

Untuk itu, saya perlu memikirkan atau menyediakan satu aktiviti yang lebih sesuai
mengikut tahap penguasaan murid tersebut dan melibatkan semua murid. Saya juga
perlu mempelbagaikan aktiviti berkumpulan seperti belajar sambil bermain dan aktiviti
yang melibatkan didik hibur dalam pembelajaran. Oleh sebab itu, saya akan berjumpa
dengan guru pembimbing saya untuk mendapatkan tunjuk ajar mengenai aktiviti-aktiviti
yang sesuai untuk dijalankan memandang kelas yang saya ajar ini adalah terdiri dari
murid yang agak lemah dalam semua mata pelajaran. Saya juga akan sentiasa
berhubung dengan guru mata pelajaran lain untuk mendapatkan pandangan dan tunjuk
ajar dari mereka. Begitu juga dari pensyarah pembimbing saya sendiri iaitu Ustazah
Norhafizah Zakaria.

Saya berharap supaya sepanjang saya berada di sekolah ini iaitu selama 3 bulan,
akan menaikkan bilangan murid yang mampu membaca tulisan jawi. Saya juga akan
memanggil murid-murid yang lemah ini dan memberikan bimbingan secara peribadi di
luar sesi PdP. Semoga segala pengalaman dan usaha saya ini akan memberi nilai
tambah kepada diri saya sendiri dan kepada anak didik saya.

Anda mungkin juga menyukai